Pelajar Catat Rekod Rentang Jalur Gemilang 1km Antara Dua Pulau

Posted: Jumaat, 5 Oktober 2007 by GPMS-UiTM in Berita GPMS, Berita Media, Sejarah

BERNAMA
9 Mei 2004
 

LANGKAWI, 8 Mei (Bernama) – Seramai 30 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Sabtu mencatat rekod merentangkan Jalur Gemilang sepanjang 1 kilometer di antara Pulau Rebak dan Pulau Tepor di sini.

Kejayaan mereka turut disaksikan seorang pegawai Malaysia Book of Records Subashini Rajandra yang kemudian menyampaikan sijil pengiktirafan catatan itu sebaik kumpulan pelajar berkenaan tiba di Pantai Tengah di sini.

Kumpulan pelajar itu berkayak selama dua jam untuk merentangkan Jalur Gemilang di atas permukaan laut yang berombak. Pelajar anggota Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu menggunakan 15 kayak untuk merentangkan Jalur Gemilang 0.3 meter lebar dan 1 km panjang itu.

Pengarah projek, Mohamed Fairoze Mazly berkata kejayaan Sabtu amat membanggakan setelah lebih dua bulan mereka menjalani latihan dalam persediaan cabaran berkayak bersama Jalur Gemilang itu. Katanya GPMS pernah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records membuat rentangan Jalur Gemilang di Tembok Besar China pada 2 Nov 2003 sepanjang 3.2km yang disertai 24 pelajar dan selepas ini ia merancang membuat rentangan Jalur Gemilang di Mesir.

Advertisements
Komen-komen
  1. Mohd Fairoze Mazly berkata:

    sy bekas ahli gpms uitm.. pengarah projek berkayak di langkawi 2004.. pada kawan2 semua apa2 hal boleh contact sy di 012-6258967 kalau ada apa2 prg or perlu khidmat nasihat.. hehe. or emel fairozezulkifli@yahoo.com …ok guys good luck

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s