Program : Grooming in the U
DIkirim oleh FFCrew Team di Rabu, 16 Julai 2008
Satu program baru GPMS UiTM Malaysia yang telah berjaya dijalankan pada malam 14 Julai 2008 dan 15 Julai 2008 bertempat di Dewan Kuliah F, Menara Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA Malaysia. Program ini dihadiri oleh saketeriat exco 35 GPMS UiTM Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada semua exco dan saketeriat tentang protokol dalam melaksanakan majlis. Anda semua sedia maklum betapa pentingnya, protokol dalam melaksanakan sesebuah majlis apabila majlis itu dihadiri oleh raja-raja melayu dan menteri-menteri serta timbalannya.
Pada malam 14 Julai 2008, ceramah berkenaan protokol diberikan oleh exco GPMS-UiTM sendiri yang berkehamiran luas dalam mengendalikan protokol dalam majlis. Beliau adalah saudara Haffizi Hamizi. Beliau memberikan ilmu berkenaan dengan cara jemputan, cara makan dan minum dan pelbagai lagi.
Seterusnya pada malam kedua, majlis diceriakan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan yang juga mempunyai kemahiran luas dalam melaksanakan protokol di UiTM. Beliau yang saya maksudkan adalah Tuan Haji Karim Kasnan iaitu Timbalan Pendaftar Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Malaysia. Tajuk ceramah beliau adalah asas pengendalian majlis rasmi dan tatacara diri dan etika sosial.
Tn Hj Karim, juga mendedahkan cara yang telah digariskan oleh UiTM Malaysia berkenaan dengan jemputan, majlis dan penyiaran. Alhamdulillah, segala apa yang telah disampaikan itu akan dijadikan petunjuk dan teladan dalam melaksanakan majlis.
GPMS-UiTM Malaysia menyarankan, ceramah berkenaan protokol perlu dilaksanakan oleh semua organisasi dalaman UiTM samaada di kampus induk ataupun kampus cawangan. Organisasi dalaman perlu mengetahui langkah yang telah digariskan oleh Jabatan Komunikasi Korporat UiTM. Sebagai contoh dari segi cara membuat jemputan, hadiah dan cenderahati serta teks-teks ucapan majlis.
GPMS-UiTM Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Haji Karim Kasnan dan Sdr Haffizi Hamizi kerana telah memberikan ilmu yang berguna kepada exco dan saketeriat berkenaan dengan cara mengendalikan protokol dan majlis.
Diharap ilmu yang telah disampaikan dapat menjadi panduan semasa anda mengacarakan majlis yang akan datang.








taufik berkata
salam bro K>A..
tlg promote prgrm aku kt blog ni scpt mungkin..
K.A 0616 berkata
baik en taufik..