GPMS-UiTM MEMBANTAH CADANGAN PEMBUKAAN UiTM KEPADA KAUM LAIN
DIkirim oleh GPMS-UiTM di Isnin, 11 Ogos 2008
Ditubuhkan sejak sebelum merdeka, UiTM telah melalui sejarah panjang yang menyingkap pengorbanan dan perjuangan bangsa Melayu dan mempunyai simbolik yang cukup signifikan kepada orang Melayu. Usaha untuk membawa masuk kaum bukan bumiputera ke UiTM jelas mencabar maruah kepertuanan orang Melayu dan dikhuatiri boleh mengganggugugat keseimbangan perhubungan antara kaum Negara ini.
Keseimbangan sosial di Negara ini banyak bergantung kepada keseimbangan ekonomi dan kuasa ekonomi pula berhubungan secara langsung dengan aspek pendidikan. Sasaran untuk menyeimbangkan
peratusan pecahan ekonomi di Negara ini dapat dicapai dengan memberikan lebih peluang pendidikan kepada kaum bumiputera dan bukan mengurangkannya seperti yang telah dilakukan kepada biasiswa JPA dan yang ingin dilakukakan kepada UiTM. Entiti UiTM yang menyediakan seratus peratus kuota kepada kaum bumiputera tidak wajar dipersoalkan sama sekali memandangkan terdapat lebih 17 IPTA dan 36
IPTS yang menyediakan peluang pendidikan kepada kaum bukan bumiputera.
Sejak awal penubuhannya, UiTM telah menghasilkan ratusan ribu graduan Melayu yang telah pun berasimilasi dengan sektor pekerjaan, tidak kira sektor awam mahupun swasta. Namun, jarang sekali
kedengaran graduan UiTM tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang melibatkan semua kaum. Malah, hakikat bahawa graduan UiTM mempunyai permintan yang tinggi daripada sektor pekerjaan begitu diakui ramai. Justeru kenyatan segelintir pihak yang mahu UiTM dibuka kepada kaum lain dengan alasan untuk memastikan pelajar UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di Negara ini sama sekali tidak boleh diterima.
UiTM merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan martabat bangsa dan benteng itu seharusnya dipertahankan sampai bila-bila oleh semua pihak. Sebarang usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam kilang pengeluar utama professional Melayu ini haruslah dihentikan sama
sekali.
AHMAD THIBRI MASHRI
KETUA PENERANGAN
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
CAWANGAN KHAS UITM MALAYSIA
012-3356099







K.A 0616 berkata
Pada hari Selasa, 12 Ogos 2008 akan diadakan perhimpunan aman membantah UiTM dibuka 10% kepada bukan bumiputera di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor. Jika anda sayangkan UiTM dan prihatin dengan nasib anak bangsa. Mari kita bersama menyokong perhimpunan tersebut dengan berpakaian hitam. Sila berkumpul di padang kawad pada jam 7.00 pagi. Sila, sebarkan kepada keseluruhan warga UiTM.
Bersama pertahankan UiTM!!
K.A 0616 berkata
Assalamualaikum,
Suara Pelajar UiTM seluruh sistem Malaysia, membantah secara terbuka kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka 10% kuota UiTM kepada bukan bumiputera. Kenyataan tersebut sesungguhnya dibantah dan tidak dipersetujui oleh seluruh warga pelajar UiTM se- Malaysia. Kami tetap dengan pendirian untuk mengekalkan dan menyokong UiTM berstatus seperti yang termaktub di dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana taraf ekonomi bumiputera belum lagi mencapai sasaran Dasar Ekonomi Baru. Termasuklah aspek nisbah golongan Melayu dan Bukan Melayu di negara ini yang masih lagi tidak seimbang dari segi ekonomi. Hak bumiputera di negara ini telah diambil satu persatu bermula denngan tindakan membuka kuota 10% MRSM dan MATRIKULASI kepada bukan bumiputera. Lebih buruk lagi dengan permintaan 10% Matrikulasi ini oleh pelajar buka bumiputera dikumpulkan dan digabungkan dibawah satu bumbumng matrikulasi. Yang terbaru, kuota JPA sebanyak 45% dibuka lagi kepada bukan bumiputera. Persoalannya di sini adalah bukan mengenai keadilan tetapi HAK yang perlu dan telah diperjuangkan selama ini oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dengan mewujudkan ITM atau kini UiTM sebagi benteng terakhir mempertahankan maruah anak bangsa. Janganlah semua perkara hendak disama ratakan kerana jika hendak bercakap mengenai kesamarataan adakah ianya betul-betul mengikut kepada nisbah rakyat negara ini dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut kaum majoriti di negara ini? Dengan memainkan isu ini sesungguhnya adalah jelas ianya berkepentingan politik semata-mata tanpa mempedulikan nasib anak bangsa kelak. Kita perlu ingat bahawa lahirnya pemimpin-pemimpin negara pada hari ini adalah kerana apa yang telah disediakan untuk mereka oleh pemimpin-pemimpin terdahulu . Janganlah kita memusnahkan ‘ jambatan ‘ yang telah dibina sebelum ini untuk cucu dan anak bangsa di masa hadapan kelak. “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”.
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan”
PELAJAR YANG SAYANG UITM
Sumber : Laman web rasmi mpp uitm.
zual berkata
kepada warga uitm jom ramai2 esokkkk…..khalid brahim ni,dulu aku rasa dia belajar kat tempat lain kott …tu yang dia pakai hemtam je kenyataan yang dia buat tu..kita bagitau dia esokk..UITM ni ditubuhkan bukanya masa dia jadi Menteri,,dah lama dahhh bertapak…tau laaa Menteri..tapi jangan laaaa..benda2 cam tu punn kita main hentam gakkk..aku tengah marah nii…..macam mana nak jadi pemimpin kalau cam tuuu..kena pikir kat malaysia niii..bumiputera yang ramai….kan tak pasal2 bulan depan kena reject jadi menteri kan..kena tauuu….
ko tunggu laa esokkk..aku pergii..
khalid ibrahuma berkata
kepada warga uitm….mari kita sama2 berganding tangan esok dan bersemangat…tak mandi pun xda…jgn bg muka kat bukan buniputra utk masuk uitm…ingt….ckit2 lama2 jadi bukit…khalid ni bukan bumiputra kot????????mana org lain sila tinggal kn comment yang power…..mana mpp uitm lg ni?????
amsad_sekali _lagi berkata
Ah Seng Tauke kilang Pembungkusan Sardin kat Seksyen 7 adyy kata, dia tak suka ngan kenyatann khaled ibrahimm dlm pengumanannya tu..dia suruh khaled ibrahim tuu..letak jawatan esokk…dia mintak rakyat & pelajar2 serta keluarga2 mereka..sokong suami siti nurhaliza iaitu khaled Jiwa jadi Menteri Besar selangor….Ah Seng cakap laa..aku tak tauu…
So apasal laaa Khaled Ibrahim tuu pendek sangat pemikiran dia tuu..ish2..Kalu dia nak tauu..berapa ramai..student2 and bekas pelajar UITM yang support PKR dulu…sebelumm parti tuu..naik kat shah alam untuk membela nasib anak2 uitm..dia plak xmenhargaii..yang sedihnya..Kenyataan cam tu plak dia bagi kuar kat mulut dia tuuu…
Dah tak nak jadi Menteri ke..? ke dah nak jadi hero @ samsengg.Apa lagi nk komen ehhhh..setakat tu dulu.pas2 ni kalu aku berasa sakit aty..eku komen balikkk..
yang iklas:
bukan aku taip ni member aku yang taip///
sekian
Pelajar UiTM berkata
Rasa ada sebabnya patut buka untuk non-bumi tapi buat masa sekarang 10% kouta terlebih dahulu. Supaya pelajar UiTM lebih berkualiti dan adanya persaingan sihat. Jangan nak kompang satu dunia, bercerita UiTM adalah Universiti Bertaraf Global tetapi kemasukan terhad bukan kepada merit kelayakan tetapi kepada kaum/bangsa
Ini bercakap melalui pengalaman dimana pelajar UiTM terlalu dimanjakan dan tidak lagi berkualiti dan dari segi kuantiti ye memang UiTM jaguh.
Lagipun cuba tengok trend kemasukan ke UiTM tawarannya banyak tapi yang hadir untuk mendaftar sedikit. Untuk rekod, saya sendiri Pelajar UiTM jadi saya tahu adakah perkara ini benar atau tidak.
Adakah itu menandakan yg Bumiputra sudah tidak yakin dengan UiTM sendiri. Salah siapakah hal ini terjadi, cuba tanya diri sendiri ok.
Tanya diri anda, jika diberi peluang antara UiTM dengan IPTA lain, yang mana anda akan pergi jika dikira dari segi kualiti bukan murahnya yuran
miss whatever berkata
sokong uitm x di buka kpd kaum lain selain kaum melayu..
hidup melayu n hidup bumiputera..
xkan melayu hilang di mata..
pertahankan uitm untuk anak bangsa melayu akan datang..
Dr.Siddiq Azani berkata
video demonstrasi pelajar uitm
http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/12/video-uitm-students-exercising-their-freedom-of-speech/
Dr Epet berkata
sokong uitm tidak dibuka kepada golongan bukan bumiputera!!Uitm menuju world class university.. pihak pentadbir telah berusaha membuat pertukaran pelajar asing…so mahasiswa-mahsiswi uitm banyak bergaul dengan pelbagai bangsa!!
kenapa UiTM perlu “disentuh” oleh pihak tidak bertanggungjawab? ade banyak lagi universiti awam kat malaysia beri peluang pada kaum bukan bumiputera!!
jangan biarkan UiTM diperkotak-katik..
“UiTM Pendokong dan Pewaris bangsa”
SaYa JuGa PeLaJaR UiTM berkata
Wahai ‘PELAJAR UiTM’ yg mmberi komen diatas,
klu graduan UiTM x bkualiti, knpe nk bukak kuota kpd plajar non-bumi?? pg la U lain yg lbih ‘bkualiti’ & ‘berdaya-saing’ yg blh accept plajar non-bumi..knpe sbok nk usik kuota UiTM? lgpun klu sbok sgt nk bsaing, bsainglah scara sihat ngn bangsa lain time dh kje nnti…
Sbenar2nya, awk tau x graduan UiTM ni laku kt pasaran krjaya? tau x mnteri pengajian tinggi pnah sbut bnde kt parlimen 2 taun lps?? ha…x bace paper la tu.. jgn la risau psl laku x laku ni.klu awk mmilih kje sgt, mmg la x laku jd nyerr..
klu graduan tu ahli GPMS-UiTM lg laku..lg la sng nk dpt kje..knpa?? kalau awk ahli GPMS-UiTM, awk akan tau knpa..
dah la..mls nk komen pjg2 sgt kt ‘plajar’ yg tau blajar jer ni…pg la bsosial..join program GP..jgn pandai ckp jer..
pg bace paper..!!
SaYa JuGa PeLaJaR UiTM berkata
‘pelajar UiTM’,
Hayati & fahami 4 sedar k!
kucing hitam berkata
Pelajar UiTM amnya dan khususnya ahli GPMS-UiTM, tak payahlah sibok-sibok nak berdemo aman sehingga ponteng kuliah. Bangsa lain tak berkata-kata apa-apapun, mereka dah dapat yang mereka hendak…..pergi kuliah dan belajar lebih rajin daripada bangsa lain. Jangan asyik buang masa dengan motor dan kereta bantuan (subsidi) bawa ke hulu ke hilir makwe dan pakwe. Lepak berjam-jam kat kafe sampai lupa nak siap kertas kerja……..mana cemerlangnya. Bila disebut sikit nak bagi peluang kat bangsa lain…….melalak, menjerit, terasa terhina ……baru teringat nasib bangsa…..habis selama ini banyak peluang yang kita lepaskan kepada mereka begitu saja……tak pulak dikesali. Orang kata UiTM untuk khusus anak Melayu dan Bumiputra daripada kalangan miskin…..yang perlu bantuan dan dibantu…..tak rasa terhina ke…..sampai bila kita maju harapkan bantuan……berdikarilah. Patutnya kita hebat kerana mampu bagi peluang orang lain……syaratnya mereka kena bayar mahal…bukan macam kita yang sentiasa disubsidikan……fikirlah
Jalan Kaki berkata
UiTM merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan martabat bangsa dan benteng itu seharusnya dipertahankan sampai bila-bila oleh semua pihak. Sebarang usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam kilang pengeluar utama professional Melayu ini haruslah dihentikan sama sekali.
……………..pandangan di atas cetek dan sempit, memandangkan kita berada di era global dan glokal tidak sepatutnya bangsa melayu bersaing di gelanggang sesama sendiri. Sampai bilakah kebolehan orang melayu dicemburui oleh bangsa lain dalam wadah pengajian. Semasa saya menuntut di universiti pada akhir tahun tujuh puluhan, hanya saya seorang anak melayu yang dikelilingi bangsa asing mengambil jurusan kimia. Pergi kuliah berjalan kaki, tinggal di kolej yang sama, makan nasi kawah, bersukan bersama di padang, tidak ada subsidi/bantuan diberikan….cuma yang ada biasiswa JPA, itupun pada tahun akhir baru dapat. Tidak rasa didiskriminasikan apa-apapun malahan perpaduan antara kaum berjalan baik tanpa kempen. Walhal masa itu cuma ada seorang sahaja pensyarah Melayu itupun tidak banyak membantu bangsa sendiri……mahu tak mahu kita terpaksa mohon pertolongan daripada bangsa lain. Waktu itulah saya tunjukkan kebolehan orang melayu di hadapan mereka yang selama ini dianggap oleh orang melayu sendiri sangat lemah dalam bidang sains. Sekarang tiba masanya sekiranya orang melayu (UiTM) sudah hebat sangat, mengapa takut bagi peluang kepada bangsa lain….. kita rugi atau takut tidak dapat subsidi lagi. Orang Melayu bukannya bangsa yang miskin dan meminta-minta bantuan (sedekah)……saya sendiri ketika menuntut dulu tiga tahun pertama guna duit sendiri, hasil titik peluh ayah menoreh getah setiap pagi kecuali hari hujan. Sekali sekala waktu cuti pengajian balik kampung tolong ayah motong getah. Cubalah renungkan sampai bila anak melayu di UiTM perlu dibantu……selama-lamanya sehingga benteng itu reput. Banyak yang ada cuma lagak bergaya……tak cukup kerajaan bantu….minta lagi bantuan PBB…..mundar-mundir dengan motor dan kereta, sekarang pula berdemo, konon nak tunjuk melayu telah dihina dengan ura-ura bagi 10% kepada bangsa lain. Saya rasa lagi terhina apabila kita sentiasa harapkan bantuan dan boleh berdikari…..meminta-minta kerajaan bantu dalam segala lapangan.
MB yang bersuara asal-usul datang daripada keluarga susah, menjadi guru bersama-sama isteri sentiasa menyedarkan anak melayu belajar bersungguh-sungguh…….ramai anak didiknya telah berjaya dalam banyak bidang, cuma beliau seorang yang perendah diri. Beliau juga mengalami keadaan yang hampir serupa dengan penulis sewaktu menuntut di universiti….terpaksa bersaing dengan kelompok majoritinya ialah bangsa asing. Natijahnya kebolehan bangsa melayu terserlah jika kita sendiri berani masuk ke dalam gelanggang mereka atau bawa mereka masuk ke arena kita sama-sama kita berpencak silat. HEBAT MELAYU.
UiTM Segamat berkata
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14273
cucu mat kilau berkata
kucing hitam…ilmu bkn shj bole didapati di dlm bilik kuliah…
dan persoalnnya bukan berkaitan ttg yuran yg murah ttp peluang utk melanjutkan pelajaran kpd bumiputera..saya adalah salah seorg pelajar yg hampir2 tidak dpt melanjutkan pelajaran krn tidak mendapat tmpt.. rslt sy ok!! 3.67 ketika di matrikulasi.. ttp uitm tlh mberi peluang kpd sy utk belajar…adakah anda rasa saya masih berpeluang jika 10% itu diberi kpd bkn bumi?
masa awak utk mendapatkan tempat dh lepas,ttp fikirkan lah nasib adik2 atau mgkn anak cucu awak pada masa depan..
lagi satu, apa yg gpms wat adalah utk masa depan adik2 anak2 bgsa kita d masa hadapan, dan sekurang2nya kami bertindak..bukan hnya pandai berkata2 shj..dan kami tidak mementingkan diri kami sendiri.. (^_^)
cucu mat kilau berkata
kpd pelajar uitm, sapa kata kualiti pelajar uitm tak bagus smpai student tak memilih uitm..??!!!!
saya pelajar uitm fakulti perakauanan, punya seorg junior yg pernah menyatakan kecewa dan kesalnya kerana ditawarkan ke uitm.. ttp stlh bebrapa bulan, dia menarik balik rasa kesalnya kerana dia mulai sedar bhw uitm adalah tempat terbaik utk menuntut ilmu!! kecewa dia pada mulanya hnyalah kerana mendapat gambaran yg salah ttg uitm.. jd sy rasa wpon awak ni pelajar uitm tp awak tak tau ape yg ada dlm uitm!! awak tak kenal uitm..
-uitm dihatiku-
mantan exco33 berkata
petikan drpd bekas pelajar uitm:
arabella gracia
Posted August 13, 2008
saya juga ex-uitm, kerana universiti inilah, saya berjaya dalam hidup..kerana third language (mandarin)yang saya belajar di uitm lah saya boleh pergi jauh menjelajah bumi Allah ini. Kerana universiti inilah yang mendidik saya seimbang menjadi book smart dan street smart.
untuk pengetahuan semua, saya tak layak untuk masuk universiti yang gah, kerana result result spm saya sekadar cukup makan, nak ke universiti swasta saya tak mampu, keluarga orang-orang biasa sahaja…
tapi mendapat tawaran diploma dari uitm lah mengubah hidup saya, saya mengorak langkah untuk berjaya dalam hidup, siapa sangka anak kerani boleh pakai kereta import hasil usaha , rezeki yang Allah kurniakan ini bertitik tolak dari menjadi graduan UiTM…
bak kata Nabil..Lu Pikirlah Sendiri
rasa2 korg, kalau tempat utk bumiputera semakin kecil, agak2 org macam alumni kita ni bole dpt sambung belajar tak??
saya nak guna perkataan nabil, LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!!
SaYa JuGa PeLaJaR UiTM berkata
sudah2 la tu…jgn nk di perdebatkn lg soal nk buka kuota kpd non-bumi..byk lg U lain dh bukak pnyertaan pd non-bumi. jgn la UiTM jgk yg nk d’perdagangkn. bg la pluang kpd adik2 kiter yg kurg bekemampuan utk mlanjutkan plajaran. kalau dibuka, wlupun hanya 10%, tp jmlahnya x kurg dr 10,000 org utk 1 smester.. maka stahun?? x kurg dr 20,000 org tlepas pluang utk mnimba ilmu d UiTM..alangkah sygnya..
kalau btul bdk2 mlayu skg dh teruk..x bkualiti..X SEDAR d untung..awk yg SEDAR tu, bertindaklah..lakukan ssuatu yg blh mmbantu bdk2 mlayu ni..jgn pandai ckp jer…
hmm..ada btulnya kata2 sorg pnsyarah ni… Melayu ni terbahagi kpd 3 golongan:
MELAYU SEDAR, MELAYU TAK SEDAR & MELAYU LAKNAT!
Renung2kan & slamat beramal…
Bukan Pelajar UiTM berkata
Kalian semua, apa nak sibuk kan. Si Khalid Ibrahim tu bukan boleh buat ape pun. Pak Lah dan confirm,hanya Ibrahim Shah saja yang boleh ubah quota kemasukan hatta lebih 10% pun dia boleh. Sudah, jangan bising lagi, pi kuliah, belajar betul-betul, buktikan kamu orang terpelajar dan jangan sibuk nak berdemo tak usul periksa. Kan dah rugi satu hari kuliah.
sy pun pelajar uitm gak berkata
betul kata “bkn pelajar uitm”
baik korang g belajar rerajin dan jadilah pelajar yg cemerlang kpd agama, bangsa dan negara kita.nnt xde la alasan nak bukak kuota unt non-bumi lg..kita sendiri lah yg kena selamatkan uitm.. bukan time2 tegang mcm ni bru pikir nak bela nasib bgsa sndiri..pttnye mmg perlu ada dlm diri masing2 sejak dulu lg..
fuad berkata
entah apalak nak berdemo…ingat majikan kat luar tu ramai sangat ke yang melayu…kenapa tak bising pulak bila umno banyak gadaikan hak orang melayu…mrsm bukak qauta pun tak bersuara.
Ali sayang UiTM berkata
nape oarng melayu yang sokong.kami demo utk buktikan kami sayang UiTM.. jangan mainkan isu uitm utk politik. cari modal lain..
cucu mat kilau berkata
fuad..rezeki tu allah yg tentukan..byk lg keje bole wat utk cari rezeki selain kerja ngan org..yg penting rajin dan usaha..
survival beb..ni pemikiran budak uitm..sapa kata bdk uitm tak bole bersaing..? heh..