Program Sehari bersama GPMS UiTM 2009

Posted: Khamis, 23 Julai 2009 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Program 2009

gpmsuitm

Program yang baru sahaja dijalankan baru-baru ini adalah Program Sehari Bersama GPMS UiTM 2009 yang julung-julung kalinya diadakan kerjasama antara GPMS cawangan khas yang lain di Malaysia. Program telah berlangsung dengan lancarnya dari 17hb hingga 18hb Julai 2009, yang bertempat di Kampus Puncak Perdana. Objektif program ini dijalankan untuk mengabungkan GPMS setiap cawangan untuk sama-sama berkumpul dan berbincang tentang hala tuju GPMS pada masa hadapan sebagai platform untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sosial sejajar dengan Mukadimah GPMS. Selain itu, menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa Melayu akan tanggungjawab dan peranan utama mereka sebagai pelajar dan seterusnya menyedari perihal pentingnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kecemerlangan pelajaran untuk survival bangsa di tanah air sendiri. Cawangan yang hadir untuk menjayakan program ini adalah exco-exco GPMS UiTM cawangan Dungun, Terengganu, exco-exco GPMS cawangan Unisel Bestari Jaya dan exco-exco GPMS cawangan UiTM Shah Alam. Jemputan yang turut hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program adalah mantan-mantan dan alumni. Penceramah khas di jemput hadir untuk berucap bagi menaikkan semangat hadirin yang hadir adalah En. Faizal Ikram wakil dari GPMS Kebangsaan, En. Abu Zarin wakil dari Biro Tatanegara cawangan Selangor dan En. Akmal Dahlan (Sarjen). Program berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.45 petang pada hari sabtu iaitu 18 julai 2009. Pada malam hari, exco-exco menyertai permainan bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli GPMS. Pada akhir pertemuan, mereka yang hadir telah memberikan reaksi yang positif terhadap program yang dijalankan dan berharap program-program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan pastinya lebih baik dari sebelumnya. Di kesempatan ini, di ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. HIDUP GPMS!!!

Advertisements
Komen-komen
  1. Assalammualaikum.

    Sejak bila plak nama aku kena tukar nie. Dari Mohd Faizal Mohd Salleh kepada Faizal Ikram….. errmmm. Takpe, sajer-jer kacau korang pasal nama aku dah kena tukar kat atas tu.

  2. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

  3. FFCrew Team berkata:

    salam

    En Radhi Abd Razak

    Kami mengucapkan ribuan terimakasih kerana sudi datang ke blog kami.
    insyallah, kita dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk kebaikan bangsa
    http://gpmswangsamaju.blogspot.com/

    Khairul Anwar
    Blog Editor

  4. Hey there, You have done an incredible job.

    I’ll certainly digg it and personally recommend to my friends.
    I am confident they will be benefited from this site.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s