Lihat Sejarah Negara – GPMS

Posted: Rabu, 3 Disember 2008 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Berita Media

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyelar tindakan pemimpin bukan Melayu tertentu yang mendakwa istilah ketuanan Melayu sebagai tidak sesuai.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin berkenaan perlu melihat sejarah negara ini dan memahami bahawa sesebuah negara terbentuk hasil asimilasi.
‘‘Semakin lama kita merdeka, sesetengah pihak dilihat seolah-olah semakin lupa dengan sejarah negara.
‘‘Kita mesti tahu bagaimana sejarah negara kita bermula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Reezal Merican mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahawa istilah ketuanan Melayu tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seperti hubungan ‘tuan dengan hamba’.

Reezal Merican menambah, istilah ketuanan Melayu menggambarkan kemuliaan kaum Melayu yang rela berkongsi hak dengan kaum lain.

‘‘Perkara ini akan turut dibincangkan dalam perhimpunan agung tahunan GPMS pada 19 Disember ini,’’ katanya lagi.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Wira Syed Ali Alhabshee turut melahirkan kekecewaan kerana rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) semakin lantang menyerang kepentingan Melayu khususnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO.
‘‘Sejak kebelakangan ini semua pemimpin parti yang menjadi sekutu UMNO dalam BN menampakkan belang masing-masing yang lebih menjuruskan kepada sentimen perkauman ke arah menjejaskan perpaduan rakyat pelbagai kaum,’’ katanya.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s