MIC gesa pengambilan pelajar kaum India ke universiti dinaikkan lapan peratus
DIkirim oleh FFCrew Team di Isnin, 9 Jun 2008
PUTRAJAYA: MIC sudah memohon kepada kerajaan untuk meningkatkan peratus pengambilan pelajar dari kaum India ke universiti kepada lapan peratus, tahun ini.
Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata beliau membuat permohonan itu kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu menyuarat, hari ini.
“Selaras dengan pencapaian tinggi ramai pelajar dari kaum India, kami meminta kerajaan meningkatkan kadar pengambilan pelajar ini ke universiti kepada lapan peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengambilan ke universiti bagi pelajar kaum India pada 2006 adalah 6.11 peratus, 2005 (5.6 peratus), 2004 (5.9 peratus), 2003 (5.2 peratus), dan 2002 (2.7 peratus). – Bernama
Hak kita sebagai pelajar melayu bagaimana? Bagaimana dengan nasib anak cucu kita satu hari nanti? Adakah kita menunggu sehingga peratusan penerima peratusan ke universiti hanya 6.11% untuk orang melayu.






wow berkata
bukan 50 tahun tapi 9xxxxxxxx tahun pun bagi DEB untuk org melayu tak maju-maju jugak……. dan tak akan maju jugak