GPMS UiTM

"Belajar Terus Belajar"

Pantun Nasihat kami.. kepada anda

DIkirim oleh FFCrew Team di Rabu, 4 November 2009

pantunnasihatgpms

Dikirim dalam Am & Pelbagai | Leave a Comment »

Ulasan Buku : Khalifah Umar Al-Khatab

DIkirim oleh FFCrew Team di Jumaat, 30 Oktober 2009

Assalamualaikum, kepada semua pengunjung blog GPMS UiTM yang selalu diingati.  Hari ini kita berkongsi berkenaan dengan apa yang kita baca seharian untuk meningkatkan ilmu yang kita ada. Saya tahu, kalian juga ada membaca buku. Buku jenis apa yang kalian baca, wallahu’alam. Tetapi, buku yang ilmiah akan mendatangkan manfaat kapada kalian didunia mahupun diakhirat. bukuumaralkhatab

Hari ini, izinkan penulis berkongsi pengalaman atas pembacaan penulis sekarang. Penulis sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Khalifah Umar Al-Khatab – Reformis Dunia Islam” tulisan Abdul Latip Talib. Umum mengetahui, siapakah sebenarnya Khalifah Umar Al-Khatab ini, bukan? Sebab mustahil seorang manusia yang berilmu tidak mengetahui 4 Khalifah yang juga sebagai sahabat Rasullah S.A.W.

Tidak dinafikan, bahawa Umar Alkhatab adalah seorang dari kaum Bani Adi.  Beliau juga telah dilatih oleh ayahanda beliau (al-Khattab bin Naufal al-Mahzumi) semasa kecil untuk menjadi seorang yang berjiwa kental, keras kepala, pantang dicabar dan bersikap berani. Beliau pernah memenangi, kejohanan gusti yang selama ini bukan dimenangi oleh Kaum Bani Adi. Dan menjadikan beliau dan kaum Bani Adi ini dijulang namanya  dalam kelumpur Quraisy.   Beliau pernah tanam anak beliau secara hidup-hidup, jikalau anda baca buku ini, betapa sedihnya kisah beliau tanam anak beliau. kerana, sikap manja anak Umar Al-Khattab ini sebelum ditanam kepada Umar membuatkan beliau terasa menyesal sehingga beliau masuk Islam.

Rasullah s.a.w pernah mendoa agar salah seorang antara Abu Jahal atau Umar al-khatab untuk memuluk agama Islam. Ternyata, sikap keras kepala dan sombong bongkak Umar ini, lebur setelah beliau cuba hendak menentang Rasullah s.a.w dan akhirnya membuatkan beliau memeluk agama Islam.

Sewaktu hidup Rasullah S.A.W, khalifah Umar Alkhatab ini bertindak sebagai penjaga  keselamatan dan juga sahabat Rasullah s.a.w. Rasullah S.A.W selalu berbincang antara sahabat, termasuk khalifah Umar Alkhatab dalam mendapatkan keputusan. Adakalanya, pendapat Umar Alkhatab diterima Rasullah s.a.w dan adakalanya Rasullah s.a.w  tidak menerima pendapat Umar.  Ternyata, walaupun pendapat Umar tidak diterima Rasullah S.A.W beliau langsung tidak bersikap kecil hati, tetapi tetap bersama Rasullah S.A.W

Selepas kematian Rasullah s.a.w beliau terus bersama dengan Kepimpinan Khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Beliau bersikap terbuka dengan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar Al-Khatab ini menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun, adakalanya beliau menentang keputusan Khalifah Abu Bakar ini, tetapi akhirnya beliau dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Semasa beliau mengambil alih tugas sebagai seorang Khalifah daripada kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, beliau telah memrangi Raja Parsi yang kuat menentang Islam. Pejuang Islam, yang berperang sewaktu itu menang dalam peperangan. Beliau sendiri selalu mengingatkan kepada panglima perang beliau supaya, berfikir dan berbincang sebelum membuat keputusan. Bersikap baik dengan orang yang tidak menentang Islam, tidak mendatangkan keburukan dan kekacauan kepada orang yang tidak menentang Islam.

Dan akhir sekali, sewaktu beliau wafat, beliau tidak menyerahkan kempimpinan Khalifah kepada anak beliau, walaupun ada beberapa sahabat beliau yang merestuinya. Tetapi, beliau serahkan kepada 10 orang sahabat untuk memutuskan sendiri, siapakah antara mereka yang layak untuk menjadi penganti beliau. Beliau meninggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walaupun beliau merupakan seorang khalifah.

Pembaca sekalian, dalam kesebukan kita mengajar nikmat dunia, luangkanlah sedikit masa anda untuk mempelajari kisah sejarah Rasullah s.a.w, khalifah dan pejuang-pejuang Islam dahulu. Ternyata, sifat kepimpinan beliau dan cara hidup beliau perlu dicontohi oleh kita. Kita lihat bagaimana sewaktu dahulu, zaman kegemilangan Islam, Islam dipandang mulia oleh mereka yang bukan menganut agama Islam. Dari situ, kemudiannya lahirnya Ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun.  Tetapi, apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, selalu berlaku perpecahan, permusuhan, masalah kepimpinan, dan bermacam-macam lagi. Membuatkan Islam itu sendiri dipandang rendah, dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Seharian kita mendengar masalah kepada penduduk Islam. Dan kita perlu mengangkat semula kegemilangan Islam ini dengan mencontohi kepimpinan mereka.

Dikirim dalam Cadangan, Isu Pemikiran, Motivasi, Rencana | Leave a Comment »

Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran

DIkirim oleh FFCrew Team di Jumaat, 30 Oktober 2009

doaingatpelajaran1

maksudnya : “Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku kemampuan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang menciptakan langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yang engkau kehendaki. Ya Allah, Yang Maha maneciptakan langit dan bumi, Yang Memiliki keaguangan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernag luput, aku memohon kepadamu- Yallah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu adar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengan tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannnya selain-Mu, dan mendatangkannya melainkan engkau. Dan tiada daya upaya melainkan degan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Kepimpinan GPMS UiTM 2009/2010 mengucapkan semoga berjaya kepada semua mahasiswa/i UiTM yang akan mengambil peperiksaan akhir semesta yang telah bermula. Diharap kalian mendapat keputusan yang cemerlang. Dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

Dikirim dalam Am & Pelbagai | Leave a Comment »

Program Ekspidisi Rakan Alam ERA-18

DIkirim oleh GPMS-UiTM di Ahad, 11 Oktober 2009

ledang09poster01.1

Pengumuman !!!

Kepada sesiapa yg ingin mengikuti Program Ekspedisi Rakan Alam Era-18 anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UiTM S.Alam, anda diminta menawarkan diri anda bg mengikuti kursus ini.

Program yg dijalankan selama 7 hari bermula 17 November 09  sehingga 23 November 09 akan diadakan di Asahan Gunung Ledang, Johor.

Tempat yg disediakan adalah terhad kepada 80 org sahaja ( first come,first serve).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 November 09.

Bg mereka yg berminat bolehlah menghubungi saudara Alip (0132004820), Hassan (0177990393), Lan (0194172197) dan saudari Aishah (0176696765) untuk keterangan lebih lanjut.

Sekian,
” Belajar Terus Belajar “

Dikirim dalam Am & Pelbagai | Leave a Comment »

Majlis Aidilfitri GPMS UiTM – menjemput alumni dan ahli GPMS UiTM Shah Alam

DIkirim oleh FFCrew Team di Selasa, 6 Oktober 2009

majlisaidilfitri1

Barisan Exco 36 dengan segala hormatnya menjemput semua alumni dah ahli GPMS UiTM Shah Alam untuk bersama-sama memeriahkan aidilfitri dengan menghadiri Majlis Aidilfitri ahli dan alumni GPMS UiTM Shah Alam. 

Dengan kehadiran ahli dan alumni GPMS UiTM akan memeriahkan lagi suasana aidilfitri disamping kita dapat mengingat kembali memori lama sambil menikmati hidangan.

Mohon SAHKAN kehadiran dan sebarang SUMBANGAN ikhlas untuk majlis ini boleh disalurkan ke akauan CIMB Bank 12170077458527 (Bendahari GPMS UiTM Shah Alam).

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan sila hubungi:

Asmirul : 013 9664142  / Alep 0618 ; 013 2004820
Peta ke rumah Anuar adalah seperti dibawah
View Larger Map

Dikirim dalam Program 2009 | Leave a Comment »

Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar

DIkirim oleh FFCrew Team di Isnin, 28 September 2009

Sumber : Berita Harian Online; 28 September 2009

Rak BukuKELEMAHAN penguasaan bahasa Inggeris diakui pelajar Melayu sendiri dan mereka yang ditemui menyatakan penyelesaian terbaik ialah di tangan pelajar sendiri.

Pelajar Pra Sains Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah, Khairul Anuar Rosli, 20, berkata pembelajaran bahasa kedua itu sebenarnya lebih tertumpu kepada usaha seseorang.

Katanya, pelajar Melayu perlu berfikiran terbuka dan jangan menganggap belajar bahasa Inggeris menyukarkan.

“Ia adalah pembelajaran bahasa dan prosesnya sama seperti kita mula-mula belajar bahasa Melayu serta apa yang penting adalah pelajar mempunyai keinginan menguasai bahasa global itu.

Pelajar Melayu masih berfikiran sempit dengan menganggap bahasa Inggeris susah, malah segelintir daripada mereka hanya tahu beberapa perkataan asas seperti ‘yes’, ‘no’, ‘alright’ dan ‘thank you’.

Sememang bahasa melambangkan bangsa, namun di peringkat antarabangsa sehingga kini bahasa Inggeris tetap digunakan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Khairul Anuar berkata, beliau sendiri belajar menerusi membaca seksyen tertentu seperti sukan serta berita di akhbar New Straits Times.

Walaupun ada sesetengah perkataan saya tak faham, saya akan cuba kaitkan penggunaannya mengikut konteks ayat dan cuba meneka maknanya sebelum merujuk kamus,” katanya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Berita Media, Isu Mahasiswa, Isu Pelajar | 1 Komen »

Salam Aidilfitri 2009

DIkirim oleh FFCrew Team di Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena menyambut lebaran, kami daripada GPMS UiTM mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga GPMS secara keseluruhannya dan semua warga Islam.

Kami juga memohon ampun dan maaf, jika ada salah-silap sepanjang kami berkhidmat bersama GPMS UiTM. Sesungguhnya, kami adalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan.

Kepada mereka yang hendak pulang jauh, kami harap anda dapat pandu kenderaan anda secara berhati-hati. Elakkanlah kemalangan di musim perayaan. Kami doakan agar anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Dikirim dalam Am & Pelbagai | Leave a Comment »

Sumpah Melayu

DIkirim oleh GPMS-UiTM di Rabu, 16 September 2009

Sumpah Melayu oleh Dato' Onn Jaafar

Sumpah Melayu oleh Dato' Onn Jaafar

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kenegaraan, Isu Pemikiran, Motivasi, Sejarah | Leave a Comment »

Apabila ‘Hang Tuah’ Ambil SPM

DIkirim oleh GPMS-UiTM di Isnin, 14 September 2009

Dikirim dalam Isu Pelajar, Isu Pemikiran, Kaedah Pembelajaran, Sejarah | Leave a Comment »

Port Luck GPMS UiTM

DIkirim oleh FFCrew Team di Isnin, 7 September 2009

potluck gpms

Place: Padang Belakang Blue Wave
Time : 6.30pm-8.00pm
Guest : 30

6.00pm : semua tetamu mula berkumpul dan suai kenal bermula. tetamu2 yang hadir adalah terdiri dari pelajar2 GPMS-UiTM Shah Alam serta mantan-mantan ahli GPMS-UiTM Shah Alam. Antara senior senior yang terlibat adalah abg man gunung dan isterinya (mantan gpms UiTM Shah Alam) sarjen dan isteri ( Mantan Ydp GPMS-UiTM) abg joe dan isteri , kak najlah (era 15) serta ahli ahli gpms yang lain

7.00pm : semua tetamu mula mengambil tempat masing-masing dan aktiviti portluck mula dijalankan, masing-masing sungguh ceria kerana akhirnya dapat ketemu jua dengan ahli2 gpms yang baru serta yang lama. banyak perkara yang telah dibincangkan serta dibualkan ketika itu antaranya tentang perkembangan gpms uitm, perkembangan politik malaysia, ekonomi serta perbualan sampingan seperti perkembangan karier senior gpms masing2

7.30pm : Buka puasa bermula. Bacaan doa diketuai oleh sarjen. Jumlah tetamu yang hadir tidak dijangka iatu seramai 30 orang, Budget tetamu oleh pihak penganjur hanya seramai 15 orang sahaja, namun portluck masih berjalan dengan penuh meriah serta mewah sekali kerana konsep memberi yang sentiasa diterapkan dalam diri setiap ahli GPMS masih diamalkan walaupun dimana jua. Disamping itu acara sambutan hari jadi timbalan yang dipertua GPMS-UiTM Mohd Alif Muadz juga disambut, cupcake yang dibuat oleh isteri abg man gunung juga dihidangkan dan menjadi tarikan pada majlis tersebut.

8.00pm : Bersurai, ada sesetengah tetamu terus ke masjid negeri untuk mengerjakan solat maghrib serta tarawih dan ada pula yang terus pulang dan mengerjakan di rumah sahaja.

Terima Kasih,

Daripada Penganjur,
Zulainiah Bt Abdul Rashed
(Mantan YDP 3 GPMS-UiTM Ke 34)

Dikirim dalam Berita GPMS, Program 2009 | Leave a Comment »