GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

Gabung Bidang Kajian – Dr Zaini Abdullah

DIkirim oleh FFCrew Team di Selasa, 24 Mac 2009

Penyelidikan serentak babitkan beberapa perkara

menghasilkan dapatan lebih holistik, impak berkesan

KINI penyelidikan dilihat sebagai bidang yang sangat penting dan jika ia dapat digabungkan dengan bidang lain yang berkaitan, sudah tentu akan mendatangkan faedah lebih besar. Ikuti pandangan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Zaini Abdullah, mengenai perkara itu seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Basir Zahrom.

DALAM mencapai pembangunan serta kemajuan, negara memerlukan banyak penyelidikan dijalankan dan pada masa sama, jika bidang lain berkaitan dapat digabungkan dalam satu projek, pasti ia akan menghasilkan dapatan lebih holistik, selain memberi impak berkesan kerana banyak perkara dapat dijayakan.

Seperti pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling, pasti semuanya akan menjadi lebih baik atau mencapai potensi optimum jika penyelidikan itu dibuat terhadapnya, apatah lagi ditambah baik, pasti ia akan menjadi satu inovasi.

Sebagai contoh, bidang pemasaran yang mungkin janggal jika digabungkan dengan penyelidikan, namun tanpa disedari sektor berkenaan juga memerlukan penyelidikan. Keadaan itu sudah tentu dapat menarik seramai mungkin pelanggan berpotensi menyertainya.

Selain memberi fokus kepada penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan berkualiti, kajian mengenai keperluan, pilihan atau cita rasa pelanggan juga perlu diangkat sama penting dalam usaha melariskan jualan.

Jadi, di sini terbukti penyelidikan tidak terhenti dalam bidang sains dan teknologi semata-mata, malah apa saja bidang memerlukannya untuk proses penambahbaikan.

Tujuan penyelidikan atau sesuatu kajian dijalankan supaya sesuatu bidang itu dapat memberikan hasil yang mampu menyelesaikan permasalahan dan pada masa sama mempunyai nilai komersial.

Dalam hal ini, projek gabungan kajian dilihat dapat mendatangkan kebaikan lain seperti pembangunan modal insan, menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat dan dapat merancang inovasi lanjutan.

Banyak bidang boleh digabungkan penyelidikannya dan kita tidak mengambil peluang sebaik-baiknya ia akan digunakan orang luar terutama yang gemar mengambil kesempatan ke atas sumber yang terdapat dalam negara.

Bagaimanapun, sebarang penyelidikan yang dijalankan mestilah didokumenkan untuk rekod tidak kira dalam bentuk kertas kerja, dokumentari video atau gambar kerana kita masih lemah dalam aspek ini.

Syarikat tempatan digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti bagi menjalankan penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat contohnya daripada Pusat Tanah Runtuh Negara, Institut Kajian Ubatan Semula jadi, Pusat Kefahaman & Pemikiran Islam dan Centre for Applied Biodiversity Conservation and Sustainable Development UiTM.

Selain berorientasikan keuntungan, mereka juga boleh mempertingkatkan jenama sendiri dengan menjalankan tanggungjawab sosial menjalankan inovasi yang memberi kebaikan kepada alam sekitar kerana masyarakat melihat mereka adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab.

Bagi UiTM, dengan suntikan kewangan (Geran Komersial Pembangunan dan Penyelidikan) sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, kami tidak ketinggalan menggabungjalinkan kepakaran menjalankan projek skala besar dikenali ‘Penyelidikan Taman Negara UiTM’ membabitkan 200 penyelidik termasuk pelajar sarjana muda hingga pasca siswazah serta pensyarah, bersama Jabatan Perhilitan.

Bagi memastikan kelancaran projek lintas jurusan ini, sebuah stesen penyelidikan di Kuala Keniam, Taman Negara Pahang dibangunkan dengan objektif menyediakan ruang dan infrastruktur kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Sebanyak 16 fakulti, lima pusat kecemerlangan dan juga kampus cawangan UiTM Pahang mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan penyelidikan fasa satu ini, sejak dua tahun lalu.

Fakulti terbabit pula merangkumi pelbagai bidang termasuk Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Undang-undang, Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa dan Fakulti Pengurusan Maklumat.

Projek ini sangat bermanfaat kerana kami menghimpunkan 44 projek penyelidikan berkaitan dengan Taman Negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kertas kerja berjaya dibentang di peringkat kebangsaan dan sembilan antarabangsa, antaranya di United Kingdom, Sepanyol dan Turki.

Satu kompilasi kajian mengenai warisan hutan di situ sedang dibuat dan kini kami merancang mengadakan seminar khas bagi membentang semua kertas kerja serta berbincang untuk penambahbaikan jika dapat meneruskan aktiviti penyelidikan mengenai Taman Negara.

Antara contoh dua kajian yang dijalankan ialah ‘Analisis Kualiti Air sumbangan Sungai Tembeling kepada Taman Negara’ oleh Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Farmasi serta ‘Perkembangan Arkib Visual Digital Kepelbagaian Flora dan Fauna Hutan Hujan Tropika Malaysia di Taman Negara Kuala Keniam (Fakulti Senibentuk dan Seni Reka dan Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif).

Selain itu, kami juga mengkaji biodiveristi Taman Negara, sumber tenaga di sana, bidang sukan dan perniagaan di kalangan Orang Asli, geomatik, Eko-Pelancongan, Pengurusan Taman Negara, undang-undang membabitkan taman negara dan fotografi.

Sesetengah penyelidikan yang kami jalankan juga berjaya memenangi anugerah inovasi iaitu tiga di peringkat antarabangsa, iaitu dua perak di International Exhibition of Ideas-Inventions-New Products 2007 dan satu lagi perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2008.

Selain itu, satu emas dan masing-masing empat perak serta gangsa di peringkat kebangsaan iaitu Inventions, Innovations and Designs 2008.

2 Respons kepada “Gabung Bidang Kajian – Dr Zaini Abdullah”

  1. shafifah berkata

    Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 2009 dan Majlis Maulidur Rasul Perdana Bersama DYMM YDPB Negeri Sembilan

    Tuabn-tuan/Puan-puan Sekalian:

    Alhamdulillah, suatu Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Daerah Rembau akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh : 8 Rabiulakhir 1430H/ 04 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Tentatif Program :

    07.30 pagi – Ketibaan Orangramai / Jemputan

    08.30 pagi – Ketibaan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja HAJI MUHAMMAD SHARIP NIM OTHMAN

    09.00 pagi – Aluan Pengerusi

    - Sabda YTM Undang Luak Rembau
    - Penyampai Anugerah, Hadiah dan Cenderamata
    - Forum Perdana : Ahli Panel terdiri drpd :

    i. Dato Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
    ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
    iii. Haji Solahudin bin Azrai, Penceramah dari STIAS.
    iv. Tuan Haji Nor Azamir bin Alias, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau ( Pengerusi ).

    - Jamuan Tengahari / Bersurai

    Majlis akan bersambung dengan acara pada sebelah petangnya bermula pada pukul 6.00 petang, dengan:

    MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA dan MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA KE BAWAH DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM DATO LELA MAHARAJA UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN.

    Tentatif Program :

    06.00 petang – Bacaan Maulid Daibaie

    07.00 petang – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

    07.25 petang – Sholat Maghrib

    - Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
    - Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan
    - Majlis Perlancaran Kitab
    - Penyampaian Cenderahati
    - Sholat Isyak
    - Jamuan / Bersurai

    MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMA

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. hazrif berkata

    Dr Zaini Abdullah -Timbalan Naib Canselor Penyelidikan UiTM hanya banyak ‘TORAK KOSONG’ daripada hakikat yang sebenarnya. Bayangkan semua teori beliau hanya sekadar teori sahaja dan realitinya adalah KOSONG !!! Pengalaman sebagai DEKAN FAKULTI PERNIAGAAN SAHAJA TIDAK MENAMPAKKAN LANGSUNG KEBIJAKSANAAN DR ZAINI A/L ABDULLAH INI SERTA BELIAU JUGA TIDAK PERNAH MEMAJUKAN BANGSA MELAYU PUN SEBALIKNYA HANYA PENUH DENGAN HASAD DENGKI SERTA MENINDAS BANGSA MELAYU SENDIRI.

    HAKIKAT YANG SEBENAR BELIAU JUGA TIDAK LAYAK MENJADI ANTARA PENGURUSAN TERTINGGI UITM KERANA TERLIBAT DENGAN RASUAH SERTA ADANYA PERASAAN HASAD DENGKI PADA DIRINYA YANG AMAT TINNGI !!!
    JADI ORANG YANG BERNAMA DR ZAINI B ABDULLAH BUKAN SAHAJA MENDAPAT PINGAT HASAD DENGKI TETAPI JUGA MEMPUNYAI PERASAAN HASAD DENGKI YANG TINGGI UNTUK MENINDAS KAMI SEBAGAI PELAJAR UITM DAN BANGSA MELAYU SENDIRI !!!!

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>