GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

  • Halaman

  • GPMS UiTM Gesa Hak Bumiputera Dikembalikan

    DIkirim oleh GPMS-UiTM di Jumaat, 30 Mei 2008

    Mengulas mengenai isu kenaikan peratusan penerima biasiswa Jabatan
    Perkhidmatan Awam (JPA) kaum bukan bumiputera daripada 10 peratus
    kepada 45 peratus, dengan ini kami GPMS Caw Khas UiTM Malaysia Shah
    Alam membantah dengan sekeras – kerasnya dasar yang akan
    dilaksanakan oleh JPA tersebut. Tanpa dikaitkan dengan hak istimewa
    orang melayu (yang sudah pastinya dasar tersebut bertentangan dengan
    apa yang JPA lakukan) kami mengemukakan beberapa perkara yang perlu
    dipertimbangkan oleh JPA :

    1. Bilangan Profesional Setiap Kaum

    Penghantaran pelajar Malaysia ke luar Negara adalah bertujuan untuk
    meramaikan lagi bilangan professional di kalangan rakyat Malaysia
    kerana hampir semua kursus yang ditawarkan adalah bidang
    profesional. Mengikut pecahan kaum, kaum bumiputera didapati
    mempunyai bilangan professional yang paling rendah peratusnya
    berbanding kaum lain walaupum membentuk majority rakyat malaysia.
    Pengurangan peratus bumiputera dalam pemberian biasiswa JPA
    menyebabkan bilangan professional bumiputera pada masa akan datang
    akan turut rendah peratusanya.

    2. Status Keluarga

    Adalah mengecewakan apabila golongan yang dikategorikan sebagai
    berada (daripada kalangan bukan bumiputera) turut layak untuk
    menerima biasiswa JPA. Sepatutnya mereka ini boleh menyambung
    pelajaran ke luar Negara dengan pembiayaan sendiri. Meritokrasi
    tidak boleh dijadikan alas an kerana sudah tentu orang yang lengkap
    keperluan belajarnya akan mempunyai prestasi akademik yang lebih
    baik berbanding dengan golongan yang kekurangan serba – serbi.

    3. Penguasaan Ekonomi Kaum

    Sejak merdeka terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan
    telah mengubal pelbagai dasar atas tujuan untuk menyamaratakan
    agihan ekonomi antara kaum untuk memastikan Negara kekal stabil.
    Sehingga kini usaha yang dilakukan belum menampakkan hasil yang
    dikehendaki dengan penguasaan ekonomi bumiputera belum lagi melepasi
    20 peratus berbanding 30 peratus yang disasarkan.Bilangan
    professional bumiputera seharusnya ditambah dengan agresif kerana ia
    mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan ekonomi (sekurang –
    kurangnya melepaskan keluarga professional tersebut daripada
    belenggu kemiskinan.) Antara langkah penambahan agresif adalah
    menambah bilangan penerima biasiswa JPA dab bukan menggurangkanya.

    4. Jaringan dalaman kaum

    Tidak dinafikan kaum bukan bumiputera mempunyai jaringan sokongan
    dalaman yang kukuh. Walupun tanpa bantuan kerajaan mereka masih
    mampu untuk menghantar pelajar – pelajar mereka ke luar negara
    melalui inisiatif persatuan, syarikat dan individu. Namun bagi kaum
    bumiputera jaringan seperti ini adalah amat kurang kerana factor
    penguasaan ekonomi. Menyedari hakikat ini mengapa kerajaan masih
    mahu memberi bantuan biasiswa JPA kepada kaum bumiputera padahal
    pada mereka ianya adalah jalan pilihan sedangkan bagi bumiputera
    hamper mustahil untuk mereka mendapat peluang yang lain.

    Sehubungan dengan itu kami mahu JPA menarik balik dasar tersebut.
    Selain itu GPMS UiTM menggesa agar kerajaan memberi peluang kepada
    semua palajar bumiputera yang layak untuk mengikuti kursus
    professional tanpa mengira kuota dan had. Kenyataan ini tidaklah
    wajar dianggap berbau perkauman kerana ianya adalah untuk
    kepentingan Negara.

     

     

    Mohd Abd Rauf Tumiran
    YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia
    Mart0619.blogspot. com

     

    3 Respons kepada “GPMS UiTM Gesa Hak Bumiputera Dikembalikan”

    1. Saya berasa pelik atas perubahan yang dilakukan JPA.Kita sebagai rakyat bumiputera seolah diketepikan sedikit demi sedikit atas tanah air kita sendiri iaitu “Tanah Melayu”.Saya lebih suka menggunakan istilah Tanah Melayu.Persoalannya sekarang ini, apa tindakan kita sebagai pelajar UiTM berikutan isu JPA ini?

    2. izzah_comel berkata

      mula-mula 10 peratus..
      kini 45 peratus(naik mendadak mcm harga minyak)..
      lame-lame 80 peratus barangkali…
      hak ku (hak bumiputera) di sisihkan..

      apa tindakan kita???
      JGN SAMPAI NASI da JADI BUBUR baru nak menyesal…
      kita harus bangun kembali menuntut hak kita….

    3. NORMALA berkata

      KENAPA JADI BEGINI DAH ANAK LUAR BANDAR YG KEBANYAKANYA ORG MELAYU TAK DIBERIKAN PENDIDIKAN SEMPURNA NI BAGI KAT ORG TU PLAK. bANTU LAH ORG LUAR BANDAR TU DULU BILA DAH OK BARU LAH BOLEH KITA SAMASAMA SAING, atasi kemisikinan dulu, bukan bantu dengan wang tapi bantu secara objektif ada pendekatan buka minda didik mereka baru lah mereka nampak perspektif dunia luar . tapi kalu tak ada strategi/pelaksanaan cuma kaya pelancaran dan perasmian habis lah habis majlis habis semua janji…

    Tinggalkan jawapan

    XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>