Warga UiTM sayangkan Palestin

Posted: Jumaat, 9 Januari 2009 by GPMS-UiTM in Am & Pelbagai, Berita GPMS, Berita UiTM, Isu Kenegaraan, Isu Mahasiswa, Isu Pemikiran


Selepas selesai sahaja Solat Jumaat pada hari ini. 9 Januari 2009. Bersama Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan Timbalan Pengajian Tinggi Dato’ Idris Harun bersama seluruh warga UiTM menunaikan solat Hajat supaya Palestin dapat diselematkan dan musuh Islam dapat ditewaskan

Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi juga telah merasmikan tabung “RM 100,000.00 untuk palestin” setelah selesai sahaja solat Hajat tersebut. Dan beliau amat berbesar hati menyalur sumbangan untuk tabung tersebut. diharap, seluruh warga UiTM juga turut bersama menyumbang sejumlah wang yang besar untuk rakyat Palestin.

Memorandum bantahan serangan terhadap Palestin telah diseampaikan oleh wakil pelajar kepada Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi, dan PM telah membacanya dan menelitinya.

Sebilangan pelajar berkumpul di dataran Pusat Islam UiTM sambil membawa sepanduk yang antaranta tertulis tertulis “Selamatkan Palestin”, “Boikot Barang2x Israel & US”, “Israel Kejam”, “Stop west hegemony” dan “War is not he solution, stop killing our brother and sister”.

Turut bersama dalam perhimpuan itu adalah Dato’ Idris Harun, Prof. Dato’ Sri Ibrahim Abu Shah dan seluruh warga UiTM Malaysia, berganding bahu bersama-sama menyatakan sokongan bantahan terhadap Israel yang berlaku kejam terhadap Palestin.

Selepas ini, banyak aktiviti di sekitar UiTM akan dijalankan bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas. Pada esok hari (10 Januari 2009) pada jam 8.00 malam bertempat di Dataran Cendekia, UiTM Malaysia akan diadakan Majlis Perasmian sayangkan Palestin.  Majlis Perasmian ini akan disempurnakan insyallah oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato’ Hj. Nasuddin Othman.

Tabung derma untuk Palestin juga telah bergerak mengumpulkan sumbangan seluruh warga UiTM bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s