A.Samad Said
Balada Hilang Peta -1990
Kita perlu turun
Dari menara
Melepas capal
Berjalan kaki
Merasakan keresahan
Nafas bumi
Kita sekarang sedang
Didesak ditengah
Dendam gelegak
Sedang disiku
Dari seluruh penjuru
Sedang dihina
Kerana terlalu lama
Sengaja mengalah
Kita sedang genting
Dan sedang gering
Kita perlu marah
Sejujur hati,
Untuk bermamah
Dibumi sendiri
Kali ini
Jika kita bernyanyi
Biarlah lagu yang
Paling hakiki
Jika kita bersuara
Biarlah jujur rasa
Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya
Lelaki tang berani
Mereka akan merasa
Bermaruah ditengah
Buminya sendiri
Kita perlu bangun
Sekali ini
Bangun pertahan
Yang hakiki
Sajak yang penuh dengan makna, tetang hak anak bumi. Sajak yang penuh dengan makna ini perlu disebarkan kepada seluruh bangsa Melayu. Jangan dibiarkan hak kita digadai kerana kita tidak mengetahui.
Sayangnya Melayu berdagang diBumi sendiri…kerana tak mengenal mana kawan mana lawan…condong kepada marahkan nyamuk seekor dua, kelambu dibakarnya…kesian anak2 muda digula-gulakan dengan senandung irama “kebebasan sejagat”.
Sedangkan tidak pula di kaji siapa yang mempelopori dan sekarang menajai gerakan kebebasan sejagat…tanpa batasan itu.
Kalau nak kenal siapa orang tua mereka…lihatkan saja anak2 mereka. Kasihan anak2 bangsaku…yang sudah tidak kenal apa itu MELAYU…jangan dicari salah siapa…tetapi cari dimana silapnya…agar dengan jujur dapat di perbaiki khilafnya.
Demi bersatu hati sanubarinya, walau berbeza pegangan akalnya.