Disiplin Pelajar Tanggungjawab Semua

Posted: Khamis, 1 November 2007 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Cadangan, Isu Pelajar

Mohd Faizal Mohd Salleh
Pengerusi Biro Anti Dadah & Gejala Sosial
GPMS Kebangsaan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) memandang serius isu disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Isu ini telah dibangkitkan berulang-ulang kali oleh pelbagai pihak namun ianya masih tidak dapat diselesaikan.

GPMS melahirkan kebimbangan dalam isu disiplin kerana ia menyebabkan fokus para pelajar kepada pelajaran mereka akan terganggu.

Masalah disiplin dikalangan pelajar ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Beberapa elemen penting yang menjadi para pelajar tidak berdisiplin perlulah dikaji. Latarbelakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. GPMS berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat dibendung.

Oleh yang demikian GPMS mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah disiplin para pelajar dari terus berleluasa:

  • Perjumpaan berkala di antara ibu bapa dengan pihak sekolah bagi memastikan hubungan kedua-duanya sentiasa terjalin bagi membincangkan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah.

  • Pertemuan para pelajar dengan pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) perlu diadakan dengan lebih kerap bagi mendapat penjelasan tentang masalah jenayah setempat yang sedang dihadapi dan kesannya kepada diri pelajar.

  • Mewujudkan kumpulan pemantau diantara guru, ibu bapa, pihak polis dan pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa dikawal.

  • Menjalankan kursus-kursus yang boleh memberi pendedahan kepada para pelajar tentang potensi yang ada pada diri masing-masing supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk berjaya dalam pelajaran.

Dengan cadangan langkah-langkah tersebut diharapkan masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah akan dapat diatasi.

Advertisements
Komen-komen
  1. angah berkata:

    student skrg mmg sush ckit nk ajr!!! sestngh ibu bapa pulak asyik dok sebelah kat anak….. ank plak jangnlah mudah nk ikut kwn jer..

  2. Sharon berkata:

    Saya rasa, mengenai ceramah dan kursus, hanya pelajar yang berdisiplin sahaja yang akan melibatkan diri. Biarpun dipaksa, mereka tidak akan menumpukan perhatian terhadap apa yang hendak disampaikan.
    Masalah disiplin bukanlah masalahnya, tetapi sebab pelajar melakukan perkara yang tidak berdisiplinlah masalah akarnya.
    Pertanyaan yang sering timbul dalam fikiran pelajar kini ialah, “Siapakah saya?”
    Mereka tidak faham mengapa mereka diberi nyawa untuk hidup dalam dunia ini dan tidak mempunyai arah tuju. Sebenarnya, pertanyaan ini bukan sahaja timbul dalam kalangan pelajar, tetapi dalam kebanyakan manusia. Kemewahan, kenamaan, kuasa, keseronokan dan kegembiraan yang dikejar tidak akan kekal buat selamanya. Kebanyakan orang bekerja dan belajar hanyalah untuk memenuhi tanggungjawab mereka ataupun untuk menampung keperluan dalam kehidupan mereka. Akhirnya, mereka akan menjadi sesat dalam kehidupan mereka dan bagai bangkai hidup sahaja.

  3. along berkata:

    saya setuju dengan sharon. pelajar yang tidak berdisplin ni adalah masalah sebenar. mereka tak faham kenapa mereka hidup. saya tanya salah sorang pelajar bermasalah, kenapa tak nak belajar? xbest. jwp mereka. masa depan bergantung pada pelajaran. “itu hal kemudian hari.. hari ni, hari ini. esok hari lain’ itu jwp mereka.

  4. ain najwa bte zainuddin berkata:

    sebenarnya,mereka tidak berdisiplin berpunca dari persekitaran mereka juga. orang yang lebih dewasa conthnya,mereka merokok di hadapan anak-anak tanpa rasa besalah.bukan kah umur 18 tahun ke bawah itu mc blum dewasa???? selain tu,memaki hamun,suka mencarut dan mcm2 lg yg kononnya mnmpkkan mreka hebat!!!
    seandainya NEGARA ini bisa berkata2,alangkah malunya kita yg hidup d bumi ini…..dala mnumpg,tp TAK PNAH BERBAKTI KPD NEGARA….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s