Kenaikan Harga Barang Semasa? Apa Perlu Anda Lakukan.

Posted: Isnin, 9 Jun 2008 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Isu Pemikiran

Kenaikan bahan api semasa menyebabkan ramai yang bermurung, bersedih dan sentiasa gelisah. Gaji yang RM2000.00 zaman sekarang ibarat gaji RM500.00 pada tahun 1990. Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapat rendah? Apa pula yang perlu mereka lakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang semasa.

 

Golongan pelajar? Apa perlu anda lakukan.

 

Ibu bapa anda penat lelah keringat mencari sumber kewangan, pening kepala mereka memikirkan tanggungan terhadap anak-anaknya yang masih bersekolah. Anak ramai, pendapat sama sahaja tetapi, jumlah perbelanjaan telah meningkat.

 

Berjimat.

 

Itulah satu langkah yang paling baik dilakukan untuk golongan pelajar. Kurangkan pergi ke restoran-restoran makanan segera kerana harga di sana sebenarnya jauh lebih mahal daripada makanan biasa. Jikalau dibandingkan dengan harga sekali anda makan di restoran makanan segera sebenarnya adalah sama sahaja nilainya dengan jika anda makan pagi dan petang di kedai biasa yang lebih berkhasiat dan menyelerakan.

 

Bagi mahasiswa yang merokok. Umum mengatahui bahawa merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada anda tetapi, kepada rakan yang berada di sebelah anda semasa anda merokok. Jadi, jauhklah amalan merokok. Harga sekotak rokok 14 batang adalah sebanyak RM5.90. Dan secara purata 14 batang hanya boleh bertahan selama 2 hari. Jika dikurangkan? Atau bertekat untuk menghentikan tabiat tersebut. Berapa banyak penjimatan yang anda dapat lakukan. Daripada pengiraan saya daripada jumlah batang perokok. Perokok akan membelanjakan sebanyak RM88.50 dalam masa sebulan. Dimana jikalau di kumpul pada setiap bulan boleh digunakan untuk tujual lain yang lebih berfaedah seperti membeli pakaian.

 

Sakit rasanya bagi mahasiswa/pelajar yang menggunakan motosikal ke kuliah / kelas. Harga bahan petrol telah meningkat. Kalau dulu dengan RM6.00 tangki sudah penuh, tetapi sekrang RM10.00 baru penuh tangki. Berlaku peningkatan bagi  perbelanjaan. Bagaimana pula dengan pelajar yang menggunakan kereta untuk ke kelas. Sudah tentu ada yang tidak sanggup lagi untuk membawa kenderaan ke kelas.

 

Banyak kali kesan diatas kenaikan harga pada zaman sekarang. Kalau saya hendak senaraikan sekarang memang sakit dan panjang. Bertambah terasa beban di hati ini.

 

Ini adalah masalah global, yang juga menjadi masalah kepada negara kita. Kita fikirkan sejenak wahai sahabat, tenaga anak muda banyak yang tidak dapat digunakan kerana banyaknya masalah gejala sosial. Jikalau, tenaga anak muda melayu ini dapat digukanan, insyallah bagi saya tentu negara dapat membantu mengatasi  masalah ini. Kepakaran tenaga muda melayu adalah sangat penting. Bidang sains dan teknologi anak melayu harus terokai. Jangan mudah terpengaruh dengan isu semasa negara. Tetapi, anak melayu bangkitlah untuk memacu diri sendiri. Harga barang diramalkan oleh pakar ekonomi akan terus meningkat tanpa penurunan. Ekonomi negara umum mengatahui dipegang oleh bangsa asing. Jika anak melayu hanya duduk di tepi jalan bersama gitar dan melihat kenderaan yang lalu. Apa yang akan dapat? Yang dapat hanya angan-angan Mat Jenin dan asap kenderaan.  Tetapi, jikalau anak melayu yang bertaburan tidak tentu hala ini pandai menggunakan segala jenis peluang yang ada di tanahair ini untuk menjana pendapatan sendiri, percayalah sahabat sekalaian, anda bukan sahaja memberikan pulangan pendatan kepada diri anda sendiri. Tetapi, anda juga memberi faedah kepada keluarga anda. Dapat menangung keluarga adalah satu kesyukuran yang teramat sangat oleh ibu bapa anda. Percayalah, mulalah bertindak sekarang untuk menguasai ekonomi negara. Lari dari kemelut ekonomi dan masalah ekonomi dengan mengumpulkan kekayaan yang dapat juga disalurkan kepada bangsa adalah cara terbaik buat masa sekarang.

 

Saya yakin Jumaat lepas rata-rata khutbah Jumaat berkhutbah mengenai isu kenaikan harga. Khatib ada menyarankan agar, masyarakat semua bertenang dan bersabar atas dugaan yang dihadapi. Ini adalah ujian daripada Allah SWT. Sebenarnya, sekarang ini ramai yang meminta untuk mendapat gaji yang besar untuk menanggung beban tanggungan yang mereka hadapi sehinggakan mereka lupa keberkatan duit oleh Allah SWT. Ramai yang lupa. Kepada mereka yang selalu meninggalkan solat, melakukan maksiat dan berdusta apabila berkata-kata. Bertaubatlah. Carilah keredhaan Illahi. Kerana dengan keberakatan daripada Illahi, insyallah wang yang sedikit pun, sama juga nilai kebahagiannya dengan wang yang banyak. Ingatlah golongan pelajar sekalian, Allah SWT itu MAHA Mengasihani.

 

Golongan mahasiswa. Teruskanlah berjuang untuk meningkatkan tanggungjawab anda kepada negara. Bertawakalah kepada Allah.

Advertisements
Komen-komen
  1. fazy berkata:

    marilah kite berpuasa beramai-ramai, selain dpt menggantikan puasa terdahulu, berdiet (kurangkan pe yg patutla), ini adalah jln terbaik bagi menangani fenomena seperti ini. lepas berjimat cermat tu penting, dan ak suggest utk student mcm kiter buatla part time jika termampu, dpt berdikari, xyahlah bergantung sgt dgn duit parents masing2…

  2. Mr. Nice Guy berkata:

    Cadangan yang Cik Fazy kemukakan itu memang bagus…

  3. izzah_comel berkata:

    BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA..

  4. Mr.Green berkata:

    bagi saya pula fenomena ini memang membebankan pelajar2.dulu pergi kelas petrol cuma rm2 utk 2hari tapi terpaksa sebanyak rm2 untuk ke kelas sahaja…da puas puasa,xlarat lagi bukan muntah hijau sahaja yang dapat,badan pun dah naik hijau….sekian…nukilan rasa budak hijau..

  5. Mr. Nice Guy berkata:

    Siapa engkau Mr.Green?

  6. fazy berkata:

    Kenaikan hrga brg2 ni menguji kebijaksanaan rakyat@pengguna dlm soal keewangan mahupun perbelanjaan mereka. Jgn cepat mengalah kerana kekayaan& rezeki di muka bumi ALLAH ini masih terbentang luas. Pelbagai alternatif lain yang masih boleh diguna pakai.Kerajaan masih cuba mengatasi masalah ini, namun kite sebagai pengguna harus bersyukur kerana kita belum mencapai tahap negara yang kritikal dalam hal kenaikan hrga brg2 ini.Allhamdullillah xde yang mati kebuluran@kekurangan makanan@kekurangan minyak dunia masih terkawal.Semua sedia maklum kenaikan minyak ini bukan kerana kekurangan bahan mentah tersebut, tetapi spekulasi dan tekanan negara2 barat terhadap neg2 pengeluar dalam isu bahan mentah ini.

    Lihaasatlah betapa buruknya propoganda sesetenagah neg tersebut yang senantiasa ingin menguasai eko dunia…walaupun negara tersebut sedang dilanda musibah…..

    Sebagai rakyat m’sia, kite mestilah bersedia menghadapi kemungkinan yg mendatang, malah perlu bersyukur dgn rezeki yang masih ALLAH curahkan……..

  7. k.a0616 berkata:

    bismillahhirahmanrrahim,

    menambahbaikan artikel diatas, sy menyeru pelajr-pelajar semua belajar la bersungguh-sungguh, daripada bacaan saya di artikel yg telah ditulis kembali di dalam blog saya (http://fikirfakta.blogspot.com). Minyak merupakan Pendapatan Kasar Negara (Gross Domestic Income) yang terbesar iaitu 85%. Jikalau tiada minyak apa perlu anda lakukan…

    penyelidikan harus dijalankan oleh mahasiswa-mahasiswi melayu, supaya bahan yang anda reka untuk menggantikan minyak ini dapat digunakan serata dunia sekali gus mendatangkan dan meningkatkan pendapatan negara yang maksimum. Kemewahan dan kemegahan anak melayu adalah satu pencapaian yang membaggakan bagi diri saya. Lakukan penyelidikan sekarang. Belajarlah hingga menjadi anak melayu yang berjaya

  8. JeBat-MalaYneUm berkata:

    masalah minyak ni very2 complicated la…
    hard to say..ckp2 bnyak pun tara guna, harga minyak bkn blh trn..’
    lagi naik ade larr…arini dlam papaer ckp minyk dijangka naik
    usd 175 setong…bygkn drpd usd38 setong,4 kali gande naik dlam waktu yg singkt..
    bagaimana nsb ibubapa kite kt kg??blh kah diorng menyerap kesan kenaikan minyak ni??
    camner nsb adk2 kter kt kg??
    aduh!!penin kpla fkr beb..so,kpd yg suka mntak duit ngn mak ayah tu..reduce kn la tabiat korg tu..carila alternatf lain untk dpt duit blanjer..wat part time ker..bisnes ke..
    aku ngah fkr…patut ke duitPTPTN di naikkan..coz aku rse duit tu xckp la nk tnggung aku satu sem kt uitm…

  9. Mr.Green berkata:

    eleh,hang ni jebat…nak naikkan ptptn konon,tahap belajar ko tak pelak naik2…hahaha
    kalau dah xcukup pandaila gunakan alternatif lain ko tu…kehkeh(gelak orang genius panas baran)

    p/s:aku pun poket kering jugak…hehehe

  10. Bob GP berkata:

    Makan adalah keperluan, tetapi kalau nak puasa amat digalakkan. Namun ianya bukan jalan yang terbaik. Sebagai pelajar, keperluan nutrein amat diperlukan lebih2 lagi dalam proses pembelajaran.

    Sebagai jalan alternatif, buat satu bentuk perniagaan yang tidak membebankan pelajar. Nak keja kena ada komitmen. Lain pula berniaga, kita bos, kita kuli. Rajin buat duit masuk. Tak buat duit tak masuk. Antaranya, jual kad prabayar, ternak kambing dengan orang kampung(join venture bagi yang ada tanah tapi tak tau nak usahakan), MLM ( saya tak galakkan, bukan apa. Bukan semua student mampu beli produk MLM ni), amik upah daripada lecturer yang buat research dengan minta upah taipkan segala maklumat research dia (amik la dalam 50 sen sekeping ke?).

    Minyak ni isu global. Walaupun ada orang kata minyak ni hak rakyat. Tapi orang yang cakap camtu sanggup ke bagi orang yang dia tak kenal pinjam kenderaan dia yang mana dia beli sendiri? (Hehehe….jgn marah ek?) Panggunaan motosikal banyak membantu daripada kenderaan lain yang menggunakan bahan api. Susah2 buat basikal pakai solar ( jimat giler tue ).

  11. todtoruk berkata:

    amacam maw jimat kalo uda besa yo?besala org2 skg ni…

  12. meoran berkata:

    aku ingatkan ada r banyak cara utk mengatasi…berjimat suma org pun tahu daa…

  13. atok berkata:

    camne nk atasi masalah kenaikan harga brg? come and ask me personally.. 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s