Mandat VC kepada GPMS UiTM Shah Alam

Posted: Ahad, 7 Mac 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Rencana
Assalammualaikum wbt…Salam Perjuangan, Salam Warisan.

25 FEB 2010 (Khamis) – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UiTM Shah Alam telah dijemput khas oleh Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid untuk bertemu secara tidak rasmi di Bangunan Canseleri UiTM pada jam 5.30 petang.

Satu panggilan dari pihak Canseleri mengatakan Dato’ ingin bertemu dengan barisan kepimpinan GPMS UiTM Shah Alam telah mengejutkan sebilangan pihak termasuk diriku sebagai Penasihat. Atas agenda apa pertemuan ‘Ad-Hoc’ yang dirancangkan dengan tiba-tiba ini membuatkan aku tertanya pelbagai soalan yang bermain di fikiran. Yang pastinya GPMS UiTM Shah Alam adalah persatuan dalaman pertama dalam UiTM yang beliau ingin bertemu selepas pertemuan beliau dengan barisan eksekutif professor-professor di UiTM, kata beliau sendiri.

Walaupun tidak rasmi, pertemuan sebilangan exco dan saketeriat seramai 10 orang dengan beliau sedikit sebanyak membuka peluang pada GPMS UiTM sendiri mengetahui perjuangan beliau dalam agenda mewarisi dan kecemerlangan pelajar Melayu dan bumiputera dalam UiTM. Secara berhadapan dengan beliau sendiri, perhubungan perkenalan diwujudkan dan pengalaman beliau menerusi satu agenda perjuangan disampaikan.
Secara terus terang dalam perbualan dengan beliau, beliau mengutarakan mandat kepada GPMS UiTM Shah Alam. Mandat yang diberikan fokus kepada 2 isu yang lebih mengutarakan agenda utama iaitu…MELAYU.
Soalan beliau semasa mengutarakan mandat beliau adalah…Apakah perjuangan beliau? dan Apakah fokus utama beliau dalam Amanat VC 2010 beliau yang lalu? serta Adakah GPMS tahu tentang isu 5000 pelajar Melayu miskin yang tidak dapat sambung belajar?Jawapannya sama…tentang perjuangan pendidikan bangsa Melayu, tidak harus diendahkan.

Sedikit sebanyak soalan beliau dijawab dan dikupas bersama. Kesedaran tentang perlunya info harian, isu dan pengetahuan semasa harus ada dalam diri semua pihak. Betapa pentingnya untuk melihat isu tersebut dalam pembangunan pelajar Melayu dalam soal pendidikan dan penyatuan bangsa. Banyak agenda tersirat dalam mandate beliau yang perlu diketengahkan oleh GPMS UiTM sendiri.

Hi-Tea dengan VC. Jemputan Ad-Hoc dari VC UiTM, Agenda Melayu UiTM.Minta dilaksanakan. Baca baki entri ini »

PENA WARISAN ENTERPRISE

Posted: Ahad, 7 Mac 2010 by Khairul Anwar in Berita GPMS

KK 03, DATARAN CENDEKIA,
UiTM SHAH ALAM

WAKTU OPERASI : 3 pm – 10pm
HARI OPERASI : Isnin – Ahad ( hari-hari la)

PENA WARISAN ENTERPRISE merupakan sayap baru GPMS UiTM Shah Alam bagi mengembangkan lagi ideologi “Belajar Terus Belajar” kepada seluruh warga UiTM Shah Alam…GPMS UiTM Shah Alam bukan sahaja mengadakan program-program yang berbentuk ilmiah, kemasyarakatan malah menyediakan platform untuk ahlinya belajar beniaga kerana Islam sendiri menyebut 9/10 punca rezeki di muka bumi adalah dari sumber perniagaan…malahan juga, para ushawan Melayu masakini agak kurang jumlahnya berbanding kaum lain…ini mungkin kerana mereka tidak tahu cra bagaimana cara untuk berniaga serta tidak mempunya modal, pengetahuan serta pengalaman…maka, atas dasar-dasar itulah PENA WARISAN ENTERPRISE dilahirkan…

Kedai ini selamat ditubuhkan semalam iaitu 22 Februari 2010 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia…Produk kedai setakat ini adalah novel sahaja…publisher kami adalah daripada ALAF 21, BUKU PRIMA dan JEMARI SENI…

kini, terdapat hampir 600 buah novel di kedai kami…di harap, jualan kedai semakin memberangsangkan keran hasil jualan akan disalurkan terus ke GPMS UiTM Shah Alam bagi tujuan dana program akan datang…

do support us k! ^_^

Mays 2010 – di Kosmo

Posted: Khamis, 18 Februari 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita Media, prgram 2010

Dr Sahul Hamid, Naib Canselor UiTM

Posted: Ahad, 3 Januari 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita UiTM

Datuk Prof Dr Sahul Hamid Abu Bakar

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Pejabat Pengurusan Program di Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kanan) dilantik Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 Januari lalu menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam satu kenyataan media semalam, berkata surat pelantikan Dr Sahol Hamid diserahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Disember lalu dengan tempoh lantikan selama dua tahun.

Dr Sahol Hamid juga lulusan UiTM dalam Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam pada 1976, mula berkhidmat di universiti itu pada 1980 sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan sebelum dilantik menjadi Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1982.

Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti of Sussex, United Kingdom pada 1992 dan menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM dari 2002 hingga 2003 dan Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang dari 2003 sehingga 2004.
Pada 2004, Dr Sahol Hamid dilantik Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UiTM hingga akhir 2007 sebelum memegang jawatan Pengarah Pejabat Pengurusan Program di kementerian.

GOKIM 09, Terima Kasih!

Posted: Ahad, 3 Januari 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai

Sebahagian daripada peserta GOKIM 09

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t

Syukur  kehadrat Ilahi dengan rahmat dan kurnia-NYA, GOKIM09 dapat dilaksanakan..

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Kg Kerengga, Terengganu kerana bersama-sama menjayakan program ini dengan memberikan tunjuk ajar kepada kami masih mencari ilmu dari GPMS UiTM Shah Alam. Insyallah, hubungan yang telah terjalin ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Tidak lupa kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Marang, kerana menaja serba sedikit program ini.

Kepada sahabat-sahabat AJK Pelaksana, Terima kasih yang tak terhingga kerana banyak menghulurkan bantuan..Tidak lupa juga kepada penasihat GPMS, senior2 dan peserta-peserta. Tanpa anda, program ini tak dapat dijalankan..Hanya Allah mampu membalas budi dan jasa anda semua..

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya anda semua berkecil hati selama saya mengendalikan program ini bersama anda semua…Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri…

Wassalam…

Salasiah Othman

Pengarah Program


GOKIM 2009

Posted: Khamis, 10 Disember 2009 by Khairul Anwar in Program 2009

Aktiviti Menarik

Sukan Pantai, Kem Gerakan Obor, Berkenduri-kendara, Pameran, Gotong Royong, Persembahan Kebudayaan dan Beramah Mesra bersama penduduk setempat.

Keterangan Lanjut Hubungi;
– Maisarah 0172119249
– Ina 0132004810
– Azlan 0194172197

Penyertaan terbuka kepada semua warga UiTM

Bumi Sendiri

Posted: Isnin, 7 Disember 2009 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai

A.Samad Said

Balada Hilang Peta  -1990

Kita perlu turun

Dari menara

Melepas capal

Berjalan kaki

Merasakan keresahan

Nafas bumi

Kita sekarang sedang

Didesak ditengah

Dendam gelegak

Sedang disiku

Dari seluruh penjuru

Sedang dihina

Kerana terlalu lama

Sengaja mengalah

Kita sedang genting

Dan sedang gering

Kita perlu marah

Sejujur hati,

Untuk bermamah

Dibumi sendiri

Kali ini

Jika kita bernyanyi

Biarlah lagu yang

Paling hakiki

Jika kita bersuara

Biarlah jujur rasa

Biarlah ketika didengar  anak cucu

Mereka akan bangga

Datuk neneknya

Lelaki tang berani

Mereka akan merasa

Bermaruah ditengah

Buminya sendiri

Kita perlu bangun

Sekali ini

Bangun pertahan

Yang hakiki

Sajak yang penuh dengan makna, tetang hak anak bumi. Sajak yang penuh dengan makna ini perlu disebarkan kepada seluruh bangsa Melayu. Jangan dibiarkan hak kita digadai kerana kita tidak mengetahui.

Kepimpinan Baru GPMS

Posted: Khamis, 26 November 2009 by Khairul Anwar in Berita GPMS, Berita Media

Sumber : Berita Harian 23 November 2009

SHAH ALAM: Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 pertubuhan itu di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Jais, 36, menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan itu, kelmarin.

Pengerusi GPMS Johor, Rosdi Amir dipilih Timbalan Presiden GPMS selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Syed Anuar Syed Mohamad.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan pula menyaksikan kerusi itu diisi oleh Hasnul Fairus Hushin Amri selepas mendapat 432 undi, Ezarudin Abdul Rahman (317 undi) dan Hishammuddin Abdul Rahman, 254 undi.

Jawatan Naib Presiden Wanita yang dilantik pula kekal milik Rafidah Mohd Ariffin.

Penolong Setiausaha Agung GPMS, Zambri Md Isa dilantik Setiausaha Agung pertubuhan itu, manakala Bendahari diisi Anas Ahmad. Mereka yang dilantik ke jawatan itu adalah dari GPMS Pulau Pinang.

Irmohizam Ibrahim dari GPMS Selangor dilantik Ketua Penerangan.

Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai presiden, Jais berkata, GPMS selepas ini menjadi lebih lantang dalam menangani isu berkaitan pelajar Melayu dan orang Melayu secara amnya.

Katanya, GPMS adalah pertubuhan yang tidak berpihak kepada parti politik dan menjadi pertubuhan pertama tampil memperjuangkan apa saja isu berkaitan Melayu.

Selamat Datang Perwakilan GPMS ke UiTM Shah Alam

Posted: Rabu, 18 November 2009 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai

selamatdatangperwakilan

Kami dari GPMS UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Datang kepada pekailan GPMS ke UiTM Shah Alam.