Profail

Sejarah Penubuhan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Teknologi MARA Malaysia Shah Alam (GPMS-UiTM Shah Alam) telah ditubuhkan pada 21 Jun 1974 ketika Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin yang pada ketika itu bertugas sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Pelajaran telah membantu menyelesaikan pelbagai kerenah dan masalah pelajar, membantu membangunkan pelajar ITM (sekarang UiTM) ke tahap yang lebih cemerlang termasuklah menaja penubuhan GPMS Cawangan Khas ITM.

Anugerah

TARIKH / TAHUN ANUGERAH PERISTIWA & TEMPAT
 2003

Anugerah Persatuan Dalaman Terbaik UiTM

Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) Shah Alam

 18 Ogos 2007

Anugerah Khas Presiden (GPMS Cawangan Khas Terbaik)

Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali Ke-57 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka

 17 Januari 2008

1. Anugerah Persatuan Terbaik (Kategori Khidmat Masyarakat)

2. Anugerah Persatuan Terbaik (Kategori Ilmiah)

3. Anugerah Persatuan / Program Cemerlang

Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan 2007, Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) Shah Alam

02 Februari 2009

Anugerah Kelab Terbaik (Kategori Khidmat Masyarakat & Sosial)

Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM 2008, Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) Shah Alam

Anugerah ‘Malaysia Book Of Records’

TARIKH / TAHUN PERISTIWA TEMPAT
 2 November 2003

Merentang Jalur Gemilang sepanjang 3.2km di Tembok Besar China

Tembok Besar China, China

 2004

Merentang Jalur Gemilang Terbesar Di Puncak Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu, Sabah

 8 Mei 2004

Merentang Jalur Gemilang di atas laut sepanjang 1km dan 0.3m lebar di antara Pulau Rebak dan Pulau Tepor 

Laut Pulau Langkawi, Kedah

 


Latar Belakang UiTM


Peta dan maklumat ringkas mengenai UiTM boleh didapati atau dimuat turun di sini

Kampus Puncak Perdana

Advertisements