Profail
Sejarah Penubuhan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Teknologi MARA Malaysia Shah Alam (GPMS-UiTM Shah Alam) telah ditubuhkan pada 21 Jun 1974 ketika Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran.
Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin yang pada ketika itu bertugas sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Pelajaran telah membantu menyelesaikan pelbagai kerenah dan masalah pelajar, membantu membangunkan pelajar ITM (sekarang UiTM) ke tahap yang lebih cemerlang termasuklah menaja penubuhan GPMS Cawangan Khas ITM.
Anugerah
| TARIKH / TAHUN | ANUGERAH | PERISTIWA & TEMPAT |
| 2003 |
Anugerah Persatuan Dalaman Terbaik UiTM |
Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) Shah Alam |
| 18 Ogos 2007 |
Anugerah Khas Presiden (GPMS Cawangan Khas Terbaik) |
Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali Ke-57 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka |
| 17 Januari 2008 |
1. Anugerah Persatuan Terbaik (Kategori Khidmat Masyarakat) 2. Anugerah Persatuan Terbaik (Kategori Ilmiah) 3. Anugerah Persatuan / Program Cemerlang |
Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan 2007, Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) Shah Alam |
| 02 Februari 2009 |
Anugerah Kelab Terbaik (Kategori Khidmat Masyarakat & Sosial) |
Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM 2008, Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) Shah Alam |
Anugerah ‘Malaysia Book Of Records’
| TARIKH / TAHUN | PERISTIWA | TEMPAT |
| 2 November 2003 |
Merentang Jalur Gemilang sepanjang 3.2km di Tembok Besar China |
Tembok Besar China, China |
| 2004 |
Merentang Jalur Gemilang Terbesar Di Puncak Gunung Kinabalu |
Gunung Kinabalu, Sabah |
| 8 Mei 2004 |
Merentang Jalur Gemilang di atas laut sepanjang 1km dan 0.3m lebar di antara Pulau Rebak dan Pulau Tepor |
Laut Pulau Langkawi, Kedah |
Latar Belakang UiTM
Peta dan maklumat ringkas mengenai UiTM boleh didapati atau dimuat turun di sini
Kampus Puncak Perdana





