Dr Sahul Hamid, Naib Canselor UiTM

Posted: Ahad, 3 Januari 2010 by Khairul Anwar in Am & Pelbagai, Berita UiTM

Datuk Prof Dr Sahul Hamid Abu Bakar

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Pejabat Pengurusan Program di Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kanan) dilantik Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 Januari lalu menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam satu kenyataan media semalam, berkata surat pelantikan Dr Sahol Hamid diserahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Disember lalu dengan tempoh lantikan selama dua tahun.

Dr Sahol Hamid juga lulusan UiTM dalam Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam pada 1976, mula berkhidmat di universiti itu pada 1980 sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan sebelum dilantik menjadi Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1982.

Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti of Sussex, United Kingdom pada 1992 dan menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM dari 2002 hingga 2003 dan Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang dari 2003 sehingga 2004.
Pada 2004, Dr Sahol Hamid dilantik Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UiTM hingga akhir 2007 sebelum memegang jawatan Pengarah Pejabat Pengurusan Program di kementerian.

About these ads
Komentar
  1. Bob GP berkata:

    Assalamualaikum,

    Sekalung tahniah kepada Prof Ir Dr Sahol Hamid atas perlantikan tersebut. Sebagai produk keluaran UiTM, sememangnya memerlukan kepimpinan daripada seorang yang telah lama berbakti kepada tanah tumpah darahnya iaitu kampus UiTM itu sendiri.

    P/s: Mungkin produk UiTM 70-an ada brand dia tersendiri = side burn yang panjang… Hehehe…

  2. saidatul nadia berkata:

    salam dari saya nadia,saya ingin bertanya tentang masalah pertukaran kos pengajian ijazah..semasa diploma saya mengabil bidang seni lukis dan seni reka di uitm,melaka.
    saya ingn pengajian ijazah education art di uitm shah alam tetapi pihak uitm telah menawarkan saya bidang pentadbiran perniagaan(marketing).saya nak bertanya kepada prof berkaitan masalah saya ini kerana merupakan masalh besar bg saya kerana saya tiada pengetahuan asas tentang perniagaan..diharap dapat pertimbangan dr pihak tuan,sekian..

  3. asalam datuk prof.Dr. Sahol hamid…saya izzati binti saad dari pulau pinang yang sekarang ini sedang belajar di uitm arau,perlis ingin memohon pertolongan dan jasa baik datuk untuk saya mendapat tempat untuk menetap di kolej di kampus tersebut.Berikut merupakan butir-butir mengenai diri saya:
    Nombor Pelajar:2009989131
    Nombor kad pengenalan:910306-07-5260
    Fakulti:Pengurusan perniagaan
    Kursus:Pengurusan Bank
    Kolej:Kesinai 4
    No bilik:223
    Untuk maklumat datuk,saya merupakan pelajar semester 3 untuk tahun depan.Saya benar-benar ingin menetap di kolej memandangkan saya merupakan anak sulung dari keluarga yang berpendapatan rendah.Ayah saya hanya bekerja sebagai pemandu manakala ibu hanya suri rumah.Di samping itu,saya juaga mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah.Oleh itu,keluarga saya tidak mampu untuk menampung kos rumah sewa andai saya menetap di luar kampus.Saya berharap agar datuk dapat menolong saya memandangkan keputusan peperiksaan saya bagi semester dua mengikut syarat permohonan kolej iaitu 3.65..
    Akhir kata,saya berharap agar datuk dapat dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap rayuan saya ini.Jsa baik datuk saya dahului dengan jutaan terima kasih.sekian..

  4. aspiah berkata:

    salam,, saya ingin bertanya coz seni reka dan seni lukis grafik terdapat di uitm mana?? adakah di uitm syah alam?? dandiploma coz seni apakah yg ditawarkan di uitm syah alam??

  5. siti hanisa berkata:

    sy ingin btanya kpd tuan bhwa sy adalah pelajar yg mgalami mslh kesihatan yg kronik dan ingin mbuat ptukaran kampus utk mmudahkn berulang alik ke hspital..bole ke sy bbuat demikian??

  6. noor zawani berkata:

    Assalamualaikum Datuk Prof.Dr. Sahol Hamid,saya Noor Zawani bt Mohamed, no pelajar (2010204222) berasal dari Pulau Pinang dan kini sedang menjalani pembelajaran di UiTM Shah Alam ingin memohon jasa baik dato bagi mendapatkan tempat di kolej mawar kampus shah alam. Untuk pengetahuan dato, saya merupakan pelajar semester 7 Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur, telah membuat rayuan kolej namun masih gagal menempatkan diri dalam permohonan kolej tersebut(kolej mawar)bagi semester ini. Saya benar-benar ingin menetap di kolej seperti semester sebelum ini kerana tidak mampu menanggung kos harian yang tinggi seperti sewa rumah, tambang kenderaan dan sebagainya. bapa saya tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan manakala ibu merupakan suri rumah sahaja. Oleh itu, keluarga tidak mampu menanggung kos harian saya sekiranya saya terpaksa tinggal di luar kampus.
    Oleh yang demikian, saya amat berharap agar dato dapat mempertimbangkan permohonan saya ini kerana kuliah telah bermula pada minggu ini dan saya masih tidak mendapat tempat tinggal(kolej). Jasa baik dato amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.

  7. norfarahaida binti abdul mubin berkata:

    salam Datuk Prof Dr Sahul Hamid, saya Norfarahaida Abdul Mubin, no pelajar 2009179019 dari kuantan pahang.sekarang berada di uitm jengka pahang dalam jurusan pengurusan perniagaan diploma tahun 2. saya ingin membuat aduan serta memohon jasa baik datuk untuk mengkaji semula sistem penempatan uitm jengka yang tidak sistematik. saya berkata demikian kerana semester demi semester kemasukan semakin ramai dan fasiliti yang ada tidak dapat menampung pelajar yang terlampau ramai sehingga memudaratkan pelajar lain. peraturan sedia ada iaitu pelajar yang ingin mendapat tempat di kolej haruslah menepati beberapa syarat antaranya ialah, mengumpul kupon aktiviti minimum 9 kupon, keputusan peperiksaan 2.0 ke atas dan tidak mempunyai sebarang kesalahan tatatertib.setelah berusaha belajar bersungguh2 untuk kejayaan masa depan sendiri dan juga mencapai dekan setiap semester sepanjang 3 semester yang lepas,mengumpul kupon aktiviti yang langsung tidak sistematik,,dimana pelajar terpaksa berebut dan bertolak2 campur lelaki dan perempuan semata2 untuk mengumpul kupon untuk mendapat tempat di kolej untuk semester berikutnya,serta tidak melakukan sebarang kesalahan tatatertib,,maka saya sepatutnya berhak untuk mendapat tempat di kolej pada semester hadapan.jika saya terpaksa keluar semata2 kerana kemasukan yang ramai,saya tidak rasa ini satu tindakan yang adil untuk seorang pelajar,,adalah ini yang dinamakan uitm menjaga kebajikan pelajar?
    malah,dengan bilangan rumah sewa di kawasan perumahan yang sangat terhad,masalah pengangkutan pelajar yang tidak sistematik malah hanya jadual bas semata2,mana mungkin saya dan rakan2 yang lain dapat menjalani pembelajaran dengan baik?(buktinya telah saya lihat kepada rakan2 yang telah duduk di luar pada semester lepas).adakah pensyarah akan menerima alasan tiada pengangkutan sebagai satu alasan yang munasabah?saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan saya tidak sama sekali ingin menyusahkan kedua ibubapa saya dalam hal ini yang terpaksa mencari rumah sewa yang sukar,,membeli atau menyediakan kereta untuk ke kelas dll.saya memilih uitm kerana uitm sangat menjaga kebajikan pelajar melayu dan sistem pembelajaran nya yang bagus.saya sangat kesal dengan masalah yang berlaku ini.apabila berunding dengan pihak NR unit di uitm jengka, alasan yang diberi,,kemasukan adalah dibawah kuasa UPU dan mereka tidak terlibat.sedangkan kuota kemasukan adalah permintaan setiap universiti itu sendiri berdasarkan kapasiti yang ada (sila betulkan jika saya salah dalam kenyataan ini).hal ini menjadi semakin keruh apabila permohonan pelajar semester 5 tidak dapat dipastikan lagi sama ada berjaya atau tidak.dan kami dikehendaki mencari rumah sewa sebagai persediaan.hampir keseluruhan senarai penyewa yang diberikan oleh pihak UPK kepada kami telah dihubungi dan semuanya penuh serta ada yang tidak dapat dihubungi.malah kami terpaksa keluar mencari sendiri sehingga memakan masa berhari2 namun gagal.dengan sewa bulanan yang agak ‘cekik darah’,kami sebagai pelajar sangat tersepit dalam keadaan ini.saya masih rasional dalam berfikir dan dapat mempertimbangkan masalah ini sekiranya kawasan jengka itu mempunyai banyak kawasan perumahan dan rumah sewa serta kemudahan bas awam yang kerap didapati seperti dibandar2 yang lebih maju contohnya shah alam.malah saya juga dapat menerima keadaan yang tidak adil bagi saya ini sekiranya peraturan ditukar sejak semester lepas ataupun awal semester lalu,akan tetapi notis dinaikkan ‘last minute’ dimana kami sudah hampir ke akhir semester dan akan menjalani final exam beberapa minggu sahaja lagi ketika itu.disebabkan tidak mahu mengganggu tumpuan kepada peperiksaan akhir saya,saya ketepikan dahulu masalah ini dan akan mengambil tindakan selepas peperiksaan akhir iaitu pada 7/10/2011.namun saya benar2 kesal dengan respon yang diberikan oleh pihak penempatan kolej.saya juga ada bertanya kepada mereka(Non Resident Unit) bagaimana dengan bayaran deposit rumah sewa yang telah dibayar sekiranya permohonan saya berjaya untuk penempatan kolej,dan mereka menjawab dengan mudah,itu dikira hangus dan kami tidak bertanggungjawab. bagi golongan berada mungkin tidak menjadi masalah,tetapi bagi kami?saya sangat menekankan soal prestasi belajar saya kerana saya ingin mencapai target saya untuk menjadi cemerlang.bukan dengan timbulnya masalah sebegini menyebabkan saya tertekan dan sering berfikir bagaimana untuk mendapat hak saya sebagai seorang pelajar uitm.
    saya memohon jasa baik datuk untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. saya sangat memerlukan kolej untuk saya belajar tanpa sebarang masalah ini kerana merasakan saya berhak mendapat kolej.minta kerjasama dari pihak datuk dan uitm HQ dan segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.salam

  8. Muhd Suffian Aziz Bin Yusuf berkata:

    salam Datuk Prof Dr Sahul Hamid..saya adalah pelajar yang telah mendaftar di uitm sabah yang bernama muhd suffian aziz bin yusuf (2011142435) dan siti munawarah bt majeri (2011722691). Kami ingin meminta jasa baik dan maklum balas dari pihak tuan kerana kami mengalami kesulitan di dalam pengajian kami. Pada mulanya, kami adalah pelajar MDAB di uitm kota samarahan, sarawak. Tetapi apabila kami menerima surat tawaran penerapan, kami telah mendapat tawaran ke kampus uitm kota kinabalu sabah.Masalah nya kos untuk ke sabah sangat tinggi,memandangkan ibu bapa kami tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan untuk ke sabah. Sebelum itu,kami telah melakukan satu kesilapan,iaitu menyetujui tawaran secara online,oleh itu status kami 7A. Kami sudah membuat 2 kali surat rayuan yang di sokong oleh rektor Dato Jamil Bin Hj Hamali,dan telah pun menghantarnya ke bahagian HEA, tetapi pihak uitm shah alam baru saja memberi keputusan hari ini (Khamis,8 disember 2011). Masalahnya,tarikh akhir mendaftar kursus adalah 12 disember 2011 iaitu hari isnin. Jadi kami khuatir sekiranya kami balik ke uitm sabah,pendaftaran kursus kami tidak akan di layan kerana telah lewat mendaftar.Kami meminta jasa baik Datuk Prof Dr Sahul Hamid supaya mempertimbangkan permohonan kami ini secepat yang mungkin.

  9. Zatiah binti Haji Sharif. berkata:

    Assalamualaikum Dato’
    Saya Zatiah Binti Haji Shariff ingin merayu bagi pihak anak saya yang bernama NURFARRANISA BINTI MAHIZAN,
    I/C NO: 921122 07 -5294
    NO PELAJAR: 2012847726
    PROGRAM : BM 220 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN)(PEMASARAN).
    Atas alasan nenek yang sedang uzur,Jarak yang jauh utk kos menghantar dan mengambil bagi saya seorang ibu tunggal yang berpendapatan kecil.
    Jasa baik dan perhatian Dato’amat saya harapkan dan mengucapkan jutaan terimakasih yang teramat sangat.
    Saya Yang Benar,
    Zatiah Binti Haji Sharif
    09/09/2012.

  10. Zatiah binti Haji Sharif. berkata:

    Assalamualaikum wbt Dato’,
    Saya Zatiah Binti Haji Sharif . Harap maaf atas sambungan dari mesej saya yang tak lengkap di atas.
    Sebenarnya saya ingin membuat permohonan pertukaran anak saya dari Kolej UITM Segamat ke Kolej UITM Shah Alam Selangor.
    Untuk pengetahuan Pihak Dato’ anak saya dari Program PENERAPAN DIPLOMA SEM 3 KE DEGREE.
    Nama : Nurfarranisa Binti Mahizan.
    IC/NO: 921122 -07- 5294
    No Pelajar: 2012847726
    Program: BM 220 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)(Pemasaran)
    Atas alasan yang diberikan di atas ,
    Iaitu masaalah jarak yang agak jauh untuk tambang pergi dan balik serta sewaktu menghantar dan mengambil diawal dan akhir semester bagi saya seorang ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan masaalah neneknya yang uzur.
    Demi melancarkan dan memudahkan proses pembelajaran anak saya,pertimbangan yang sewajarnya serta perhatian dari pihak Dato’ dan pihak UITM juga amat saya harapkan.
    Perhatian dari Dato’ sekali lagi saya ucapkan jutaan terimakasih serta sekalung budi utk dikenang.
    Saya Yang Benar,
    Zatiah Binti Haji Sharif.
    09/09/2012.

  11. supizunarwan sapak berkata:

    salam dato.. Tahniah atas pelantikan dato.. Saya bukan pelajar. Cuma ingin memintak sedikit petolongan. Saya supizunarwan bekerja di syarikat amaniz niaga.. Bahagin jualan. Masalah saya berhubung kebenaran oleh pihak uitm membuat promosi di uitm. Baru2 kawan2 saya dihalau di uitm kelantan tanpa sebab dan cara yg betul seolah2 seperti menghina org melayu berniaga. Tetapi org cina belelusa berniaga. Apa yg belaku adalah email yg disalurkan oleh ketua pengawal uitm kedah yg tak berasas hingga menyebabkan kami syrikat melayu yg bru nak mula perniagan sendiri dihalau mcm anjing. Untuk pengetahuan dato saya telah pun berjumpa dengan En Ikbal dan dah berbincang megenai pekara ini sehari sebelum puasa. kami mendapat persetujuan untuk menyelesaikan masalah ini serta dipersetujui oleh beliau. Tetapi Saya menungu pangilan beliau sampai ke saat ini.. Tetapi mendukacitakan… Saya sedih dng sikap org melayu yg cuba menindas sesama sendiri. Kenapa saya terus dihukum tanpa mendegar penjelasan dr pihak saya.. Mungkin pandangan pihak2 pengawal atau pihak uitm memandag hina org mcm kami.. Tak bepelajaran dan tak mempunyai kuasa. Tp kami pun manusia yg tak lari dari melakukan kesilapan. Islam mengajak kita berbincang. Tetapi dalam hal ini kami kaum melayu terasa ditindas dan dianiaya. Saya memohon maaf kerana komen disini sebab saya tak tahu kat mana nak merujuk dan kalau diberi peluang saya sendiri ini berjumpa sesiapa sahaja untuk menyelesaiakan masalah ini.. Dengan ini saya sertakan laman web kami untuk pengetahuan lanjut.. Untuk pengetahuan dato barang yg kami jual hanya 150 untuk pelajar. Serta amat beguna pada semua peringkat.. Sekali lg sy memohon maaf kerana mengangu dato. Saya berharap dato boleh membantu saya dah anak2 melayu yg lain. Setelah saya membaca pengiktirafan dato bermakna dato adalah orang yang jujur dan bededikasi.. Saya berdoa dan beharap dato dapat memberi pandangan dan ajaran kepada saya yg cetek ilmu.. Sekian wasalam. http://www.amanizcarikata.com.my.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s