Archive for the ‘Isu Mahasiswa’ Category

Kepekaan Gender

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita UiTM, Isu IPT, Isu Mahasiswa, Motivasi, prgram 2010

tAJUK : MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL

Anjuran : Jabatan Pembangunan Wanita
dengan kerjasama GPMS n Massa

penceramah :ym Tengku Naufal Tengku Mansor

Jabatan Pembangunan Wanita bakal megadakan satu prgram yang berobjektifkan cara menangani gangguan seksual dengan kerjasama padu daripada GPMS UiTM dan pelajar Massa daripada Fakulti Komunikasi dan Media. Program yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 tersebut bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. Semua dijemput hadir. Makanan, kupon aktiviti , sijil, & pengangkutan disediakan.

Sumber : Berita Harian Online; 28 September 2009

Rak BukuKELEMAHAN penguasaan bahasa Inggeris diakui pelajar Melayu sendiri dan mereka yang ditemui menyatakan penyelesaian terbaik ialah di tangan pelajar sendiri.

Pelajar Pra Sains Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah, Khairul Anuar Rosli, 20, berkata pembelajaran bahasa kedua itu sebenarnya lebih tertumpu kepada usaha seseorang.

Katanya, pelajar Melayu perlu berfikiran terbuka dan jangan menganggap belajar bahasa Inggeris menyukarkan.

“Ia adalah pembelajaran bahasa dan prosesnya sama seperti kita mula-mula belajar bahasa Melayu serta apa yang penting adalah pelajar mempunyai keinginan menguasai bahasa global itu.

Pelajar Melayu masih berfikiran sempit dengan menganggap bahasa Inggeris susah, malah segelintir daripada mereka hanya tahu beberapa perkataan asas seperti ‘yes’, ‘no’, ‘alright’ dan ‘thank you’.

Sememang bahasa melambangkan bangsa, namun di peringkat antarabangsa sehingga kini bahasa Inggeris tetap digunakan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Khairul Anuar berkata, beliau sendiri belajar menerusi membaca seksyen tertentu seperti sukan serta berita di akhbar New Straits Times.

Walaupun ada sesetengah perkataan saya tak faham, saya akan cuba kaitkan penggunaannya mengikut konteks ayat dan cuba meneka maknanya sebelum merujuk kamus,” katanya. (selanjutnya…)

Penyelidikan serentak babitkan beberapa perkara

menghasilkan dapatan lebih holistik, impak berkesan

KINI penyelidikan dilihat sebagai bidang yang sangat penting dan jika ia dapat digabungkan dengan bidang lain yang berkaitan, sudah tentu akan mendatangkan faedah lebih besar. Ikuti pandangan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Zaini Abdullah, mengenai perkara itu seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Basir Zahrom.

DALAM mencapai pembangunan serta kemajuan, negara memerlukan banyak penyelidikan dijalankan dan pada masa sama, jika bidang lain berkaitan dapat digabungkan dalam satu projek, pasti ia akan menghasilkan dapatan lebih holistik, selain memberi impak berkesan kerana banyak perkara dapat dijayakan.

Seperti pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling, pasti semuanya akan menjadi lebih baik atau mencapai potensi optimum jika penyelidikan itu dibuat terhadapnya, apatah lagi ditambah baik, pasti ia akan menjadi satu inovasi.

Sebagai contoh, bidang pemasaran yang mungkin janggal jika digabungkan dengan penyelidikan, namun tanpa disedari sektor berkenaan juga memerlukan penyelidikan. Keadaan itu sudah tentu dapat menarik seramai mungkin pelanggan berpotensi menyertainya.

Selain memberi fokus kepada penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan berkualiti, kajian mengenai keperluan, pilihan atau cita rasa pelanggan juga perlu diangkat sama penting dalam usaha melariskan jualan.

Jadi, di sini terbukti penyelidikan tidak terhenti dalam bidang sains dan teknologi semata-mata, malah apa saja bidang memerlukannya untuk proses penambahbaikan.

Tujuan penyelidikan atau sesuatu kajian dijalankan supaya sesuatu bidang itu dapat memberikan hasil yang mampu menyelesaikan permasalahan dan pada masa sama mempunyai nilai komersial.

Dalam hal ini, projek gabungan kajian dilihat dapat mendatangkan kebaikan lain seperti pembangunan modal insan, menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat dan dapat merancang inovasi lanjutan.

Banyak bidang boleh digabungkan penyelidikannya dan kita tidak mengambil peluang sebaik-baiknya ia akan digunakan orang luar terutama yang gemar mengambil kesempatan ke atas sumber yang terdapat dalam negara.

Bagaimanapun, sebarang penyelidikan yang dijalankan mestilah didokumenkan untuk rekod tidak kira dalam bentuk kertas kerja, dokumentari video atau gambar kerana kita masih lemah dalam aspek ini.

Syarikat tempatan digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti bagi menjalankan penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat contohnya daripada Pusat Tanah Runtuh Negara, Institut Kajian Ubatan Semula jadi, Pusat Kefahaman & Pemikiran Islam dan Centre for Applied Biodiversity Conservation and Sustainable Development UiTM.

Selain berorientasikan keuntungan, mereka juga boleh mempertingkatkan jenama sendiri dengan menjalankan tanggungjawab sosial menjalankan inovasi yang memberi kebaikan kepada alam sekitar kerana masyarakat melihat mereka adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab.

Bagi UiTM, dengan suntikan kewangan (Geran Komersial Pembangunan dan Penyelidikan) sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, kami tidak ketinggalan menggabungjalinkan kepakaran menjalankan projek skala besar dikenali ‘Penyelidikan Taman Negara UiTM’ membabitkan 200 penyelidik termasuk pelajar sarjana muda hingga pasca siswazah serta pensyarah, bersama Jabatan Perhilitan.

Bagi memastikan kelancaran projek lintas jurusan ini, sebuah stesen penyelidikan di Kuala Keniam, Taman Negara Pahang dibangunkan dengan objektif menyediakan ruang dan infrastruktur kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Sebanyak 16 fakulti, lima pusat kecemerlangan dan juga kampus cawangan UiTM Pahang mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan penyelidikan fasa satu ini, sejak dua tahun lalu.

Fakulti terbabit pula merangkumi pelbagai bidang termasuk Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Undang-undang, Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa dan Fakulti Pengurusan Maklumat.

Projek ini sangat bermanfaat kerana kami menghimpunkan 44 projek penyelidikan berkaitan dengan Taman Negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kertas kerja berjaya dibentang di peringkat kebangsaan dan sembilan antarabangsa, antaranya di United Kingdom, Sepanyol dan Turki.

Satu kompilasi kajian mengenai warisan hutan di situ sedang dibuat dan kini kami merancang mengadakan seminar khas bagi membentang semua kertas kerja serta berbincang untuk penambahbaikan jika dapat meneruskan aktiviti penyelidikan mengenai Taman Negara.

Antara contoh dua kajian yang dijalankan ialah ‘Analisis Kualiti Air sumbangan Sungai Tembeling kepada Taman Negara’ oleh Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Farmasi serta ‘Perkembangan Arkib Visual Digital Kepelbagaian Flora dan Fauna Hutan Hujan Tropika Malaysia di Taman Negara Kuala Keniam (Fakulti Senibentuk dan Seni Reka dan Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif).

Selain itu, kami juga mengkaji biodiveristi Taman Negara, sumber tenaga di sana, bidang sukan dan perniagaan di kalangan Orang Asli, geomatik, Eko-Pelancongan, Pengurusan Taman Negara, undang-undang membabitkan taman negara dan fotografi.

Sesetengah penyelidikan yang kami jalankan juga berjaya memenangi anugerah inovasi iaitu tiga di peringkat antarabangsa, iaitu dua perak di International Exhibition of Ideas-Inventions-New Products 2007 dan satu lagi perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2008.

Selain itu, satu emas dan masing-masing empat perak serta gangsa di peringkat kebangsaan iaitu Inventions, Innovations and Designs 2008.

“Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”

Hari ini, meja penulis Blog GPMS UiTM Malaysia handak kita renung bersama, nasib umat Islam di Negara Palestin. Sedih… apabila saya melihat, membaca dan mendengar “bendera”, “sticker” dan “berita” mengenai rakyat Palestin. Hati saya ini bagaikan ditikam… perasaan sedih, terkenang saudara mara palestin, terkenang kesusahan rakyat palestin, terkenang kelaparan yang dialami oleh rakyat palestin. Jika anda mampu bayangkan dan cuba rasakan kesusahan itu, saya percaya, sebenarnya anda tidak mahukan semua penderitaan itu anda alami sendiri.

Kita di Malaysia ini, hidup dengan penuh aman dan harmoni, tiada peperangan dan hati sentiasa dalam keadaan senang. Bila panas, kita berlindung di bawah bumbung yang ada sistem penghawa dingin yang dingin, kipas dan bilik yang cantik. Bila hujan, kita mampu mencari tempat berteduh, bila sejuk kita mampu mencari kain selimut untuk memanaskan badan kita, bila kita susah, kita mampu untuk mencari sahabat kita yang mampu membantu kita, bila kita ada masalah kita mampu luahkan masalah itu kepada ibubapa kita walaupun saat itu kita masih kecil lagi. (selanjutnya…)

UiTM wins inaugural wind orchestra contest

Posted: Sabtu, 10 Januari 2009 by GPMS-UiTM in Berita UiTM, Isu Mahasiswa

From : The Star, 10 Januari 2009

uitmwinsianuguralwindorchestracontest


Selepas selesai sahaja Solat Jumaat pada hari ini. 9 Januari 2009. Bersama Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan Timbalan Pengajian Tinggi Dato’ Idris Harun bersama seluruh warga UiTM menunaikan solat Hajat supaya Palestin dapat diselematkan dan musuh Islam dapat ditewaskan

Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi juga telah merasmikan tabung “RM 100,000.00 untuk palestin” setelah selesai sahaja solat Hajat tersebut. Dan beliau amat berbesar hati menyalur sumbangan untuk tabung tersebut. diharap, seluruh warga UiTM juga turut bersama menyumbang sejumlah wang yang besar untuk rakyat Palestin. (selanjutnya…)

 - Fotopages.com

Pada 26-28 Desember 2008, GPMS UiTM dengan kerjasama  penduduk Felda Lakum, Pahang telah Berjaya menjayakan satu misi program yang dinamakan GOKIM. GOKIM adalah singkatan daripada Gerakan Obor dan Khidmat Masyarakat. Seramai 78 orang mahasiswa-mahasiswi GPMS UiTM termasuk 2 pegawai UiTM hadir bersama untuk memeriahkan program ini. Dua pegawai UiTM yang turut serta adalah En Norhisyam Bin Yakob dan En Rosdi Ali mereka adalah daripada Unit Kerjaya

Berikut adalah perjalanan program secara ringkas

Pelajar mula bertolak daripada UiTM pada 26 Desember 2008 pada jam 11pagi. Kemudian, pada jam 3.00 petang, mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelajar UiTM tiba di Dewan Felda Lakum. Setibanya pelajar disana, upacara perasmian turun dijalankan dan dirasmikan oleh En Hassan iaitu Pengurus Felda Lakum. Setelah selesai upacara perasmian, pelajar-pelajar diserahkan kepada ibu dan bapa angkat masing-masing.

Pada malam 26 desember, satu sessi LDK bersama anak-anak masyarakat Felda Lakum. Proses LDK ini dijalankan di Dewan Felda Lakum. Tidak kurang daripada 100 orang pelajar daripada Felda Lakum hadir untuk setiap sessi LDK.

Pada pagi 27 Desember (Sabtu), masyarakat Felda Lakum berkumpul di Dewan bagi upacara sukaneka. Sukaneka ini adalah bersama-sama antara masyarakat Felda Lakum dan mahasiswa-mahasiswi daripada GPMS-UiTM Malaysia. Antara permainan yang dipertanduingkan adalah rebut kerusi, susun batu-bata, semakin jauh-semakin sayang, bowling kelapa, memasukkan air dalam botol dan futsal antara belia Felda Lakum dan Pelajar UiTM. Keputusan bagi Futsal antara belia dan Pelajar UiTM ini dimenangi oleh belia Felda Lakum dengan 5-3.

Setelah tamatnya, sukaneka. Pelajar UiTM dibahagikan kepada 2 untuk bersama memeriahkan walimatulurus di sekitar Felda Lakum.

Pada petang tersebut, semua anak-anak Felda kembali ke Dewan untuk aktiviti seterusnya. Pada kali ini anak-anak Felda Lakum bersama dengan mahasiswa-mahasiswi UiTM berbincang dan berdiskusi berkenaan dengan isu semasa. Banyak ilmu telah disampaikan dan pengalaman untuk dikongsikan oleh mahasiswa-mahasiswi UiTM untuk anak-anak Felda Lakum. (selanjutnya…)

Statistik Prestasi Graduan IPTA 2004-2006

Posted: Jumaat, 25 Januari 2008 by GPMS-UiTM in Isu IPT, Isu Mahasiswa, Statistik

Sila klik pada setiap jadual di bawah untuk membesarkan imej agar mudah dibaca.

(selanjutnya…)

Sejauhmana Taraf Ilmu Mahasiswa?

Posted: Selasa, 23 Oktober 2007 by GPMS-UiTM in Isu Mahasiswa, Isu Pemikiran, Sejarah

Bahagian I

 

Bahagian II (selanjutnya…)