Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar

Posted: Isnin, 28 September 2009 by Khairul Anwar in Berita Media, Isu Mahasiswa, Isu Pelajar

Sumber : Berita Harian Online; 28 September 2009

Rak BukuKELEMAHAN penguasaan bahasa Inggeris diakui pelajar Melayu sendiri dan mereka yang ditemui menyatakan penyelesaian terbaik ialah di tangan pelajar sendiri.

Pelajar Pra Sains Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah, Khairul Anuar Rosli, 20, berkata pembelajaran bahasa kedua itu sebenarnya lebih tertumpu kepada usaha seseorang.

Katanya, pelajar Melayu perlu berfikiran terbuka dan jangan menganggap belajar bahasa Inggeris menyukarkan.

“Ia adalah pembelajaran bahasa dan prosesnya sama seperti kita mula-mula belajar bahasa Melayu serta apa yang penting adalah pelajar mempunyai keinginan menguasai bahasa global itu.

Pelajar Melayu masih berfikiran sempit dengan menganggap bahasa Inggeris susah, malah segelintir daripada mereka hanya tahu beberapa perkataan asas seperti ‘yes’, ‘no’, ‘alright’ dan ‘thank you’.

Sememang bahasa melambangkan bangsa, namun di peringkat antarabangsa sehingga kini bahasa Inggeris tetap digunakan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Khairul Anuar berkata, beliau sendiri belajar menerusi membaca seksyen tertentu seperti sukan serta berita di akhbar New Straits Times.

Walaupun ada sesetengah perkataan saya tak faham, saya akan cuba kaitkan penggunaannya mengikut konteks ayat dan cuba meneka maknanya sebelum merujuk kamus,” katanya.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia, Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah, Nurhamizah Abdul Azid, 20, pula berkata kelemahan pelajar Melayu menguasai bahasa Inggeris terbukti apabila keputusan Malaysian University English Test diumumkan.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai pelajar Melayu hanya mendapat Band 2 dan Band 1, walhal mereka sudah pun melangkah masuk ke menara gading, manakala pembelajaran bahasa Inggeris sudah bermula sejak tadika lagi.”

Kebanyakan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi faham jika diajukan soalan dalam bahasa Inggeris, namun gagal menjawabnya menggunakan bahasa sama.”

Kepentingan penggunaannya perlu disedari terutama untuk mendapatkan biasiswa dan kerjaya yang memerlukan bahasa Inggeris ketika temu duga. Perasaan malu perlu dikikis dan diganti dengan minat serta yakin untuk menggunakan bahasa berkenaan,” katanya.

Nurhamizah berkata, sikap serta persekitaran yang kurang memberangsangkan di kalangan pelajar Melayu menjadi faktor utama mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris.

Ejekan daripada rakan sendiri menjadikan pelajar Melayu serik bertutur bahasa Inggeris.”

Di sekolah menengah dulu saya belajar perkataan baru setiap hari melalui kamus untuk menambah kosa kata dan sehingga kini ia masih diamalkan. Walaupun satu hari satu perkataan ia sudah memadai, apa yang penting ia dilakukan berterusan.

Di universiti pula, saya fokus pertuturan dan membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan rakan atau pensyarah,” katanya.

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, dikenali sebagai Dilah, 21, berkata penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu tidak menyeluruh.

Katanya, di universitinya walaupun sukatan pelajaran dan nota menggunakan bahasa Inggeris, pensyarah tetap menggunakan bahasa Melayu dan pelajar tidak bertutur bahasa antarabangsa itu terutama mereka yang datang dari luar bandar.

Mereka malu ditertawakan rakan kerana bercakap tunggang terbalik, apatah lagi untuk berdepan dengan khalayak, namun pada saya ia normal dalam proses pembelajaran.

Sebenarnya banyak kaedah belajar bahasa Inggeris jika seseorang itu cepat bosan dengan pembelajaran formal cuma seseorang itu mempunyai keinginan atau tidak untuk maju, tepuk dada tanya selera.

Saya banyak belajar melalui siaran radio kegemaran saya Fly FM, menonton televisyen, wayang, membaca komik, majalah hiburan dan jika membaca akhbar hanya ruangan tertentu akan dibaca,” katanya.

Komentar
  1. FFCrew Team berkata:

    sy sukakan artikel ini…
    artikel yang diambil dan di copy oleh saya sendiri melalui berita harian Online…
    Seperti satu-satu sikap yang sinonim dengan masyarakat Melayu
    so, saya highlightkan berkenaan dengan sikap mencemuh rakan sendiri itu. Kerana bagi saya itu adalah satu pandangan yang serius yang perlu diambil berat oleh masyarakat sekarang. Ayat itu adalah seperti nie

    “Mereka malu ditertawakan rakan kerana bercakap tunggang terbalik, apatah lagi untuk berdepan dengan khalayak, namun pada saya ia normal dalam proses pembelajaran”

    Kalau kita tengok, masyarakat lain bile bercakap dalam bahasa Melayu. mereka juga dimulakan dengan pertutran yang tunggang tebalik. Kalau kita lihat sekarang ianya berlaku kapada pekerja asing warganegara Bangladesh… Tapi, mereka tidak malu, mereka terus cakap jugak. Nak buat cam mana. Dah terdesak, betul x? Tetapi, kita sekarang masyarakat Melayu juga terdesak untuk bercakap bahasa Inggeris. Terutamanya kepada pelajar. Buku teks dan bermcm lagi, semua nya dalam bahasa Inggeris.

    Saya rasa melayu ini sering mengangungkan bangsa lain. Tetapi, bila kita ada salah sikit jer suka mencemuhkan orang itu.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s