GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

3,098 calon STAM lulus

DIkirim oleh FFCrew Team di Khamis, 12 Mac 2009

Menurut akhbar Berita Harian (www.bharian.com.my), seramai 3,098 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu memperoleh sekurang-kurangnya lulus (Magbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata bagaimanapun pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu seramai 3,341. “Daripada 10 mata pelajaran yang diambil, 562 memperoleh cemerlang (Mumtaz) pada 2008 berbanding 729 pada tahun lalu,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM di sini hari ini.

Alimuddin berkata bagi peringkat kepujian (Jayyid Jiddan), jumlah calon yang memperoleh keputusan itu sama dengan 2007 iaitu 811 calon.  Beliau berkata pencapaian cemerlang (mumtaz) yang terbaik ialah bagi mata pelajaran Insya” dan Mutala”ah iaitu 6.2 peratus dan mata pelajaran Hifzil Quran dan Tajwid iaitu 22.6 peratus.  Seramai 6,240 calon menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 92 pusat peperiksaan seluruh negara. 

Kami berharap, anda semua teruskan usaha dan tanamkan semangat cintakan Ilmu. Pergilah melanjutkan pelajaran samada dalam atau luar negara. Mendalami Ilmu Allah swt yang tiada noktahnya. Diharap, kejayaan anda semua akan menjadi inspirasi dan aspirasi bagi adik-adik kita kelak.

“Jiddan!! Jiddan!! Jiddan!!”

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>