Laporan Program EXCO34 GPMS-UiTM Malaysia
DIkirim oleh FFCrew Team di Khamis, 12 Jun 2008
Pelbagai Program telah dijalankan oleh Exco 34 sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Bermula pada minggu pertama tempoh perkhidmatan mereka sehingga minggu terakhir tempoh perkhidmatan mereka. Mereka tidak pernah jemu berkhidmat untuk bangsa dan negara. Lebih daripada 30 aktiviti telah mereka anjurkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Diketuai oleh Tuan Tasyrif Bin Tuan Kamaluddin selaku YDP GPMS-UiTM Malaysia bagi Exco 34. Beliau membawa GPMS-UiTM ke satu tahap yang membanggakan. Pelbagai anugerah telah diperolehi sepanjang tempoh Exco 34. Seperti Anugerah Presiden GPMS dan 3 Anugerah Persatuan dalaman UiTM.
Barisan Exco 34 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program sepanjang tempoh tersebut.
Berikut adalah laporan program yang telah dijalankan sepanjang tempoh perkhidmatan Exco 34 :
PERKHEMAHAN MESRA ALAM 8
Tarikh 16-18 Mac 2007
Tempat Kem Sultan Haji Ahmad Shah (Kem Shah), Kuantan, Pahang
Peserta 50 peserta dan 40 urusetia
Program ini merupakan program persediaan kepada program yang seterusnya iaitu program Kem Penyambung Warisan yang akan dijalankan di Gunung Ledang kelak. Program berbentuk rekreasi ini menerapkan pelbagai ilmu yang bakal diaplikasikan pada program-program yang akan menguji daya ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti perkhemahan mesra alam ini dan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Melalui program ini, para peserta berpeluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t
OPERASI TAWAN KOTA (ADVANCE ERA 15)
Tempat Kem Biro Tatanegara, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur
Tarikh 30-31 Mac & 1 April 2007
Kehadiran 40 orang peserta dan 22 orang urusetia
Program operasi tawan kota yang telah dijalankan telah mendapat kerjasama daripada pihak Biro Tatanegara. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kursus lanjutan kepada para peserta Kem Penyambung Warisan ERA 15 yang telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada akhir tahun 2006 lalu. Modul yang digunakan berbeza daripada modul yang telah digunakan ketika Kem Penyambung Warisan di Gunung Ledang yang mana telah menguji daya ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Program ini juga telah banyak memberi pendedahan kepada peserta tentang perjuangan sebenar GPMS dan kesedaran tentang Melayu. Operasi ini dianggap berjaya kerana dapat mengumpulkan lebih dua pertiga daripada jumlah sebenar peserta Kem Penyambung Warisan ERA 15.
KUNJUNGAN MUHIBBAH KE ALAF 21 DAN KUMPULAN KARANGKRAF
Tarikh 6 hb April 2007
Tempat Kumpulan Karangkraf ,Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
Kehadiran 17 orang, terdiri ahli-ahli jawatankuasa,barisan exco dan sekretariat
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan satu kerjasama erat dengan pihak Alaf 21 yang turut sama terlibat dalam aktiviti mempromosi dan menjual buku-buku terbitan Alaf 21 dan Karangkraf ketika Pesta Buku Kemerdekaan En. Norden Muhammad, Pengarah Urusan Alaf 21 merupakan mantan YDP GPMS UiTM Shah Alam. Beliau menerangkan latarbelakang beliau dan perkembangan beliau di dalam GPMS dan kerjaya beliau, seterusnya menerangkan serba-sedikit mengenai sejarah Alaf 21. Kerjasama yang terjalin adalah dalam bentuk sokongan dan bantuan daripada pihak Alaf 21 dalam membantu kami dalam menjayakan sebarang aktiviti yang akan dijalankan kelak.
PERLAWANAN FUTSAL GPMS UiTM
Tarikh 12 April 2007 dan 11 November 2007
Tempat Sports Planet, Seksyen 16, Shah Alam
Peserta Ahli GPMS bersama alumni
Aktiviti perlawanan persahabatan futsal yang telah diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli GPMS dan juga alumni. Setelah penat menghabiskan masa menghadiri kuliah dan bekerja seharian di pejabat, mereka telah mengambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan di samping dapat berkenalan dengan lebih mesra lagi. Setiap kumpulan terdiri daripada ahli GPMS dan juga alumni.. Secara tidak langsung, perlawanan ini dapat mencungkil bakat-bakat terpendam ahli GPMS dan juga alumni dalam permainan futsal. Aktiviti seumpama ini juga dapat menyihatkan tubuh badan di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Perlawanan ini diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang telah ditaja oleh beberapa orang alumni GPMS. Tidak ketinggalan, hadiah berupa hamper telah disampaikan kepada juara.
KEM PENYAMBUNG WARISAN,EKSPEDISI RAKAN ALAM (ERA 16)
Tempat Gunung Ledang, Tangkak, Johor
Tarikh 14-20 Mei 2007
Peserta 54 orang peserta dan 40 orang urusetia
Kem penyambung warisan merupakan salah-satu gerakan obor ke arah mewujudkan pemangkin di dalam diri insan untuk melakukan perubahan diri yang lebih baik dengan memupuk budaya ilmu dan nilai-nilai murni serta membentuk sikap mulia pelajar Melayu khasnya dan bangsa Melayu amnya demi merealisasikan apa yang terkandung dalam Mukadimah GPMS.
Penekanan tetap menjurus kepada pembinaan insan yang seimbang iaitu insan yang membudayakan ilmu dan mewarisi nilai-nilai akhlak yang mulia dan sekaligus menjadi pencetus dan penggerak dalam gerakan perjuangan pendidikan dan pembangunan bangsa Melayu. Program ini bertujuan untuk melahirkan barisan pelapis kepimpinan GPMS-UiTM dan juga tenaga penggerak GPMS-UiTM dan mewujudkan jaringan tenaga yang menyeluruh untuk menjadi ejen perubahan dan mampu memberikan komitmen dalam gerakan perjuangan pendidikan dan pembangunan bangsa Melayu serta kerja-kerja kemasyarakatan.
Keyakinan bahawa semua pelajar Melayu itu mempunyai semangat dan sifat pejuang yang tulen dan jika diasuh, dididik, dilatih dan digilap dengan sempurna melalui pemindahan ilmu dan pengalaman, perkongsian hati dan jiwa, penerapan nilai-nilai agama dan akhlak terpuji serta melalui penghayatan sejarah perjuangan bangsa, boleh berperanan dalam membangunkan ilmu dan pengetahuan dalam diri seterusnya menjadi ejen perubahan dalam perjuangan pendidikan bangsa Melayu demi menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.
Pelaksanaan program ini juga berasaskan kepada Keyakinan bahawa semua pelajar Melayu itu mempunyai semangat dan sifat pejuang yang tulen dan jika diasuh, dididik, dilatih dan digilap dengan sempurna melalui pemindahan ilmu dan pengalaman, perkongsian hati dan jiwa, penerapan nilai-nilai agama dan akhlak terpuji serta melalui penghayatan sejarah perjuangan bangsa, boleh berperanan dalam membangunkan ilmu dan pengetahuan dalam diri seterusnya menjadi ejen perubahan dalam perjuangan pendidikan bangsa Melayu demi menegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.
RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENJENAMAAN SEMULA GPMS
Tempat Bangunan ALMA, Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
Tarikh 15-17 Jun 2007
Peserta 27 orang
Program yang dikenali sebagai Rancangan Penambahbaikan dan Penjenamaan Semula GPMS telah diadakan sebagai salah satu aktiviti EXCO 34 GPMS UiTM Malaysia dengan tujuan membuat pembaharuan dan menaik taraf imej di samping merancang aktiviti-aktiviti sepanjang exco ke 34 ini. Program ini disertai kesemua exco dan beberapa orang sekretariat yang merupakan tenaga penggerak utama GPMS UiTM Malaysia. RPPG ini merupakan hasil buah fikiran saudara Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia iaitu saudara Tuan Tasyrif bin Tuan Kamaluddin. Beberapa orang senior telah dijemput untuk member seberapa banyak pendedahan, input, komen dan pengalaman mereka untuk dijadikan panduan dan teladan kepada exco-exco yang baru sahaja dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-34. Banyak perkara yang telah dibincangkan bagi memastikan exco ke-34 ini dapat melakukan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan amanah seiring dengan matlamat dan objektif utama GPMS. Semoga RPPG ini dapat diteruskan pada exco yang akan datang.
KENDURI KESYUKURAN GPMS UiTM
Tarikh 13 Julai 2007
Tempat Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA Malaysia
Peserta Ahli GPMS UiTM Malaysia, pelajar baru dan senior
Kenduri kesyukuran yang telah diadakan di Pusat Islam UiTM Malaysia adalah bertujuan untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana program Ekspedisi Rakan Alam (ERA 16) yang telah dijalankan pada 14 Mei 2007 hingga 20 Mei 2007 berjalan lancar tanpa berlaku sebarang kemalangan jiwa. Selain itu, kenduri kesyukuran ini juga diadakan adalah untuk meraikan rakan-rakan GPMS yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka pada peringkat Diploma dan juga Ijazah.
HARI RAMAH MESRA GPMS UiTM SHAH ALAM
Tarikh 15 Julai 2007
Tempat Dewan Kuliah Fakulti Kejuruteraan
Peserta Semua Exco 34, sekretariat GPMS dan ahli-ahli GPMS
Program ini dijalankan khas untuk memperkenalkan GPMS UiTM Malaysia kepada pelajar-pelajar baru. Bermula dengan majlis perasmian, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan bacaan Mukadimah GPMS dan 4 SEDAR. Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu UiTM Dihatiku dan lagu GPMS. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Penasihat GPMS UiTM Malaysia, Dr.Syed Yusainee bin Syed Yahya. Beliau telah banyak menekankan sejarah GPMS dan turut menasihatkan para pelajar agar menghargai setiap kemudahan yang ada hasil penat lelah pejuang bangsa terdahulu yang sentiasa memikirkan generasi akan datang. Beliau seterusnya merasmikan Hari Ramah Mesra GPMS-UiTM SHAH ALAM. Agenda seterusnya ialah persembahan multimedia yang memaparkan program-program yang dijalankan oleh GPMS UiTM Malaysia. Penerangan untuk persembahan multimedia ini disampaikan oleh Ketua Penerangan GPMS UiTM Malaysia. Acara diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Shamsudin Haji Ali. Agenda Hari Ramah Mesra diteruskan dengan ramah mesra bersama exco-exco. Para hadirin berpeluang untuk bertanya lebih lanjut tentang GPMS dan program-program yang dijalankan oleh GPMS UiTM Malaysia selama ini dan yang akan datang. Hari Ramah Mesra diserikan lagi dengan persembahan choral speaking dari Pujangga 16 dan juga persembahan sajak karya Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh saudara Shazili Hamzah
KEM PENYAMBUNG WARISAN LANJUTAN ERA 16
Tempat Pulau Pangkor, Perak
Tarikh 20-22 Julai 2007
Kehadiran 80 orang peserta dan 30 orang urusetia
Program ini merupakan lanjutan kepada program KemPenyambung Warisan ERA 16. Program ini merupakan tugasan pertama yang telah diamanahkan oleh pihak urusetia kepada para peserta Kem Penyambung Warisan ERA 16 dengan tujuan untuk menguji sejauh mana tahap kerjasama sesama mereka di samping untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang cara untuk menguruskan sesebuah program.
PESTA BUKU KEMERDEKAAN 2007
Tarikh 10-12 Ogos 2007
Tempat Dewan Sri Budiman,UiTM Malaysia
Kehadiran 90 orang urusetia dan 14 syarikat penerbitan
14 syarikat penerbitan yang terlibat dalam Pesta Buku Kemerdekaan 2007 ini ialah Alaf 21, Karangkraf, UPENA, Creative, I-Book, UM Press, UKM, Pustaka Suhada, E-Media, PTS Publication, Reagency Asia, DBP, Pustaka Yamien dan Pekan Ilmu Aktiviti yang dijalankan ialah Slot Bersama Penerbit di atas pentas pentas utama Dewan Sri Budiman. Setiap syarikat penerbitan mengadakan slot ini mengikut giliran cabutan undi yang telah dibuat.untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat penerbitan untuk mempromosikan syarikat mereka dan memperkenalkan buku-buku terbaru kepada pengunjung. Bagi menghiburkan para pengunjung yang datang, persembahan kebudayaan dan persembahan multimedia. Majlis Perasmian Pesta Buku Kemerdekaan yang berlangsung pada 12 Ogos 2007dihadiri oleh Puan Rafidah Bt Mohd Ariffin, Ketua Seketariat Hal Ehwal Wanita GPMS Kebangsaan sebagai wakil kepada Presiden GPMS Kebangsaan dan Puan Hajah Paiza Bt Idris, Ketua Pustakawan UiTM Malaysia, En Norden Bin Mohammed, Pengurus Besar Alaf 21 dan Ahmad Azahari Bin Nazar sebagai wakil penasihat GPMS UiTM Malaysia. Bicara Penerbitan 2007 yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi & Pengajian Media dijalankan pada hari ketiga program.
KURSUS ASAS KAUNSELING 2007
Tarikh 11-12 Ogos 2007
Tempat Dewan Kuliah 3, Fakulti Perakaunan, UiTM Malaysia
Kehadiran 6 orang urusetia dan 16 orang peserta
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS-UiTM) dengan kerjasama Jabatan Kaunseling, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kursus Asas Kaunseling yang bertujuan untuk mengaktifkan semua ahli yang baru mendaftar untuk diberi pendedahan dengan program yang dianjurkan persatuan di samping memantapkan nilai tambah dalam diri setiap ahli. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat membentuk pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran, kepimpinan dan sosial malah kaya dengan nilai-nilai murni dan membantu para peserta mengenal kemampuan diri di samping memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan kebolehan diri dan mencungkil bakat-bakat peserta untuk digilap.
KONGRES PATRIOTISME REMAJA
Tempat Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tarikh 18-19 Ogos 2007
Peserta 10 orang ahli GPMS UiTM Malaysia
Kongres yang bertemakan ‘Patriotisme Kemandirian Kita’ ini merupakan kesinambungan daripada Kongres Patriotisme I pada 24 hingga 26 Oktober 2002. Pembentangan kertas kerja yang pertama bertajuk ‘Patriotisme Kemandirian Kita’ itu dibentangkan oleh Yang Bahagia Dato’ Shagul Hamid bin Abdullah, Ketua Pengarah Biro Tatanegara. Yang Bahagia Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin telah bertindak sebagai pengerusi majlis, sementara ahli panel pula terdiri daripada Yang Bahagia Tan Sri Murad bin Muhamad Noor dan Yang Bahagia Dato’ Johan Jaafar. Pembentangan kertas kerja kedua yang bertajuk ‘Ke Arah Penubuhan Majlis Patriotisme Negara’. Kertas kerja ini dibentangkan oleh Yang Bahagia Tan Sri Dato’ Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Yang Bahagia Kolonel Profesor Dato’ Dr.Haji Kamarudin bin Haji Kachar bertindak selaku pengerusi majlis, sementara ahli panel pula terdiri daripada Yang Bahagia Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Khay Kim dan Yang Bahagia S.K. Devamany, Ahli Parlimen Cameron Highlands. Pembentangan kertas kerja ketiga yang bertajuk ‘Pengalaman dan Perjuangan- Proses Membina Patriotisme di Kalangan Remaja’telah mula dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Bahagia Dato’ Haji Alimudin bin Mohd Dom. Pembentangan kertas kerja ini telah dipengerusikan olehYang Bahagia Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim. Yang Bahagia Dato’ Fathul Razi bin Bakri, Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan dan Yang Bahagia Datuk Hassan Harun dari Kolej Wadi Sofia pula telah bertindak selaku ahli panel dalam pembentangan kertas kerja berkenaan.
MALAM APRIESIASI SASTERA “MALAYSIA DIHATIKU”
Tarikh 29 Ogos 2007
Tempat Dataran Cendekia,UiTM Malaysia
Urusetia 20 orang
Program yang diadakan sempena menyambut kemerdekaan Negara ini merupakan program hasil kerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada golongan mahasiswa untuk menghayati erti sebuah kemerdekaan melalui deklamasi sajak yang dapat membangkitkan rasa cinta akan Negara serta member kesedaran kepada golongan muda agar terus memelihara kemerdekaan dan keamanan yang ada.
KEM GERAKAN OBOR 2007
Tempat Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam
Tarikh 07 dan 08 September 2007
Peserta Ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia sebagai Fasilitator dan urusetia
160 orang murid sekolah
Program Kem Gerakan Obor ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di sekitar Shah Alam. Seramai 160 orang peserta telah dibahagikan kepada 13 kumpulan mengikut tahap pencapaian akademi masing-masing. Program Gerakan Obor 2008 ini merupakan satu program yang berbentuk motivasi dan kependidikan yang mana membentuk belia-belia muda yang bersemangat kental dan tinggi dalam meneruskan perjuangan kea lam university. Program ini lebih menekankan kepada motivasi diri dan kaedah pembelajaran yang efektif bagi belia muda dalam menempuhi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Matlamat GPMS UiTM Malaysia mengadakan program ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang bersemangat kental dan berwawasan tinggi melangkah ke university bagi memartabatkan darjat pengetahuan bangsa Melayu di samping memotivasikan murid-murid di sekolah yang terbabit untuk menjadi pelajar cemerlang.
PROGRAM KECEMERLANGAN MAHASISWA (PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR)
Tarikh 22 September 2007
Tempat Dewan Kuliah F, Bangunan Sains & Teknologi, UiTM Malaysia
Peserta 50 orang peserta dan 4 orang kaunselor
Objektif program ini diadakan adalah untuk memeberi input-input yang berguna seterusnya mahasiswa dapat menegenalpasti potensi yang ada dalam diri dan memperbaiki segala kelemahan diri memperbaiki kelemahan diri sebelum menduduki peperiksaan akhir. Selain itu juga, program ini dapat menaikkan motivasi para mahasiswa dalam membuat persiapan peperiksaan. supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, program seumpama ini diadakan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab persatuan terhadap pemantapan nilai tambah dalam diri setiap ahli.
MAJLIS BERBUKA PUASA “TITIAN KASIH”
Tarikh 23 September 2007
Tempat Rumah Perlindungan Norul Iman, Cheras
Peserta 40 orang
Program majlis berbuka puasa yang diadakan pada bulan Ramadhan ini diadakan dengan tujuan untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik iaitu kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dan kasih saying yang sepenuhnya daripada ibu bapa kandung mereka sendiri. Peluang yang ada telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyelami perasaan mereka serta berkongsi suka duka yang mereka alami. Pelbagai kata nasihat dan dorongan telah diberikan oleh kakak abang kepada adik-adik agar tabah menghadapi ketentuan Allah
KURSUS FASILITATOR (TRAINEE OF TRAINER)
Tarikh 13-18 November 2007
Tempat Kem Biro Tatanegara Langkawi,Kedah
Peserta 120 peserta
Program ini merupakan program latihan bersama Biro Tatanegara yang mana merupakan aktiviti tahunan GPMS UiTM untuk melahirkan fasilitator yang berkaliber untuk mengendalikan program-program seperti Kem Gerakan Obor dan Pemantapan Mahasiswa khususnya di peringkat UiTM. Penekanan kepada latihan menjadi fasilitator dititikberatkan bagi memastikan input yang diberikan memenuhi target dan pencapaian GPMS UiTM. Dalam program ini, seramai 120 orang fasilitator baru dan lama telah dilahirkan untuk mewujudkan tenaga kerja bagi melaksanaan lebih banyak aktiviti berbentuk ilmiah/akademik dan khidmat masyarakat sebagai tanggungjawab sosial GPMS UiTM kepada masyarakat.
PERKHEMAHAN KENDIRI UNGGUL
Tempat Taman Pertanian Bukit Cherakah, Shah Alam
Tarikh 24-25 November 2007
Kehadiran 16 orang peserta dan 10 orang urusetia
Program perkhemahan kendiri unggul yang merupakan program kerjasama antara Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Jabatan Kaunseling telah di Bukit Cerakah yang disertai oleh pelajar-pelajar yang tidak tinggal di asrama UiTM Malaysia. Program yang banyak melibatkan aktiviti luar ini adalah bertujuan untuk menerapkan sikap saling menolong dan bekerjasama antara satu sama lain melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Program ini juga dapat menguji tahap katahanan mental dan fizikal melalui aktiviti explobike. Program ini juga diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar antarabangsa agar dapat menyesuaikan diri bergaul dengan masyarakat Malaysia di samping dapat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam.
MASIH ADA YANG SAYANG 2
Tarikh 26-28 November 2007
Tempat Asli Lodge, Brincang, Cameron Highlands
Peserta 50 orang urusetia dan 35 peserta
Program Masih Ada Yang Sayang 2 ini merupakan program yang berbentuk khidmat kemasyarakatan. Program ini melibatkan peserta-peserta daripada Rumah Penyayang yang mana ia menempatkan kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa. Melalui program seumpama ini, mahasiswa UiTM berpeluang untuk mendekati golongan yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa kandung mereka sendiri. Ahli-ahli GPMS UiTM ini telah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk mendekati dan menyelami jiwa setiap kanak-kanak di situ di samping memberi kata-kata nasihat dan sokongan agar tabah dan sabar meneruskan hidup dan dapat mencapai kecemerlangan hidup kelak.
OPERASI TAWAN KOTA (ADVANCE ERA 16)
Tempat Bangunan ALMA, Kuala Lumpur dan Taman Botanikal Melaka
Tarikh 29-30 November & 1-3 Disember 2007
Kehadiran 16 orang peserta dan 40 orang urusetia
Program operasi tawan kota yang telah dijalankan telah mendapat kerjasama daripada pihak Yayasan Rangkaian Sahabat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kursus lanjutan kepada para peserta Kem Penyambung Warisan ERA 16 yang telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada pertengahan tahun 2007 lalu. Modul yang digunakan berbeza daripada modul yang telah digunakan ketika Kem Penyambung Warisan di Gunung Ledang yang mana telah menguji daya ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Program ini juga telah banyak memberi pendedahan kepada peserta tentang perjuangan sebenar GPMS dan kesedaran tentang Melayu. Program yang merentas 2 buah negeri ini berjaya dilaksanakan tanpa menghadapi sebarang masalah yang serius.
TAYANGAN PERDANA HATI MALAYA
Tarikh 8 Januari 2008
Tempat Dewan Sri Budiman, UiTM Malaysia
Kehadiran Mahasiswa mahasiswi UiTM Malaysia
Program tayangan perdana ini telah diadakan dengan kerjasama daripada GPMS Kebangsaan sempena program menjelajah ke setiap institusi pengajian tinggi awam. Program ini telah dihadiri oleh golongan VIP iaitu Menteri Pelancongan,Tengku Adnan bin Tengku Mansor,Setiausaha Politik merangkap Presiden GPMS Kebangsaan, Dato’ Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Nasruddin serta puluhan mahasiswa yang mana terdiri daripada ahli kesatria, wakil-wakil daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia dan mahasiswa-mahasiwa lain. Program yang berlangsung pada jam 8 malam ini bertujuan untuk menaikkan semangat kemelayuan dalam kalangan mahasiswa melayu di samping meningkatkan kesedaran akan pentingnya memelihara kemerdekaan negara yang telah dikecapi hasil titik peluh pejuang terdahulu.
PERTANDINGAN TENPIN BOWLING TERTUTUP
Tarikh 23 Januari 2008
Tempat Star Bowl, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Peserta 50 orang ahli GPMS dan 10 orang alumni GPMS UiTM Malaysia
Satu pertandingan bowling tertutup telah diadakan di Pusat Bowling Star Bowl, Plaza Alam Sentral yang telah dianjurkan oleh GPMS UiTM Mlaysia yang mana telah disertai oleh ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia. GPMS UiTM mengadakan program ini bertujuan sebagai riadah minda dan fizikal kepada ahli-ahli GPMS dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesame ahli. Penganjuran ini mempunyai objektif untuk melahirkan ahli-ahli yang cerdas dan sentiasa aktif walau dalam apa jua keadaan berdasarkan prinsip otak yang cerdas dating dari badan yang sihat. Di samping itu, program seumpama ini dapat mengumpulkan ahli-ahli dalam satu perjumpaan agar segala ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat dikongsi bersama.
LANJUTAN MASIH ADA YANG SAYANG 2
Tarikh 26 Januari 2008
Tempat Rumah Penyayang, Setapak, Kuala Lumpur
Peserta 20 orang urusetia
Program Lanjutan Masih Ada Yang Sayang 2 ini merupakan program lanjutan daripada Masih Ada Yang Sayang 2 yang telah diadakan di Cameron Highlands pada akhir tahun lepas. Program susulan ini dijalankan bertujuan untuk beramah mesra dengan kanak-kanak di rumah tersebut di samping menjalankan beberapa aktiviti khidmat bakti seperti membersihkan kawasan rumah dan mengadakan kelas tuisyen. Melalui program ini, mahasiswa berpeluang mendekati kanak-kanak malang tersebut dengan lebih mendalam dan mesra.
JALINAN UKHUWAH
Tarikh 29 Januari 2008
Tempat Sungai Gabai, Hulu Langat
Kehadiran 20 orang ahli dan 4 orang alumni
Program jalinan ukhuwah yang diadakan sesama ahli GPMS UiTM Malaysia ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli di samping untuk menikmati keindahan dan kedamaian alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T. Program ini turut disertai oleh alumni GPMS UiTM Malaysia iaitu Encik Ahmad Azahari dan Molly Diana Lim. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti bermandi-manda, makan-makan dan menyambut ulangtahun hari jadi ahli GPMS yang lahir pada bulan Disember dan Januari.
MAJLIS ANUGERAH BELIA NEGARA 2007
Tarikh 31 Januari 2008
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Kehadiran 20 orang ahli GPMS UiTM Malaysia
Majlis ini dihadiri oleh para belia yang terdiri daripada pelbagai institusi pengajian, persatuan serta badan-badan bukan kerajaan. Majlis anugerah belia Negara ini telah disiarkan secara langsung menerusi siaran TV3 dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia yang dijemput adalah mewakili GPMS Kebangsaan. Pelbagai amanat telah disampaikan oleh Pak Lah kepada para belia agar mengutamakan pendidkan kerana hanya pendidikan yang akan mengangkat martabat Negara. Selain itu, Pak Lah berharap agar para belia tidak terlibat dalam gejal yang kurang sihat demi memastikan kestabilan dan keamanan Negara terus terpelihara
KEM GERAKAN OBOR 2008
Tarikh 1-3 Januari 2008
Tempat Sekolah Kebangsaan Petaseh, Negeri Sembilan
Peserta 80 fasilitator dan 120 peserta sekolah
Program Gerakan Obor 2008 ini merupakan satu program yang berbentuk motivasi dan kependidikan yang mana membentuk belia-belia muda yang bersemangat kental dan tinggi dalam meneruskan perjuangan kea lam university. Program ini lebih menekankan kepada motivasi diri dan kaedah pembelajaran yang efektif bagi belia muda dalam menempuhi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Matlamat GPMS UiTM Malaysia mengadakan program ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang bersemangat kental dan berwawasan tinggi melangkah ke university bagi memartabatkan darjat pengetahuan bangsa Melayu di samping memotivasikan murid-murid di sekolah yang terbabit untuk menjadi pelajar cemerlang.
TEAM BUILDING-MEMBINA SEMANGAT BERPASUKAN
Tarikh 4 Februari 2008
Tempat Pusat Kebudayaan, Bangunan HEP, UiTM Malaysia
Peserta 20 orang peserta
Program Team Building yang dilaksanakan oleh GPMS UiTM merupakan salah satu daripada program pengukuhan pasukan yang bertujuan untuk membina semangat berpasukan dan memupuk tali silaturrahim antara ahli-ahli GPMS UiTM. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kemesraan dalam kalangan calon-calon exco ke-35 supaya dapat mengenali antara satu sama lain dengan harapan dapat bekerjasama dalam satu pasukan kelak tanpa menghadapi masalah komunikasi. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berkisar tentang diskusi untuk memotivasikan ahli agar dapat mempelajari betapa pentingnya semangat berpasukan dalam sesebuah organisasi.
MALAM PENGHARGAAN
Tarikh 16 Februari 2008
Tempat Dataran Tunku Fauziah, UiTM Malaysia
Kehadiran Para Alumni GPMS-UiTM,staf HEP dan ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia
Malam penghargaan yang diadakan adalah bertujuan untuk beramah mesra sesama ahli GPMS di samping memperkenalkan ahli-ahli baru kepada para alumni GPMS yang telah bersusah-payah memperjuangkan matlamat GPMS seawal GPMS ditubuhkan di UiTM Malaysia ini. Bukan itu sahaja, malam penghargaan ini juga diadakan adalah untuk merayakan kemenangan GPMS UiTM Malaysia yang telah berjaya merangkul 3 anugerah sempena Hari Anugerah Persatuan Dalaman anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Malaysia. Program santai yang merupakan hasil buah fikiran saudara YDP GPMS UiTM Malaysia ini merupakan salah satu tugasan calon-calon Exco GPMS UiTM Malaysia yang ke-35 yang bakal memegang tampuk pemerintahan GPMS UiTM Malaysia. Walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, namun berkat kesabaran dan keazaman yang tinggi, program malam penghargaan ini berjaya dijalankan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah besar.
CREATING EMPLOYABILITY VALUE
Tarikh 16-17 Februari 2008
Tempat Dewan kuliah B, Menara Berkembar Sains dan Teknologi
Peserta 60 orang
Program yang dijalankan dengan mendapat kerjasama dengan syarikat MyJobNet yang beropersi di Johor Bahru telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar tahun akhir yang terdiri daripada setiap fakulti di Universiti Teknologi MARA Malaysia. Program yang berbentuk ilmiah ini berjaya memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa yang bakal memasuki alam pekerjaan. Input yang amat berguna ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Mohammed. Beliau merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang Sumber Manusia. Antara input dalam ceramah beliau ialah tips menghadapi temuduga dan cara terbaik membuat resume.







2523 berkata
teruskan perjuangan..
-menulis bukan kerana nama-