KGO S.K Petaseh Siri 2 2008
DIkirim oleh FFCrew Team di Isnin, 14 Julai 2008
Semangat yang tidak pernah luntur oleh fasilitator GPMS UiTM Malaysia untuk melihat adik-adik di Sekolah Kebangsaan Petaseh berjaya dalam pelajaran dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia, menyebabkan 9 orang Fasilitator GPMS UiTM Malaysia dan seorang kaunselor daripada Unit Kaunseling UiTM Malaysia, bersama meredah hutan tebal dan jalan berliku-liku. Rintangan yang dihadapi sungguh hebat, tetapi bagi kami halangan bukan alasan untuk menamatkan perjuangan.
Kesinambungan daripada Kem Gerakan Obor Siri SK Petaseh Siri 1 2008, yang telah dijalankan pada 1-3 Februari 2008. Pada kali ini, GPMS-UiTM hadir semula ke sekolah tersebut bagi memberikan tips belajar secara efektif kepada semua pelajar darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada September 2008 ini.
KGO yang bermula pada 12 Julai 2008 pada jam 7.00 pagi bermula dengan pembahagian kumpulan. Terdapat 7 Kumpulan diwujudkan dengan kekuatan 7 Fasilitator dan 2 Co-Fasilitator. Kemudian, pada jam 8.30 pagi, peserta diberikan semangat motivasi oleh kaunselor berpengalaman daripada UiTM iaitu, Cik Noraini. Setelah mendengar tips untuk berjaya dalam peperiksaan, peserta dipecahkan mengikut kumpulan LDK masing-masing untuk aktiviti seterusnya iaitu cara membuat nota yang efektif, belajar matematik dan sains secara effecktif dan teknik menghadapi peperiksaan.
Kursus ini, berakhir pada 14 Julai 2008 jam 11.30 pagi dengan upacara penyerahan semula pelajar-pelajar SK Petaseh kepada pihak sekolah.
GPMS-UiTM Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan SK Petaseh kerana memberikan kami sekali lagi peluang untuk meneruskan misi meningkatkan darjat pengetahuan bangsa. Dan kami berdoa kepada adik-adik darjah 6 khususnya dan semua pelajar SK Petaseh amnya supaya terus cemerlang dalam apajua bidang yang diceburi. Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang.
Dari hati ke hati, kami sebanarnya kagum dengan semangat yang tidak pernah kenal erti putus asa oleh seluruh warga SK Petaseh yang berusaha memberikan kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada adik-adik kami di SK Petaseh. Dan kami berharap usaha murni ini dapat diteruskan tanpa kenal erti putus asa.








KHAIRUL ANWAR berkata
tahniah kepad nadiah h. saharauddin sebagai pengarah projek.
Semangat yang ditunjunkkan daripada anda perlu menjadi contoh kepada semua.€
Ahmad Thibri Mashri berkata
Buat barisan penggerak KGO Petaseh,TAHNIAH buat kalian!
Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran (kemalangan kereta di awal perjalanan menuju ke Petaseh), kalian tetap tabah, malah makin bersemangat untuk membawa misi menanam “obor” pendidikan nan marak dalam setiap jiwa adik2 di Petaseh… TAHNIAH dan TAHNIAH buat kalian lagi…!
Namun, adalah menjadi harapan penulis jika sekiranya ucapan “TAHNIAH” itu terus dijadikan azimat buat kalian meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan bangsa ini…
Sesungguhnya obor perjuangan tidak pernah padam, tidak pernah kenal nesan..!
Sekian…
-Thib0713
Mr. Nice Guy berkata
adakah thibri dan THABRI ini orang yang sama???
…the truth will be reveal…
Kidino berkata
Kalau nak pergi lagi – ajak! Ni sekolah aku dulu ni…
FFCrew Team berkata
insyallah kidino,
tapi sapekah kidino sebenarnya.
kami alu-alukan saudara/i kidino untuk
bersama kami di GPMS
ady berkata
aah la..
kidino..ko sapa yea..
bg la tau nama sebenar..
owh..juz to pull out my thought to all the team members of KGO SK PETASEH siri 2..
a very thankful n great to have you all in this team during the whole program :
- Khairul ANwar Abu Mansor – penyelamat bantal Ex
- Mohd Faizal bin abd. Rahim – peja kecik
- Maisarah Mustapha – mai
- Roslina Hamdan – Ex
- Itqan Qurratu Aini Aqilah binti Mat Telaan – our adik
- Faisol fr Edu
- Arsyad – a.acad fr Edu
- Mohd Al- Amru – am
Kpd faisol n arsyad, sijil korg x wat lg sebab aq xdpt trace nama penuh..
pape..contact nadh k..