Archive for the ‘Berita UiTM’ Category

Kepekaan Gender

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita UiTM, Isu IPT, Isu Mahasiswa, Motivasi, prgram 2010

tAJUK : MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL

Anjuran : Jabatan Pembangunan Wanita
dengan kerjasama GPMS n Massa

penceramah :ym Tengku Naufal Tengku Mansor

Jabatan Pembangunan Wanita bakal megadakan satu prgram yang berobjektifkan cara menangani gangguan seksual dengan kerjasama padu daripada GPMS UiTM dan pelajar Massa daripada Fakulti Komunikasi dan Media. Program yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 tersebut bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. Semua dijemput hadir. Makanan, kupon aktiviti , sijil, & pengangkutan disediakan.

Dr Sahul Hamid, Naib Canselor UiTM

Posted: Ahad, 3 Januari 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita UiTM

Datuk Prof Dr Sahul Hamid Abu Bakar

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Pejabat Pengurusan Program di Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kanan) dilantik Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 Januari lalu menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam satu kenyataan media semalam, berkata surat pelantikan Dr Sahol Hamid diserahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Disember lalu dengan tempoh lantikan selama dua tahun.

Dr Sahol Hamid juga lulusan UiTM dalam Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam pada 1976, mula berkhidmat di universiti itu pada 1980 sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan sebelum dilantik menjadi Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1982.

Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti of Sussex, United Kingdom pada 1992 dan menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM dari 2002 hingga 2003 dan Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang dari 2003 sehingga 2004.
Pada 2004, Dr Sahol Hamid dilantik Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UiTM hingga akhir 2007 sebelum memegang jawatan Pengarah Pejabat Pengurusan Program di kementerian.

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini menasihatkan penuntut supaya membina kebolehan menguruskan pengetahuan yang mereka peroleh.

“Di dalam pemikiran, anda seharusnya mengetahui bagaimana mengurus pengetahuan dan untuk melakukannya, anda mesti mempunyai disiplin dan keupayaan untuk mensintesis maklumat… apa yang boleh dipercayai dan apa yang perlu diketepikan,” katanya kepada lebih 30 penuntut UiTM yang meluangkan masa bersama beliau minum sambil bertukar-tukar pandangan di kafetaria kolej itu.

Turut serta di dalam perbincangan yang berlanjutan selama 30 minit ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah serta Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Najib berkata para penuntut perlu memiliki minda yang mampu mengurus pengetahuan yang diperoleh bagi mencapai kejayaan dalam keadaan semasa yang amat mencabar.

Ketiadaan minda yang mampu menguruskan pengetahuan mungkin boleh memecahbelahkan masyarakat kerana rakyat kini dihujani dengan limpahan maklumat dan pengetahuan hasil kemajuan teknologi perhubungan seperti internet, katanya.

Perdana Menteri berkata para penuntut memmpunyai peranan penting untuk mengukuh perpaduan dan seterusnya menjayakan konsep 1Malaysia.

Najib berkata mahasiswa UiTM, yang majoritinya beragama Islam, perlu membentuk diri menjadi Muslim yang baik kerana perwatakan itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka warganegara yang baik dan memberi gambaran sebenar mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Ini adalah satu bentuk dakwah yang boleh dilakukan pelajar selain daripada peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, katanya.

Najib turut menasihatkan para mahasiswa supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dan terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM merupakan aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Pendidikan merupakan agenda utama BN sejak dahulu lagi kerana ia merupakan agen perubahan sosio-ekonomi masyarakat yang paling berkesan. – Bernama

Penyelidikan serentak babitkan beberapa perkara

menghasilkan dapatan lebih holistik, impak berkesan

KINI penyelidikan dilihat sebagai bidang yang sangat penting dan jika ia dapat digabungkan dengan bidang lain yang berkaitan, sudah tentu akan mendatangkan faedah lebih besar. Ikuti pandangan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Zaini Abdullah, mengenai perkara itu seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Basir Zahrom.

DALAM mencapai pembangunan serta kemajuan, negara memerlukan banyak penyelidikan dijalankan dan pada masa sama, jika bidang lain berkaitan dapat digabungkan dalam satu projek, pasti ia akan menghasilkan dapatan lebih holistik, selain memberi impak berkesan kerana banyak perkara dapat dijayakan.

Seperti pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling, pasti semuanya akan menjadi lebih baik atau mencapai potensi optimum jika penyelidikan itu dibuat terhadapnya, apatah lagi ditambah baik, pasti ia akan menjadi satu inovasi.

Sebagai contoh, bidang pemasaran yang mungkin janggal jika digabungkan dengan penyelidikan, namun tanpa disedari sektor berkenaan juga memerlukan penyelidikan. Keadaan itu sudah tentu dapat menarik seramai mungkin pelanggan berpotensi menyertainya.

Selain memberi fokus kepada penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan berkualiti, kajian mengenai keperluan, pilihan atau cita rasa pelanggan juga perlu diangkat sama penting dalam usaha melariskan jualan.

Jadi, di sini terbukti penyelidikan tidak terhenti dalam bidang sains dan teknologi semata-mata, malah apa saja bidang memerlukannya untuk proses penambahbaikan.

Tujuan penyelidikan atau sesuatu kajian dijalankan supaya sesuatu bidang itu dapat memberikan hasil yang mampu menyelesaikan permasalahan dan pada masa sama mempunyai nilai komersial.

Dalam hal ini, projek gabungan kajian dilihat dapat mendatangkan kebaikan lain seperti pembangunan modal insan, menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat dan dapat merancang inovasi lanjutan.

Banyak bidang boleh digabungkan penyelidikannya dan kita tidak mengambil peluang sebaik-baiknya ia akan digunakan orang luar terutama yang gemar mengambil kesempatan ke atas sumber yang terdapat dalam negara.

Bagaimanapun, sebarang penyelidikan yang dijalankan mestilah didokumenkan untuk rekod tidak kira dalam bentuk kertas kerja, dokumentari video atau gambar kerana kita masih lemah dalam aspek ini.

Syarikat tempatan digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti bagi menjalankan penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat contohnya daripada Pusat Tanah Runtuh Negara, Institut Kajian Ubatan Semula jadi, Pusat Kefahaman & Pemikiran Islam dan Centre for Applied Biodiversity Conservation and Sustainable Development UiTM.

Selain berorientasikan keuntungan, mereka juga boleh mempertingkatkan jenama sendiri dengan menjalankan tanggungjawab sosial menjalankan inovasi yang memberi kebaikan kepada alam sekitar kerana masyarakat melihat mereka adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab.

Bagi UiTM, dengan suntikan kewangan (Geran Komersial Pembangunan dan Penyelidikan) sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, kami tidak ketinggalan menggabungjalinkan kepakaran menjalankan projek skala besar dikenali ‘Penyelidikan Taman Negara UiTM’ membabitkan 200 penyelidik termasuk pelajar sarjana muda hingga pasca siswazah serta pensyarah, bersama Jabatan Perhilitan.

Bagi memastikan kelancaran projek lintas jurusan ini, sebuah stesen penyelidikan di Kuala Keniam, Taman Negara Pahang dibangunkan dengan objektif menyediakan ruang dan infrastruktur kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Sebanyak 16 fakulti, lima pusat kecemerlangan dan juga kampus cawangan UiTM Pahang mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan penyelidikan fasa satu ini, sejak dua tahun lalu.

Fakulti terbabit pula merangkumi pelbagai bidang termasuk Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Undang-undang, Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa dan Fakulti Pengurusan Maklumat.

Projek ini sangat bermanfaat kerana kami menghimpunkan 44 projek penyelidikan berkaitan dengan Taman Negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kertas kerja berjaya dibentang di peringkat kebangsaan dan sembilan antarabangsa, antaranya di United Kingdom, Sepanyol dan Turki.

Satu kompilasi kajian mengenai warisan hutan di situ sedang dibuat dan kini kami merancang mengadakan seminar khas bagi membentang semua kertas kerja serta berbincang untuk penambahbaikan jika dapat meneruskan aktiviti penyelidikan mengenai Taman Negara.

Antara contoh dua kajian yang dijalankan ialah ‘Analisis Kualiti Air sumbangan Sungai Tembeling kepada Taman Negara’ oleh Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Farmasi serta ‘Perkembangan Arkib Visual Digital Kepelbagaian Flora dan Fauna Hutan Hujan Tropika Malaysia di Taman Negara Kuala Keniam (Fakulti Senibentuk dan Seni Reka dan Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif).

Selain itu, kami juga mengkaji biodiveristi Taman Negara, sumber tenaga di sana, bidang sukan dan perniagaan di kalangan Orang Asli, geomatik, Eko-Pelancongan, Pengurusan Taman Negara, undang-undang membabitkan taman negara dan fotografi.

Sesetengah penyelidikan yang kami jalankan juga berjaya memenangi anugerah inovasi iaitu tiga di peringkat antarabangsa, iaitu dua perak di International Exhibition of Ideas-Inventions-New Products 2007 dan satu lagi perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2008.

Selain itu, satu emas dan masing-masing empat perak serta gangsa di peringkat kebangsaan iaitu Inventions, Innovations and Designs 2008.

GPMS UiTM merangkul anugerah lagi

Posted: Selasa, 3 Februari 2009 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Berita UiTM

Alhamdulillah. …

Pada Majlis Anugerah Kecermerlangan Persaatuan/ Kelab Pelajar UiTM 2008 yang berlangsung pada 2 Feb 2009, GPMS UiTM telah mendapat tempat kedua dalam kategori Anugerah Kelab Terbaik (Khidmat Masyarakat & Sosial).

Saya mewakili warga  GPMS UiTM menggucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua terutamanya para alumni yang terlalu banyak membantu dalam segenap aspek, para sahabat – sahabat yang sama – sama berkerja keras dalam membantu menggerakkan GPMS UiTM dan semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung..

Sesungguhnya anugerah ini bukanlah tujuan, sekadar pengiktirafan terhadap apa yang telah dilakukan. Anugerah bukanlah segalanya. Yang paling penting Perjuangan Memperkasa Bangsa mesti diteruskan..

Belajar Terus Belajar..

0619
Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM

UiTM wins inaugural wind orchestra contest

Posted: Sabtu, 10 Januari 2009 by GPMS-UiTM in Berita UiTM, Isu Mahasiswa

From : The Star, 10 Januari 2009

uitmwinsianuguralwindorchestracontest


Selepas selesai sahaja Solat Jumaat pada hari ini. 9 Januari 2009. Bersama Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan Timbalan Pengajian Tinggi Dato’ Idris Harun bersama seluruh warga UiTM menunaikan solat Hajat supaya Palestin dapat diselematkan dan musuh Islam dapat ditewaskan

Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi juga telah merasmikan tabung “RM 100,000.00 untuk palestin” setelah selesai sahaja solat Hajat tersebut. Dan beliau amat berbesar hati menyalur sumbangan untuk tabung tersebut. diharap, seluruh warga UiTM juga turut bersama menyumbang sejumlah wang yang besar untuk rakyat Palestin. (selanjutnya…)

GPMS UiTM: Sokongan Terhadap Palestin

Posted: Khamis, 8 Januari 2009 by Khairul Anwar in Berita UiTM, Cadangan

Sokongan Terhadap Palestin

GPMS UiTM Malaysia, sebagai sebuah persatuan yang
mempunyi ahli 100% melayu dan beragama Islam mengutuk sekeras-kerasnya serangan
yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin yang telah diketahui umum.

Serangan Israel ke atas Palestin adalah serangan yang
dilakukan oleh Israel kepada Negara Islam. Semangat persaudaraan sesama Islam
adalah satu factor utama kenapa kami sokong pejuang Islam di Palestin.

Yang menyedihkan kami adalah mangsa korban peperangan
juga termasuk orang tua, anak-anak kecil dan wanita. Ini juga melanggar etika
perang. Hospital dan kediaman awam juga menjadi sasaran tentera Israel.

 Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan sebanyak 1 juta ringgit Malaysia, atas
sokongan untuk membenteras keganasan di Palestin. Justeru itu, kami berharap
agar kita juga sebagai rakyat Malaysia hulurkan sumbagan anda kepada tabung
bantuan palestin yang sah.

Salah satu cara, untuk kita berperang keatas Israel
adalah boikot barang-barang daripada mereka. Cara ini berkesan, kerana ia mampu
melumpuhkan ekonomi Negara Israel. Apabila ekonomi sesebuah Negara lumpuh,
banyak kesannya kepada  pentadbiran Negara tersebut. Perkara ini perlu
kemuafakatan oleh semua Islam.  Justeru itu, kami memohon kita bersatu padu
membenteras keganasan yang dilakukan oleh Israel dengan boikot barangan-barangan.
Klick dibawah untuk mengetahui barang yang perlu diboikot bersama:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

UiTM Malaysia sepanjang Januari ini akan mengadakan
pelbagai aktiviti untuk menunjukan sokongan terhadap pejuang Palestin. Antaranya
demostrasi aman selepas solat jumaat pada 9 Januari 2009, forum, kutipan derma
dan solat hajat perdana. Marilah kita bersama berkumpul bagi menunjukan sokongan
kita terhadap Palestin.

“Penderitaan Palestin, adalah Penderitaan Saudara Kita”

 

 

winner_akpm

GPMS UiTM Malaysia penuh dengan rasa bangga mengucapkan jutaan tahniah kepada semua warga UiTM yang sebenarnya telah banyak bertungkus-lumus untuk memastikan UiTM menjadi pemenang bagi satu anugerah yang berprastij ini iaitu Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) bagi tahun 2008.

Mari kita imbas kembali, apakah objektif AKPM :

a) Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam sektor awam;

b) Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi Kerajaan yang telah menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang pengurusan dan peningkatan kualiti serta yang telah mencapai tahap unggul kepimpinan kualiti;

c) Memberi publisiti tentang strategi-strategi kualiti yang telah berjaya;

d) Menggalakkan persaingan sihat antara agensi-agensi Kerajaan ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan kualiti; dan

e) Memberi manfaat kepada agensi untuk menilai tahap kecemerlangan agensi masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Kini, AKPM adalah milik UiTM. Ramai yang kata “mengekalkannya lebih susah daripada mendapatkannya”. Justeru itu, kami berharap kualiti perkhidmatan UiTM akan terus cemerlang seleras dengan kemenangan yang telah diperolehi.

“Kami sayangkan UiTM”