Hulurkan sumbangan keatas rakyat Palestin

Posted: Khamis, 15 Januari 2009 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Berita Media, Isu Mahasiswa, Isu Pemikiran, Perkhemahan

“Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”

Hari ini, meja penulis Blog GPMS UiTM Malaysia handak kita renung bersama, nasib umat Islam di Negara Palestin. Sedih… apabila saya melihat, membaca dan mendengar “bendera”, “sticker” dan “berita” mengenai rakyat Palestin. Hati saya ini bagaikan ditikam… perasaan sedih, terkenang saudara mara palestin, terkenang kesusahan rakyat palestin, terkenang kelaparan yang dialami oleh rakyat palestin. Jika anda mampu bayangkan dan cuba rasakan kesusahan itu, saya percaya, sebenarnya anda tidak mahukan semua penderitaan itu anda alami sendiri.

Kita di Malaysia ini, hidup dengan penuh aman dan harmoni, tiada peperangan dan hati sentiasa dalam keadaan senang. Bila panas, kita berlindung di bawah bumbung yang ada sistem penghawa dingin yang dingin, kipas dan bilik yang cantik. Bila hujan, kita mampu mencari tempat berteduh, bila sejuk kita mampu mencari kain selimut untuk memanaskan badan kita, bila kita susah, kita mampu untuk mencari sahabat kita yang mampu membantu kita, bila kita ada masalah kita mampu luahkan masalah itu kepada ibubapa kita walaupun saat itu kita masih kecil lagi.

Tetapi, apa pula pada rakyat Palestin di sana, hati mereka sentiasa berada dalam keadaan ketakutan. Pepetah melayu ada mengatakan bahawa, nyawa mereka dihujung tanduk. Tidak kira mereka merupakan orang tua, perempuan dan kanak-kanak yang sebenarnya masih berpeluang dan mampu berjaya jikalau nyawanya panjang kelak. Ada yang dari kecil lagi sudah kehilangan ibubapa akibat kekejaman zionis. Ada pula, sudah hilang anggota penting dalam badan seperti tangan dan kaki yang selalunya digunakan untuk mencari sesuap nasi kepada keluarga mereka. Percayalah kepada saya, mereka memerlukan bantuan daripada kita.

Atas kesenangan kita di Malaysialah sebabnya kadang-kadang kita lupa atas kesusahan”

Saya selalu berpegang pada prinsip bahawa, hanya mereka yang telah biasa menderita apabila mereka dalam keadaan susah sahaja yang mampu mengenangkan kesusahan orang lain.

Persoalannya, sanggupkah anda melihat saudara anda kelaparan, bukan sehari tetapi berhari-hari. Sanggupkah anda melihat suadara anda kesejukan bukan semalam, tetapi bermalam-malam. Sanggupkah anda melihat saudara anda menderita kesakitan, bukan sehari tetapi juga menahan hingga berhari-hari. Sanggupkah anda melihat saudara anda berpakian koyak rabak, kerana tiada lagi pakaian yang lain yang secantik itu.

Dapatkah anda banyangkan kesusahan yang dialami oleh masyarakat Palestin.

Hulurkanlah sumbangan anda dengan ikhlas. Jika anda selalu makan dengan kos yang tinggi, kurangkanlah kos makanan anda. Berjimatlah dengan kesenangan anda untuk diberikan sedikit kesenangan anda kepada orang yang dalam kesusahan. Saya yakin, anda mampu jimat sebanyak seringgit sehari paling kurang untuk diberikan kepada Rakyat Pelestin.

Tetapi, percayalah jika anda sanggup melihat saudara anda di Palestin berada dalam kesusahan. Belanjalah dengan boros kewangan anda ataupun simpanlah banyak-banyak sumber pendapatan anda untuk kesenangan anda di masa hadapan yang tidak pasti.

Hulurkanlah bantuan kepada rakyat Palestin kepada mereka yang boleh dipercayai. Janganlah mengambil kesempatan diatas murahnya hati manusia yang berhati mulia ini.

11.27am; 13 Januari 2009
Teratai 5,

UiTM Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s