Archive for the ‘Berita GPMS’ Category

Kepekaan Gender

Posted: Jumaat, 30 Julai 2010 by Ashraf Exco37 in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita UiTM, Isu IPT, Isu Mahasiswa, Motivasi, prgram 2010

tAJUK : MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL

Anjuran : Jabatan Pembangunan Wanita
dengan kerjasama GPMS n Massa

penceramah :ym Tengku Naufal Tengku Mansor

Jabatan Pembangunan Wanita bakal megadakan satu prgram yang berobjektifkan cara menangani gangguan seksual dengan kerjasama padu daripada GPMS UiTM dan pelajar Massa daripada Fakulti Komunikasi dan Media. Program yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 tersebut bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. Semua dijemput hadir. Makanan, kupon aktiviti , sijil, & pengangkutan disediakan.

Mandat VC kepada GPMS UiTM Shah Alam

Posted: Ahad, 7 Mac 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Rencana
Assalammualaikum wbt…Salam Perjuangan, Salam Warisan.

25 FEB 2010 (Khamis) – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UiTM Shah Alam telah dijemput khas oleh Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid untuk bertemu secara tidak rasmi di Bangunan Canseleri UiTM pada jam 5.30 petang.

Satu panggilan dari pihak Canseleri mengatakan Dato’ ingin bertemu dengan barisan kepimpinan GPMS UiTM Shah Alam telah mengejutkan sebilangan pihak termasuk diriku sebagai Penasihat. Atas agenda apa pertemuan ‘Ad-Hoc’ yang dirancangkan dengan tiba-tiba ini membuatkan aku tertanya pelbagai soalan yang bermain di fikiran. Yang pastinya GPMS UiTM Shah Alam adalah persatuan dalaman pertama dalam UiTM yang beliau ingin bertemu selepas pertemuan beliau dengan barisan eksekutif professor-professor di UiTM, kata beliau sendiri.

Walaupun tidak rasmi, pertemuan sebilangan exco dan saketeriat seramai 10 orang dengan beliau sedikit sebanyak membuka peluang pada GPMS UiTM sendiri mengetahui perjuangan beliau dalam agenda mewarisi dan kecemerlangan pelajar Melayu dan bumiputera dalam UiTM. Secara berhadapan dengan beliau sendiri, perhubungan perkenalan diwujudkan dan pengalaman beliau menerusi satu agenda perjuangan disampaikan.
Secara terus terang dalam perbualan dengan beliau, beliau mengutarakan mandat kepada GPMS UiTM Shah Alam. Mandat yang diberikan fokus kepada 2 isu yang lebih mengutarakan agenda utama iaitu…MELAYU.
Soalan beliau semasa mengutarakan mandat beliau adalah…Apakah perjuangan beliau? dan Apakah fokus utama beliau dalam Amanat VC 2010 beliau yang lalu? serta Adakah GPMS tahu tentang isu 5000 pelajar Melayu miskin yang tidak dapat sambung belajar?Jawapannya sama…tentang perjuangan pendidikan bangsa Melayu, tidak harus diendahkan.

Sedikit sebanyak soalan beliau dijawab dan dikupas bersama. Kesedaran tentang perlunya info harian, isu dan pengetahuan semasa harus ada dalam diri semua pihak. Betapa pentingnya untuk melihat isu tersebut dalam pembangunan pelajar Melayu dalam soal pendidikan dan penyatuan bangsa. Banyak agenda tersirat dalam mandate beliau yang perlu diketengahkan oleh GPMS UiTM sendiri.

Hi-Tea dengan VC. Jemputan Ad-Hoc dari VC UiTM, Agenda Melayu UiTM.Minta dilaksanakan. (selanjutnya…)

PENA WARISAN ENTERPRISE

Posted: Ahad, 7 Mac 2010 by Khairul Anwar in Berita GPMS

KK 03, DATARAN CENDEKIA,
UiTM SHAH ALAM

WAKTU OPERASI : 3 pm – 10pm
HARI OPERASI : Isnin – Ahad ( hari-hari la)

PENA WARISAN ENTERPRISE merupakan sayap baru GPMS UiTM Shah Alam bagi mengembangkan lagi ideologi “Belajar Terus Belajar” kepada seluruh warga UiTM Shah Alam…GPMS UiTM Shah Alam bukan sahaja mengadakan program-program yang berbentuk ilmiah, kemasyarakatan malah menyediakan platform untuk ahlinya belajar beniaga kerana Islam sendiri menyebut 9/10 punca rezeki di muka bumi adalah dari sumber perniagaan…malahan juga, para ushawan Melayu masakini agak kurang jumlahnya berbanding kaum lain…ini mungkin kerana mereka tidak tahu cra bagaimana cara untuk berniaga serta tidak mempunya modal, pengetahuan serta pengalaman…maka, atas dasar-dasar itulah PENA WARISAN ENTERPRISE dilahirkan…

Kedai ini selamat ditubuhkan semalam iaitu 22 Februari 2010 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia…Produk kedai setakat ini adalah novel sahaja…publisher kami adalah daripada ALAF 21, BUKU PRIMA dan JEMARI SENI…

kini, terdapat hampir 600 buah novel di kedai kami…di harap, jualan kedai semakin memberangsangkan keran hasil jualan akan disalurkan terus ke GPMS UiTM Shah Alam bagi tujuan dana program akan datang…

do support us k! ^_^

Mays 2010 – di Kosmo

Posted: Khamis, 18 Februari 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita Media, prgram 2010

Kepimpinan Baru GPMS

Posted: Khamis, 26 November 2009 by Khairul Anwar in Berita GPMS, Berita Media

Sumber : Berita Harian 23 November 2009

SHAH ALAM: Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 pertubuhan itu di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Jais, 36, menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan itu, kelmarin.

Pengerusi GPMS Johor, Rosdi Amir dipilih Timbalan Presiden GPMS selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Syed Anuar Syed Mohamad.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan pula menyaksikan kerusi itu diisi oleh Hasnul Fairus Hushin Amri selepas mendapat 432 undi, Ezarudin Abdul Rahman (317 undi) dan Hishammuddin Abdul Rahman, 254 undi.

Jawatan Naib Presiden Wanita yang dilantik pula kekal milik Rafidah Mohd Ariffin.

Penolong Setiausaha Agung GPMS, Zambri Md Isa dilantik Setiausaha Agung pertubuhan itu, manakala Bendahari diisi Anas Ahmad. Mereka yang dilantik ke jawatan itu adalah dari GPMS Pulau Pinang.

Irmohizam Ibrahim dari GPMS Selangor dilantik Ketua Penerangan.

Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai presiden, Jais berkata, GPMS selepas ini menjadi lebih lantang dalam menangani isu berkaitan pelajar Melayu dan orang Melayu secara amnya.

Katanya, GPMS adalah pertubuhan yang tidak berpihak kepada parti politik dan menjadi pertubuhan pertama tampil memperjuangkan apa saja isu berkaitan Melayu.

Semoga Berjaya, KPW ERA-18 GPMS UiTM Shah Alam

Posted: Selasa, 17 November 2009 by Khairul Anwar in Berita GPMS, Perkhemahan, Program 2009

ledang09banner4_websmall

Pada saat ini, GPMS UiTM sedang menganjurkan sebuah program utamanya iaitu Kem Penyambung Warisan, Ekspedisi Rakan Alam (ERA) ke -18. Program yang dijalankan bagi membentuk seorang pejuang agama, bangsa dan negara yang mempunyai jati diri yang kuat dan bersemangat.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar, program ini dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah swt. Semoga doa anda dimakbur oleh Allah SWT

Port Luck GPMS UiTM

Posted: Isnin, 7 September 2009 by Khairul Anwar in Berita GPMS, Program 2009

potluck gpms

Place: Padang Belakang Blue Wave
Time : 6.30pm-8.00pm
Guest : 30

6.00pm : semua tetamu mula berkumpul dan suai kenal bermula. tetamu2 yang hadir adalah terdiri dari pelajar2 GPMS-UiTM Shah Alam serta mantan-mantan ahli GPMS-UiTM Shah Alam. Antara senior senior yang terlibat adalah abg man gunung dan isterinya (mantan gpms UiTM Shah Alam) sarjen dan isteri ( Mantan Ydp GPMS-UiTM) abg joe dan isteri , kak najlah (era 15) serta ahli ahli gpms yang lain

7.00pm : semua tetamu mula mengambil tempat masing-masing dan aktiviti portluck mula dijalankan, masing-masing sungguh ceria kerana akhirnya dapat ketemu jua dengan ahli2 gpms yang baru serta yang lama. banyak perkara yang telah dibincangkan serta dibualkan ketika itu antaranya tentang perkembangan gpms uitm, perkembangan politik malaysia, ekonomi serta perbualan sampingan seperti perkembangan karier senior gpms masing2

7.30pm : Buka puasa bermula. Bacaan doa diketuai oleh sarjen. Jumlah tetamu yang hadir tidak dijangka iatu seramai 30 orang, Budget tetamu oleh pihak penganjur hanya seramai 15 orang sahaja, namun portluck masih berjalan dengan penuh meriah serta mewah sekali kerana konsep memberi yang sentiasa diterapkan dalam diri setiap ahli GPMS masih diamalkan walaupun dimana jua. Disamping itu acara sambutan hari jadi timbalan yang dipertua GPMS-UiTM Mohd Alif Muadz juga disambut, cupcake yang dibuat oleh isteri abg man gunung juga dihidangkan dan menjadi tarikan pada majlis tersebut.

8.00pm : Bersurai, ada sesetengah tetamu terus ke masjid negeri untuk mengerjakan solat maghrib serta tarawih dan ada pula yang terus pulang dan mengerjakan di rumah sahaja.

Terima Kasih,

Daripada Penganjur,
Zulainiah Bt Abdul Rashed
(Mantan YDP 3 GPMS-UiTM Ke 34)

Program Sehari bersama GPMS UiTM 2009

Posted: Khamis, 23 Julai 2009 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Program 2009

gpmsuitm

Program yang baru sahaja dijalankan baru-baru ini adalah Program Sehari Bersama GPMS UiTM 2009 yang julung-julung kalinya diadakan kerjasama antara GPMS cawangan khas yang lain di Malaysia. Program telah berlangsung dengan lancarnya dari 17hb hingga 18hb Julai 2009, yang bertempat di Kampus Puncak Perdana. Objektif program ini dijalankan untuk mengabungkan GPMS setiap cawangan untuk sama-sama berkumpul dan berbincang tentang hala tuju GPMS pada masa hadapan sebagai platform untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sosial sejajar dengan Mukadimah GPMS. Selain itu, menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa Melayu akan tanggungjawab dan peranan utama mereka sebagai pelajar dan seterusnya menyedari perihal pentingnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kecemerlangan pelajaran untuk survival bangsa di tanah air sendiri. Cawangan yang hadir untuk menjayakan program ini adalah exco-exco GPMS UiTM cawangan Dungun, Terengganu, exco-exco GPMS cawangan Unisel Bestari Jaya dan exco-exco GPMS cawangan UiTM Shah Alam. Jemputan yang turut hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program adalah mantan-mantan dan alumni. Penceramah khas di jemput hadir untuk berucap bagi menaikkan semangat hadirin yang hadir adalah En. Faizal Ikram wakil dari GPMS Kebangsaan, En. Abu Zarin wakil dari Biro Tatanegara cawangan Selangor dan En. Akmal Dahlan (Sarjen). Program berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.45 petang pada hari sabtu iaitu 18 julai 2009. Pada malam hari, exco-exco menyertai permainan bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli GPMS. Pada akhir pertemuan, mereka yang hadir telah memberikan reaksi yang positif terhadap program yang dijalankan dan berharap program-program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan pastinya lebih baik dari sebelumnya. Di kesempatan ini, di ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. HIDUP GPMS!!!

Futsal GPMS UiTM

Posted: Isnin, 20 Julai 2009 by Khairul Anwar in Berita GPMS, sukan

futsalgpms3

GPMS UiTM juga ada menganjurkan kejohanan futsal dibawah kelolaan Exco GPMS UiTM ke-36. Sesiapa yang berminat untuk bersama dengan GPMS UiTM bagi bersama-sama dalam aktiviti sukan ini adalah digalakkan. Sambil kita bersukan kita boleh belajar untuk terus berjaya!