GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

Arkib bagi Bulan Mei 2009

Salam Tahniah, penasihat GPMS UiTM

DIkirim oleh FFCrew Team di Rabu, 27 Mei 2009

Convocation Majlis konvokesyen UiTM kali ke-70 kali ini merupakan sekali lagi detik bersejarah untuk salah seorang tulang belakang GPMS UiTM Malaysia. Beliau menerima Ijazah kehormat dalam bidang Master in Art and Design (Design Technology). Beliau yang kami maksudkan adalah penasihat GPMS UiTM Malaysia En Ahmad Azahari B. Mohd Nazar.

Walaupun, sudah mendapat Ijazah Kehormat, En Azahari masih lagi menamkan semangat dan azam yang kuat untuk terus melanjutkan pelajaran beliau. Beliau berhasrat untuk terus melanjutkan pelajaran sehingga peringkat PhD kelak. Itulah semangat anak melayu yang perlu dicontohi. 

Jutaan tahniah diucapkan kepada En Ahmad Azahari daripada seluruh warga GPMS UiTM Malaysia atas penganugerahan Master in Art and Design (Design Technology) semalam

Dikirim dalam Berita ALUMNI, Berita GPMS, Sejarah | 4 Komen »

RPPG III cetus idea baru GPMS UiTM

DIkirim oleh FFCrew Team di Isnin, 18 Mei 2009

RPPG III GPMS

Tahniah diucapkan kepada semua exco dan seketeriat GPMS UiTM ke 36. kerana telah berjaya menajayakan program Rancangan Penambahbaikan dan Penjenamaan semula GPMS UiTM Malaysia. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 15-17 Mei 2009 bertempat di Kolej Puncak Perdana, UiTM Malaysia.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada penasihat GPMS UiTM Malaysia, En Ahmad Azahari Mohd Nazar, barisan alumni GPMS UiTM Malaysia yang bersama mencurahkan idea kepada barisan kepimpinan baru dan kolej Puncak Perdana yang menyediakn penginapan kepada kami.

Semoga kita terus berjuang untuk memartabatkan BANGSA!!

Dikirim dalam Berita GPMS, Program 2009 | 15 Komen »

Kursus Asas Fasilitator GPMS UiTM

DIkirim oleh FFCrew Team di Ahad, 17 Mei 2009

Alhamdulillah, GPMS UiTM Malaysia dengan kerjasama  BTN Cawangan Selangor telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Fasilitator yang telah diadakan daripada 11 hingga 15 Mei 2009. Bertempat di Kem Bumi Jati, Selangor.

Alhamdulillah, ilmu yang banyak dan tips yang berguna telah diberikan kepada ahli-ahli baru GPMS UiTM Malaysia. Telah diturunkan kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru GPMS UiTM Malaysia. Diharap, ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh kita.

Terima kasih kepada En Noor Azam Bin Hj Abdul Mokta, En Raja Ismail Bin Raja Abdul Rahim,  En Mohd Zaini Ismail dan En Abdul Hamid Bin Ghazali. Mereka ini adalah barisan fasilitator yag bersama menjayakan program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Biro Tatanegara Selangor yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Dikirim dalam Berita GPMS, Program 2009 | 7 Komen »

RPPGIII GPMS UiTM Malaysia

DIkirim oleh FFCrew Team di Selasa, 12 Mei 2009

GPMS UiTM Malaysia akan mengadakan Rancangan Penambahbaikan dan Penjenamaan semula GPMS ke-3 pada 15-17 Mei 2009 di UiTM Malaysia kampus Puncak Perdana. 

Objektik RPPG diadakan adalah untuk merancang dan mengagihkan tugas Exco-36 GPMS UiTM Malaysia.

Dikirim dalam Program 2009 | Leave a Comment »

ERA 15, dalam ingatan

DIkirim oleh FFCrew Team di Jumaat, 8 Mei 2009

Video kenang-kenangan ERA 15

Dikirim dalam Am & Pelbagai | 2 Komen »

Kenangan Ikrar ERA16 -

DIkirim oleh FFCrew Team di Jumaat, 8 Mei 2009

hanya sebagai kenang-kenangan Pujangga 16..

Dikirim dalam Am & Pelbagai | 1 Komen »