Operasi Tawan Kota III 2009

Posted: Khamis, 29 Januari 2009 by GPMS-UiTM in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Kepimpinan, Latihan, Motivasi, Perkhemahan, Program 2009, sukan

TAHNIAH diucapkan kepada Perkasa 17 kerana telah berjaya dalam Operasi Tawan Kota pada 24-28 Januari 2009.

Ingat perjuangan belum selesai dan tidak pernah selesai. Perjuangan untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa kerana maju mundur, kaya miskin dan hina mulia bangsa itu terletak di tangan kita.

Terima kasih kepada semua urusetia dan alumni GPMS UiTM yang bersama menjayakan program ini.

“salam perjuangan”

Advertisements
Komen-komen
  1. fiziemizie berkata:

    terima kasih kpd smua urusetia n alumni….
    pd adek beradek ku PERKASA 17, ingatlah! jgn persia-siakn ape yg telah kita harungi bersama…suka duka bersama…ini br permulaan bg kita, perjuangan belum selesai…jgn la jd melayu yg TAK TAHU / BANGSAT…jd la kita melayu yg TAHU & SEDAR…

    -0839-

  2. imam berkata:

    huhuhuhuuh…..
    sedih nye otk dh abih…..xpuas r……
    pe2pn terima kasih yg xterhingga pd semua yg terlibat
    secara langsung @pun xlangsung bg menjaya pgram nie……
    banyak yg aku balajar&sedar dr pgram nie….
    praktikan pe yg anda belajar dr pgram nie ke dunia yg
    nyata….adik-abg-akak aku sekalian stay dlm gpms,
    berbakti lah demi bangsa kita….

    lumrah idupku suka menyakat,
    tp jgn smapai terlalai,
    biar org kata gila pangkat,
    asalkan bangsa tidak tergadai.

    -0835-

  3. "IBU AMER"... berkata:

    salam…selesai sudah otk III perkasa 17,tetapi ingat rakan2 seperjuangan sekalian…
    misi belum selesai,
    prjuangan juga belum selesai…
    imbas kembali 4 SEDAR dan ingatlah bahawa setiap perkara yang telah dilalui sepanjang otk III itu menyimpan infiniti makna dan pengertian yang hanya mampu dirungkai dengan penghayatan dan kesedaran dalam jiwa anak2 melayu..
    berjuanglah demi bangsa melayu dan bagi perkasa 17,
    tahniah diucapkan…
    sekian..”ibu amer”-0766-

  4. "IBU AMER"... berkata:

    salam…selesai sudah otk III perkasa 17,tetapi ingat rakan2 seperjuangan sekalian…
    misi belum selesai,
    prjuangan juga belum selesai…
    imbas kembali 4 SEDAR dan ingatlah bahawa setiap perkara yang telah dilalui sepanjang otk III itu menyimpan infiniti makna dan pengertian yang hanya mampu dirungkai dengan penghayatan dan kesedaran dalam jiwa anak2 melayu..
    berjuanglah demi bangsa melayu dan bagi perkasa 17,
    tahniah diucapkan…
    sekian..”ibu amer”-0766-

  5. hidayah-0822 berkata:

    salam perjuangan untuk semua…first of all,trma kasih byk2 kpd smua yg terlibat dlm mnjayakan OTK III nie…byk intipati yg boleh kita renungkan bersama…manfaatkanlah…ilmu tanpa amal bagai pokok tidak berbuah…erm…ledang sudah kita harungi,kota sudah kita tawan…tapi sudahkah kita rantai seluruh bangsa melayu yg lalai dan belum sedar????ingatlah wahai adik-beradik ku sekalian…perjuangan blm selesai…buatlah apa yg termampu untuk memajukan bangsa kita sendiri,”bukan kecil langkah kita”renung-renungkn…MELAYU GAGAH,MARUAH TERBELA…belajar terus belajar…0822 mengundur diri…^^^^^peace…love no war:)^^^^

  6. anakledang2530 berkata:

    Syabas buat peserta advance namun jangan mudah terlalai dengan kegembiraan yang datang hanya untuk sementara..

    “Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
    kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
    mengangguk dan membenarkan,
    kerana sekalipun bangganya negara
    kerana makmur dan mewahnya,
    bangsaku masih melata
    dan meminta-minta di negaranya sendiri.”

    PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
    -TUN DR MAHATHIR MOHAMAD/MEI 1996-

  7. Perkasa berkata:

    Aku bukan sekadar hafal…

    PRINSIP 4 SEDAR

    SEDAR
    Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu
    —————————
    SEDAR
    Akan kemunduran kami di alam pengetahuan
    —————————
    SEDAR
    Atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
    —————————
    SEDAR
    Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

    Tp aku dah mula sedar….

    Lagu MAHAMERU amat penting kwn2… Haizzz

  8. serikandi berkata:

    SELOKA ADVANCE OTK lll

    Sambil berlari beg digalas,
    Kerana ‘advance’ kami tututkan,
    Seloka OTKlll Perkasa tujuh belas,
    Baca bersama buat tatapan.

    Duduk bersimpuh duduk bersiler,
    Makan banyak buncit perut,
    Dari HEP ke Seroja beg berat giler,
    Peh, seksaan da start siot..

    Puas duduk kami berdiri,
    Naik bas da start keja,
    Kain putih amanah diberi,
    Simbolik maruah pada bendera.

    Selamat sampai ke rumah meranti,
    Perkasa 17 masih gagah berdiri,
    Jurulatih arah soh menyanyi,
    Tapi sumeee dok tayang gigi…

    Masa ciput sume nak wat,
    Sampai terlupa flysheet dan pancang,
    Soh pasang khemah nak cepat-cepat,
    Lastnye khemah pon terbang melayang..

    Kaki melecet buat selamba,
    Apa yang penting sume nak lekas,
    Fitri terkejut jadi ketua,
    Penyambung warisan era 17..

    Bile mengantuk mata da merah,
    Perut lapar tetap kena denda,
    Menangis sudah ketawa pon sudah,
    Tu lah penangan dek urusetia..

    Disuruh menyanyi alamak lupalak lirik,
    Bile da ingat tersalah nada,
    Kami tak kisah berjemur kat panas terik,
    Yang penting kumat-kamit ucap 4 sedar…

    Lagu ‘Wonderpet’ jadi hiburan,
    Gaya selamba tidak ketinggalan,
    Buat semua kami sembahkan,
    Tapi ingat sume tu takde ulangan..

    Rileks je (rileks ke?) walaupun lapar,
    Pening, muntah, sakit biase la tu,
    Dah kena denda baru nak sedar,
    Baik urusetia kami tak tipuuu..

    Alang-alang ‘advance’ dah sampai misi,
    Jangan sampai ego meninggi,
    Objektif kursus sematkan dalam hati,
    Takde masuk tlinga kanan kuar tlinga kiri

    Bukan suke-suke program ini,
    Tanam tekad ikhtiar diri,
    Kekal GPMS janji terpatri,
    Perkasa 17 tunggu tanggungjawab menanti.

    Nukilan,
    0825,0827,0824,0822

  9. Penyair dr Gunung berkata:

    Serius best giler seloka advance OTK lll…

    Syabas buat ke-empat2 penyeloka walaupun xde hadiah diperuntukkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s