Archive for the ‘Motivasi’ Category

Kepekaan Gender

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita UiTM, Isu IPT, Isu Mahasiswa, Motivasi, prgram 2010

tAJUK : MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL

Anjuran : Jabatan Pembangunan Wanita
dengan kerjasama GPMS n Massa

penceramah :ym Tengku Naufal Tengku Mansor

Jabatan Pembangunan Wanita bakal megadakan satu prgram yang berobjektifkan cara menangani gangguan seksual dengan kerjasama padu daripada GPMS UiTM dan pelajar Massa daripada Fakulti Komunikasi dan Media. Program yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 tersebut bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. Semua dijemput hadir. Makanan, kupon aktiviti , sijil, & pengangkutan disediakan.

Ulasan Buku : Khalifah Umar Al-Khatab

Posted: Jumaat, 30 Oktober 2009 by Khairul Anwar in Cadangan, Isu Pemikiran, Motivasi, Rencana

Assalamualaikum, kepada semua pengunjung blog GPMS UiTM yang selalu diingati.  Hari ini kita berkongsi berkenaan dengan apa yang kita baca seharian untuk meningkatkan ilmu yang kita ada. Saya tahu, kalian juga ada membaca buku. Buku jenis apa yang kalian baca, wallahu’alam. Tetapi, buku yang ilmiah akan mendatangkan manfaat kapada kalian didunia mahupun diakhirat. bukuumaralkhatab

Hari ini, izinkan penulis berkongsi pengalaman atas pembacaan penulis sekarang. Penulis sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Khalifah Umar Al-Khatab – Reformis Dunia Islam” tulisan Abdul Latip Talib. Umum mengetahui, siapakah sebenarnya Khalifah Umar Al-Khatab ini, bukan? Sebab mustahil seorang manusia yang berilmu tidak mengetahui 4 Khalifah yang juga sebagai sahabat Rasullah S.A.W.

Tidak dinafikan, bahawa Umar Alkhatab adalah seorang dari kaum Bani Adi.  Beliau juga telah dilatih oleh ayahanda beliau (al-Khattab bin Naufal al-Mahzumi) semasa kecil untuk menjadi seorang yang berjiwa kental, keras kepala, pantang dicabar dan bersikap berani. Beliau pernah memenangi, kejohanan gusti yang selama ini bukan dimenangi oleh Kaum Bani Adi. Dan menjadikan beliau dan kaum Bani Adi ini dijulang namanya  dalam kelumpur Quraisy.   Beliau pernah tanam anak beliau secara hidup-hidup, jikalau anda baca buku ini, betapa sedihnya kisah beliau tanam anak beliau. kerana, sikap manja anak Umar Al-Khattab ini sebelum ditanam kepada Umar membuatkan beliau terasa menyesal sehingga beliau masuk Islam.

Rasullah s.a.w pernah mendoa agar salah seorang antara Abu Jahal atau Umar al-khatab untuk memuluk agama Islam. Ternyata, sikap keras kepala dan sombong bongkak Umar ini, lebur setelah beliau cuba hendak menentang Rasullah s.a.w dan akhirnya membuatkan beliau memeluk agama Islam.

Sewaktu hidup Rasullah S.A.W, khalifah Umar Alkhatab ini bertindak sebagai penjaga  keselamatan dan juga sahabat Rasullah s.a.w. Rasullah S.A.W selalu berbincang antara sahabat, termasuk khalifah Umar Alkhatab dalam mendapatkan keputusan. Adakalanya, pendapat Umar Alkhatab diterima Rasullah s.a.w dan adakalanya Rasullah s.a.w  tidak menerima pendapat Umar.  Ternyata, walaupun pendapat Umar tidak diterima Rasullah S.A.W beliau langsung tidak bersikap kecil hati, tetapi tetap bersama Rasullah S.A.W

Selepas kematian Rasullah s.a.w beliau terus bersama dengan Kepimpinan Khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Beliau bersikap terbuka dengan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar Al-Khatab ini menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun, adakalanya beliau menentang keputusan Khalifah Abu Bakar ini, tetapi akhirnya beliau dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Semasa beliau mengambil alih tugas sebagai seorang Khalifah daripada kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, beliau telah memrangi Raja Parsi yang kuat menentang Islam. Pejuang Islam, yang berperang sewaktu itu menang dalam peperangan. Beliau sendiri selalu mengingatkan kepada panglima perang beliau supaya, berfikir dan berbincang sebelum membuat keputusan. Bersikap baik dengan orang yang tidak menentang Islam, tidak mendatangkan keburukan dan kekacauan kepada orang yang tidak menentang Islam.

Dan akhir sekali, sewaktu beliau wafat, beliau tidak menyerahkan kempimpinan Khalifah kepada anak beliau, walaupun ada beberapa sahabat beliau yang merestuinya. Tetapi, beliau serahkan kepada 10 orang sahabat untuk memutuskan sendiri, siapakah antara mereka yang layak untuk menjadi penganti beliau. Beliau meninggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walaupun beliau merupakan seorang khalifah.

Pembaca sekalian, dalam kesebukan kita mengajar nikmat dunia, luangkanlah sedikit masa anda untuk mempelajari kisah sejarah Rasullah s.a.w, khalifah dan pejuang-pejuang Islam dahulu. Ternyata, sifat kepimpinan beliau dan cara hidup beliau perlu dicontohi oleh kita. Kita lihat bagaimana sewaktu dahulu, zaman kegemilangan Islam, Islam dipandang mulia oleh mereka yang bukan menganut agama Islam. Dari situ, kemudiannya lahirnya Ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun.  Tetapi, apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, selalu berlaku perpecahan, permusuhan, masalah kepimpinan, dan bermacam-macam lagi. Membuatkan Islam itu sendiri dipandang rendah, dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Seharian kita mendengar masalah kepada penduduk Islam. Dan kita perlu mengangkat semula kegemilangan Islam ini dengan mencontohi kepimpinan mereka.

Sumpah Melayu

Posted: Rabu, 16 September 2009 by GPMS-UiTM in Isu Kenegaraan, Isu Pemikiran, Motivasi, Sejarah
Sumpah Melayu oleh Dato' Onn Jaafar

Sumpah Melayu oleh Dato' Onn Jaafar

(selanjutnya…)

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini menasihatkan penuntut supaya membina kebolehan menguruskan pengetahuan yang mereka peroleh.

“Di dalam pemikiran, anda seharusnya mengetahui bagaimana mengurus pengetahuan dan untuk melakukannya, anda mesti mempunyai disiplin dan keupayaan untuk mensintesis maklumat… apa yang boleh dipercayai dan apa yang perlu diketepikan,” katanya kepada lebih 30 penuntut UiTM yang meluangkan masa bersama beliau minum sambil bertukar-tukar pandangan di kafetaria kolej itu.

Turut serta di dalam perbincangan yang berlanjutan selama 30 minit ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah serta Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Najib berkata para penuntut perlu memiliki minda yang mampu mengurus pengetahuan yang diperoleh bagi mencapai kejayaan dalam keadaan semasa yang amat mencabar.

Ketiadaan minda yang mampu menguruskan pengetahuan mungkin boleh memecahbelahkan masyarakat kerana rakyat kini dihujani dengan limpahan maklumat dan pengetahuan hasil kemajuan teknologi perhubungan seperti internet, katanya.

Perdana Menteri berkata para penuntut memmpunyai peranan penting untuk mengukuh perpaduan dan seterusnya menjayakan konsep 1Malaysia.

Najib berkata mahasiswa UiTM, yang majoritinya beragama Islam, perlu membentuk diri menjadi Muslim yang baik kerana perwatakan itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka warganegara yang baik dan memberi gambaran sebenar mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Ini adalah satu bentuk dakwah yang boleh dilakukan pelajar selain daripada peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, katanya.

Najib turut menasihatkan para mahasiswa supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dan terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM merupakan aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Pendidikan merupakan agenda utama BN sejak dahulu lagi kerana ia merupakan agen perubahan sosio-ekonomi masyarakat yang paling berkesan. – Bernama

Kursus Fasilitator 2009

Posted: Isnin, 20 April 2009 by Khairul Anwar in Latihan, Motivasi, Program 2009

Pangillan kepada semua Pelajar UiTM yang berminat untuk menyertai Kursus Fasilatator anjuran GPMS UiTM Malaysia

Program yang penuh dengan ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan akan diadakan pada
12 – 17 Mei 2009
Bertempat di Kem Bumi Jati, Selangor Darul Ehsan

Sebarang Pertanyaan diminta hubungi
Ina 0132004810
Roslina 0132004803
Amirul 0133889415

 

kgo2a

Program ini akan dijalankan pada 20 hingga 22 Mac 2009 bertempat di Bukit Cerakah. Terbuka kepada pelajar tingkatan 1-5 dan menmpunyai pendekatan yang berbeza. Mana-mana staf UiTM Malaysia yang berminat untuk menghantar anak mereka ke program ini boleh hubungi Sdr Hamidah Haroon 0132896066 atau Khalil 0133550226.

SKAU Mendedahkan Pelajar Senario Universiti

Posted: Sabtu, 28 Februari 2009 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Motivasi, Program 2009

1001kenangan

Selangkah Ke Alam Universiti (SKAU) adalah sebuah program yang mendedahkan anak-anak sekolah tentang kepentingan masuk ke Alam Universiti. Program yang julung kali diadakan ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Sepang yang diketuai oleh Y Bhg Datin Seri Azlina Ahmad.

Objektif program ini adalah untuk meramaikan bilangan anak melayu untuk mendapat pendidikan tertiari, mendedahkan pelajar sekolah dengan alam universiti untuk memberi gambaran jelas misi mereka, memberi semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh dan menggalakan pelajar universiti untuk terlibat dengan aktiviti masyarakat.

Antara sekolah yang terlibat sepanjang siri ini adalah SMK Cyberjaya, SMK Sungai Rawang, SMK Bukit Changang, SAM Sungai Merab Luar, SMK Seri Sepang, SMK Bdr Baru Salak Tinggi, SAM Bdr Baru Salak Tinggi, SMK Sungai Pelek, SMK Pantai Sepang Putra, SMK Batu Laut, SMK Dengkil dan SMK Tanjung Sepat.

Dinaggarkan lebih kurang 500 orang pelajar telah hadir ke program ini, untuk merasakan serba sedikit pengalaman dan serba sedikit input daripada fasilitator yang juga pelajar UiTM Malaysia sendiri.

En Mohd Amin Bin Misnoh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dalam ucapannya semasa majlis penutup melahirkan penghargaan tujuan terima kasih kepada GPMS UiTMMalaysia kerana telah berjaya menjalankan program SKAU dengan cemerlang. Beliau juga mendapat respons yang baik daripada guru-guru pengiring dalam pelajar yang terlibat dalam siri 1 hingga siri 4.

GPMS UiTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y Bhg Datin Azlina Ahmad, Jawatankuasa Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Sepang, Pejabat Pendidikan Daerah,  Unit Kaunseling dan Kerjaya, dan Unit Hal Ehwal Pelajar UiTM Malaysia.

Kepada semua perserta, sahut cabaran kami untuk menghadiri program lanjutan Selangkah Ke Alam Universiti. Teruskan kecemerlangan adik-adik dan masuklah universiti walau dengan cara mana sekalipun selagi adik-adik masih layak ke sini. Kami (Fasilitator dan Co Fasilitator)  mengucapkan mendoakan kejayaan anda.

Selangkah ke alam universiti

Posted: Isnin, 2 Februari 2009 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Kaedah Pembelajaran, Latihan, Motivasi, Program 2009

Pada 31 Januari 2009 berlangsungnya siri pertama Selangkah Ke Alam Universiti yang dijalankan di UiTM Malaysia. Program ini adalah anjuran bersama GPMS UiTM Malaysia dan Jawatankuasa Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Sepang.

Seramai lebih kurang 120 orang pelajar dari 4 buah sekolah daerah Sepang hadir ke UiTM untuk bersama menjejakan kaki ke Universiti. Kebanyakkan antara mereka, inilah kali pertama mereka hadir ke Universiti dan melihat suasana dalam kampus universiti.

Semangat disuntik kepada semua pelajar yang hadir dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pn Masrina (kaunselor UiTM Malaysia). dan seterusnya disuntikan lagi semangat oleh mahasiswa/i dari GPMS UiTM dalam bentuk LDK. Ternayata, suntikan semangat itu telah menjadi perangsang mereka untuk lebih berjaya dan akedemik dan melayakan mereka supaya dapat masuk ke dalam Universiti.

Program ini telah di rasmikan oleh Datin Azlina iaitu pengerusi jawatankuasa kecemerlangan pendidikan Parlimen Sepang.

Siri ke II akan berlangsung pada 14 Februari 2009.

TAHNIAH diucapkan kepada Perkasa 17 kerana telah berjaya dalam Operasi Tawan Kota pada 24-28 Januari 2009.

Ingat perjuangan belum selesai dan tidak pernah selesai. Perjuangan untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa kerana maju mundur, kaya miskin dan hina mulia bangsa itu terletak di tangan kita.

Terima kasih kepada semua urusetia dan alumni GPMS UiTM yang bersama menjayakan program ini.

“salam perjuangan”

 - Fotopages.com

Pada 26-28 Desember 2008, GPMS UiTM dengan kerjasama  penduduk Felda Lakum, Pahang telah Berjaya menjayakan satu misi program yang dinamakan GOKIM. GOKIM adalah singkatan daripada Gerakan Obor dan Khidmat Masyarakat. Seramai 78 orang mahasiswa-mahasiswi GPMS UiTM termasuk 2 pegawai UiTM hadir bersama untuk memeriahkan program ini. Dua pegawai UiTM yang turut serta adalah En Norhisyam Bin Yakob dan En Rosdi Ali mereka adalah daripada Unit Kerjaya

Berikut adalah perjalanan program secara ringkas

Pelajar mula bertolak daripada UiTM pada 26 Desember 2008 pada jam 11pagi. Kemudian, pada jam 3.00 petang, mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelajar UiTM tiba di Dewan Felda Lakum. Setibanya pelajar disana, upacara perasmian turun dijalankan dan dirasmikan oleh En Hassan iaitu Pengurus Felda Lakum. Setelah selesai upacara perasmian, pelajar-pelajar diserahkan kepada ibu dan bapa angkat masing-masing.

Pada malam 26 desember, satu sessi LDK bersama anak-anak masyarakat Felda Lakum. Proses LDK ini dijalankan di Dewan Felda Lakum. Tidak kurang daripada 100 orang pelajar daripada Felda Lakum hadir untuk setiap sessi LDK.

Pada pagi 27 Desember (Sabtu), masyarakat Felda Lakum berkumpul di Dewan bagi upacara sukaneka. Sukaneka ini adalah bersama-sama antara masyarakat Felda Lakum dan mahasiswa-mahasiswi daripada GPMS-UiTM Malaysia. Antara permainan yang dipertanduingkan adalah rebut kerusi, susun batu-bata, semakin jauh-semakin sayang, bowling kelapa, memasukkan air dalam botol dan futsal antara belia Felda Lakum dan Pelajar UiTM. Keputusan bagi Futsal antara belia dan Pelajar UiTM ini dimenangi oleh belia Felda Lakum dengan 5-3.

Setelah tamatnya, sukaneka. Pelajar UiTM dibahagikan kepada 2 untuk bersama memeriahkan walimatulurus di sekitar Felda Lakum.

Pada petang tersebut, semua anak-anak Felda kembali ke Dewan untuk aktiviti seterusnya. Pada kali ini anak-anak Felda Lakum bersama dengan mahasiswa-mahasiswi UiTM berbincang dan berdiskusi berkenaan dengan isu semasa. Banyak ilmu telah disampaikan dan pengalaman untuk dikongsikan oleh mahasiswa-mahasiswi UiTM untuk anak-anak Felda Lakum. (selanjutnya…)