Penuntut UiTM Perlu Tahu Menguruskan Pengetahuan

Posted: Ahad, 28 Jun 2009 by Khairul Anwar in Berita Media, Berita UiTM, Motivasi

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini menasihatkan penuntut supaya membina kebolehan menguruskan pengetahuan yang mereka peroleh.

“Di dalam pemikiran, anda seharusnya mengetahui bagaimana mengurus pengetahuan dan untuk melakukannya, anda mesti mempunyai disiplin dan keupayaan untuk mensintesis maklumat… apa yang boleh dipercayai dan apa yang perlu diketepikan,” katanya kepada lebih 30 penuntut UiTM yang meluangkan masa bersama beliau minum sambil bertukar-tukar pandangan di kafetaria kolej itu.

Turut serta di dalam perbincangan yang berlanjutan selama 30 minit ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah serta Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Najib berkata para penuntut perlu memiliki minda yang mampu mengurus pengetahuan yang diperoleh bagi mencapai kejayaan dalam keadaan semasa yang amat mencabar.

Ketiadaan minda yang mampu menguruskan pengetahuan mungkin boleh memecahbelahkan masyarakat kerana rakyat kini dihujani dengan limpahan maklumat dan pengetahuan hasil kemajuan teknologi perhubungan seperti internet, katanya.

Perdana Menteri berkata para penuntut memmpunyai peranan penting untuk mengukuh perpaduan dan seterusnya menjayakan konsep 1Malaysia.

Najib berkata mahasiswa UiTM, yang majoritinya beragama Islam, perlu membentuk diri menjadi Muslim yang baik kerana perwatakan itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka warganegara yang baik dan memberi gambaran sebenar mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Ini adalah satu bentuk dakwah yang boleh dilakukan pelajar selain daripada peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, katanya.

Najib turut menasihatkan para mahasiswa supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dan terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM merupakan aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Pendidikan merupakan agenda utama BN sejak dahulu lagi kerana ia merupakan agen perubahan sosio-ekonomi masyarakat yang paling berkesan. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s