GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

  • Halaman

  • Program kursus kaunseling

    DIkirim oleh FFCrew Team di Khamis, 17 Julai 2008

    Bertempat di Dewan Kuliah F, Menara Sains Dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM Malaysia). Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UiTM Malaysia dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya UiTM Malaysia sekali lagi bergabung tenaga untuk menjayakan program untuk mahasiswa-mahasiswi UiTM Malaysia.

    Program yang bermula pada pukul 8.30 malam itu disampaikan oleh Encik Mohd Nor Hisham Bin Md Nor iaitu kaunselor daripada Unit Kaunseling dan Kerjaya UiTM Malaysia. Beliau memberikan ceramah yang bertajuk membina sikap positif dalam diri.

    Lebih kurang 100 orang mahasiswa/i UiTM Malaysia hadir ke ceramah motivasi tersebut yang disampaikan dengan penuh semangat dan bertenaga oleh En Nor Hisham. Ternyata kepulangan mereka selepas daripada ceramah tersebut membawa pulang ilmu yang bermanfaat yang dikongsi bersama.

    GPMS UiTM Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada Unit Kaunseling dan Kerjaya terutamanya kepada En Mohd Nor Hisham kerana sudi meluangkan masa bersama kami (mahasiswa/i UiTM Malaysia) bagi berkongsi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat kepada kami semua.

    Tidak lupa, GPMS UiTM Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa/i UiTM Malaysia yang hadir meluangkan masa bersama bagi menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan kelak. Diharap, kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

    Kejayaan boleh dicapai oleh insan biasa dengan daya usaha yang luar biasa

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Tinggalkan jawapan

    XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>