GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

Arkib bagi Hari 12 Mac 2009

3,098 calon STAM lulus

DIkirim oleh FFCrew Team di Khamis, 12 Mac 2009

Menurut akhbar Berita Harian (www.bharian.com.my), seramai 3,098 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu memperoleh sekurang-kurangnya lulus (Magbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata bagaimanapun pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu seramai 3,341. “Daripada 10 mata pelajaran yang diambil, 562 memperoleh cemerlang (Mumtaz) pada 2008 berbanding 729 pada tahun lalu,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM di sini hari ini.

Alimuddin berkata bagi peringkat kepujian (Jayyid Jiddan), jumlah calon yang memperoleh keputusan itu sama dengan 2007 iaitu 811 calon.  Beliau berkata pencapaian cemerlang (mumtaz) yang terbaik ialah bagi mata pelajaran Insya” dan Mutala”ah iaitu 6.2 peratus dan mata pelajaran Hifzil Quran dan Tajwid iaitu 22.6 peratus.  Seramai 6,240 calon menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 92 pusat peperiksaan seluruh negara. 

Kami berharap, anda semua teruskan usaha dan tanamkan semangat cintakan Ilmu. Pergilah melanjutkan pelajaran samada dalam atau luar negara. Mendalami Ilmu Allah swt yang tiada noktahnya. Diharap, kejayaan anda semua akan menjadi inspirasi dan aspirasi bagi adik-adik kita kelak.

“Jiddan!! Jiddan!! Jiddan!!”

Dikirim dalam Am & Pelbagai | Leave a Comment »

Tahniah calon SPM 2008

DIkirim oleh GPMS-UiTM di Khamis, 12 Mac 2009

Hari ini 12 Mac 2009 adalah hari bersejarah buat mereka yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseluruh negara. SPM pada tahun ini mencapai peningkatan berbanding dengan tahun-tahun lepas. Dilaporkan menurut akhbar Berita Harian seramai 10, 800 calon SPM pada tahun ini mencapai keputusan 10A dan keatas. 5,863 memperoleh 9A dan dan 5,909 calon mendapat 8A.

Mengumumkan keputusan SPM 2008 di sini pagi ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom, berkata daripada 442,936 calon yang menduduki peperiksaan itu, 347,443 lulus dan mendapat sijil, berbanding berbanding 347,032 pada 2007.

Beliau berkata, aripada jumlah itu, 181,416 calon lulus semua mata pelajaran berbanding hanya 175,452 calon pada tahun sebelumnya

Tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM yang telah berjaya. Diharapkan anda teruskan menuntut ilmu setinggi mana yang mungkin dan menjadikan bangsa Melayu adalah bangsa yang disegani oleh masyarkat.

TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Dikirim dalam Berita Media, Isu Pelajar, Sejarah | Leave a Comment »