Perkhemahan Mesra Alam 9

Posted: Isnin, 11 Ogos 2008 by GPMS-UiTM in Program 2008

 Bertempat di Sungai Sendat, Ulu Yam. Gabungan Pelajar Melayu Semanjung, UiTM Malaysia berkumpul di sana bagi menjayakan program Perkhemahan Mesra Alam 9. Tapak perkhemahan yang berdekatan air terjun, tapak baru perkhemahan yang merupakan hutan dara dan terasa kesejukan dingin yang tidak terhingga di malam hari. Membuatkan seramai 38 orang peserta 25 orang urusetia telah terpikat untuk bersama memeriahkan program tersebut.

 Peserta bertolak dari Universiti Teknologi MARA Malaysia pada 8 August 2008 pada jam 6.00 petang. Peserta tiba di Ulu Yam pada jam 9.00 malam. Setibanya di Ulu Yam, peserta mendengar taklimat oleh YDP GPMS UiTM Malaysia dan Senior GPMS yang turut hadir. Seterusnya, peserta menderikan khemah dan menjamu selera.

 Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti LDK menyentuh pengenalan sesama ahli kumpulan dan kenali diri sindiri. Peserta dicabar untuk masak makan sendiri untuk juadah makan tengah hari. Seterusnya, peserta diberi taklimat berkenaan dengan pengenalan asas perkhemahan yang diberikan oleh ahli GPMS-UiTM sendiri.  Permainan cina buta juga diperkenalkan sekali lagi kepada semua peserta merupakan hiburan di petang hari.

 Kemudian pada waktu malam, peserta didedahkan dengan permainan night walk. Yang juga mendatangkan keinsafan kepada peserta betapa angungnya kuasa Allah SWT yang mencipta keindahan alam semulajadi.

 Hari terahir iaitu pada 10 Ogos 2008, peserta masuk ke hutan untuk jungle tracking dan seterusnya aktiviti “water confidance”.  Sambil berjalan di hutan, peserta bergambar sesama ahli kumpulan sebagai kenang-kenangan di sana. Seterusnya penutupan kumpulan LDK dijalankan.

Lebih kurang pada jam 4.30 petang. Peserta pulang ke UiTM Malaysia.

Advertisements
Komen-komen
  1. ALLAN berkata:

    Bolehkah saya dapatkan nombor telefon tapak ini?

  2. Bob GPMS berkata:

    Sungai Sendat dah bahaya..
    Baru-baru ni ada buak mati lemas kat sungai…

  3. 0640 berkata:

    Safety first!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s